Khamis lepas tular gambar dan video seorang ibu yang kelihatan uzur meminta pertolongan orang untuk keluar dari rumahnya kerana dipercayai dikurung dan didera oleh anak dan menantunya. Orang ramai bertindak memecahkan gril rumah bagi membantu warga emas tersebut yang dilihat dalam keadaan yang menyedihkan,

Menurut gambar-gambar dan rakaman yang dikongsikan di laman Facebook, terdapat banyak kesan parut dan luka di belakang badan warga emas tersebut malah bahagian atas kepalanya juga dikatakan luka dipercayai dipukul oleh anak dan menantunya.

Warga emas tersebut yang juga dipercayai mempunyai sejarah sakit mental telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Laporan polis telah dibuat oleh orang ramai yang membantu, dan kesemua suspek iaitu dua anak dan seorang menantu ditahan bagi tujuan siasatan.

 

Tekanan Hidup Punca Didera

Melihat keadaan rumahnya yang kelihatan daif dan tidak teratur mungkin cukup untuk mengambarkan keadaan hidup dan kewangan keluarga tersebut. Anak-anak mangsa yang juga dikatakan mempunyai masalah mental dipercayai hanya mengemis bagi meneruskan kehidupan.

Namun adakah itu merupakan punca mengapa ibu mereka dijadikan mangsa untuk melepaskan amarah terhadap tekanan yang dihadapi mereka?

Namun begitu, warga emas tersebut dikatakan menafikan dia menjadi mangsa dera anak-anaknya, namun begitu, keadaanya sudah cukup untuk mengatakan yang sebaliknya.

Tekanan hidup bukanlah benda yang asing lagi, malah sudah sebati dengan kehidupan yang serba canggih dan moden ni. Persaingan yang semakin sengit samada dari aspek pendidikan mahupun kerjaya membuatkan sesetengah orang sukar untuk mencari peluang bagi mengubah kehidupan mereka.

Seperti pepatah, yang kaya akan makin kaya dan yang miskin akan terus miskin. Tambahan pula dengan kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang, saingan terlalu tinggi sehingga kadang-kadang kita terpaksa mementingkan diri sendiri untuk meneruskan kehidupan.

Adakah kerana tekanan hidup hampir semua ahli keluarga ini mempunyai sejarah sakit  mental? Bayangkan tekanan yang dihadapi mereka, bayangkan hanya untuk makan mereka perlu mengemis dan menagih simpati orang ramai. Walaupun keluarga ini dikatakan menerima bantuan zakat dari pihak kerajaan, namun berapa sangat jumlah wang yang diterima.

 

Ramai Yang Hidup Susah

Jika dilihat dengan mata kasar, ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Stigma tentang orang yang duduk di bandar kononya mereka ini orang senang dan berduit adalah tidak benar sama sekali.

Jika dibandingkan, kehidupan di kampung sebenarnya lebih menyeronokkan dan kurang dari segi perbelanjaan. Ditambah pula dengan sumber semulajadi seperti sungai dan tempat bercucuk tanam, kos makanan harian mampu dikurangkan.

Namun begitu, salah satu sebab mengapa ramai yang berhijrah ke bandar adalah kerana ingin meningkatkan lagi sumber pendapatan bagi memperbaiki taraf hidup. Dengan dunia yang semakin canggih dan maju, initiatif sendiri perlu diambil bagi mengelakkan kita dari tertinggal dek zaman.

Jika anda tinggal di kawasan perumahan kos rendah, pasti anda dapat lihat bagaimana sesetengah golongan masyarakat mengalami kesukaran dalam meneruskan hidup. Sampaikan keperluan asas harian pun perlu di bahagi kegunaannya supaya semua ahli keluarga turut merasa.

Kemiskinan bukanlah warisan, setiap orang mampu untuk keluar dari kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup mereka. Bukan sahaja di Malaysia, malah hampir setiap pelusuk dunia pasti ada orang yang kurang berkemampuan dan hidup susah.

Namun begitu, itu bukanlah penyebab untuk kita menzalimi orang lain dan bertindak diluar pedoman dan kewarasan, terutamanya ahli keluarga kita.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda tentang isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN