Semalam tular isu seorang remaja perempuan di Indonesia bernama Audrey yang dipukul oleh rakan-rakan kakaknya sehingga cedera parah. Yang lebih menyedihkan, si pembuli yang terlibat turut memasukkan jari mereka kedalam kemaluan remaja tersebut sehingga disahkan bengkak.

Kejadian tersebut menimbulkan rasa marah orang ramai, terutamanya apabila pelajar-pelajar yang terlibat dibebaskan oleh pihak polis tanpa sebarang hukuman mahupun denda dikenakan diatas tindakan mereka yang melampau batas itu.

Rakan-rakan mangsa yang membuli

Malahan, lebih meyakitkkan hati apabila walaupun sedang berada di balai polis, pesalah masih boleh menganggap perkara tersebut remeh dan sempat bergambar beramai-ramai seperti tiada apa yang berlaku.

Sedangkan, mangsa secara menerima rawatan di hospital dan melalui trauma yang teruk di atas kejadian yang menimpa dirinya.

Punca kejadian dikatakan pelajar-pelajar tersebut berdendam dengan kakak Audrey kerana isu teman lekaki dan malangnya amarah tersebut dilepaskan kepada si adik.

Ada juga yang mendakwa kerana cemburu akan kecantikan rupa paras mangsa, rakan-rakan sekolahnya bertindak membuat sedemikian.

 

Pelajar Malaysia Tidak Kurangnya

Jika dilihat secara umum, masalah perlakuan dan sikap pembuli dikalangan pelajar sekolah bukanlah isu yang asing lagi.

Bukan sahaja diluar negara, malah di Malaysia juga kita menghadapi masalah sosial di kalangan remaja di tahap yang membimbangkan.

Sungguh jauh berbeza sikap pelajar sekolah  dahulu dan sekarang, dalam kita mengharap perubahan zaman akan menjadi lebih baik namun malangnya seolah-olah seperti semakin teruk.

Isu masalah dikalangan remaja juga mendapat perhatian guru-guru sekolah apabila mereka turut berkongsi pengalaman mendidik anak-anak murid mereka.

Ramai guru-guru yang meluahkan rasa sedih dan geram mereka apabila terpaksa berdepan dan berkomunikasi dengan pelajar yang biadap dan tidak menghormati guru.

Perkataan berbaur lucah dan biadap sudah biasa didengar dan dilontar kepada guru. Malahan ada pelajar yang berani bertindak memukul dan membaling kerusi kepada guru mereka kerana tidak puas hati akan sesuatu isu.

Yang memburukkan lagi keadaan apabila ibu bapa sendiri tidak peduli akan kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka malah ada yang turut mempertahankan anak mereka sehingga sanggup mengugut dan mencederakan guru-guru.

 

Sosial Media Dan Teknologi ‘Pembunuh Senyap’, Ibu Bapa Perlu Main Peranan

Tanpa kita sedar, dunia semakin sakit, ketagihan terhadap sosial media dan teknologi yang serba canggih secara perlahan-lahan telah merubah cara pergaulan dan aktiviti sosial anak-anak remaja terutamanya sehingga ada yang sudah tidak boleh dikawal walaupun oleh ibu bapa sendiri.

Jika kita lihat, gelombang media sosial ini sudah menjadi perkara wajib untuk diguna semua orang sehingga membuat kita lupa perkara yang lebih utama.

Selain mengubah cara hidup, ia juga secara senyap menjarakkan seseorang daripada bergaul dan bermesra secara ‘tradisional’ seperti dulu.

Perbualan yang rancak dan mesra sudah jarang kedengaran, masing-masing lebih suka menghabiskan masa melayan Facebook dan Youtube daripada berbual dengan keluarga dan sahabat yang berada di sekelilling kita.

Kerana itulah,ibu bapa perlu memain peranan dan mengawal anak-anak mereka agar tidak melakukan sesuatu diluar batasan.

Apa-apa semoga keadilan dapatkan diberikan kepada adik Audrey dan pulih seperti biasa.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah pesalah-pesalah berkenaan dibebaskan tanpa sebarang hukuman?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN