Siapa sangka pada umur yang begitu muda iaitu 27 tahun , hidup dirasakan sangat gelap dan hampir musnah apabila disahkan oleh doktor diri menghidap penyakit yang paling ditakuti di dunia iaitu HIV positif.
Itu yang berlaku kepada seorang pemuda yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad (bukan nama sebenar) apabila kehidupan sebagai seorang homoseksual telah menjerumuskannya kepada penyakit berbahaya itu.
Ikuti temubual penuh Ahmad bersama AKO untuk mengetahui bagaimana beliau boleh dijangkiti HIV dan bagaimana beliau lalui hari-harinya.
Berdasarkan laporan Sektor HIV/STI, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,697 individu yang mengamalkan tabiat seks songsang seperti homoseksual dan biseksual adalah sebahagian daripada 3,347 kes HIV baharu dicatatkan pada 2017.
Jumlah tersebut adalah 14 kali ganda lebih tinggi berbanding individu yang mengambil dadah melalui perkongsian jarum suntikan (IDU) dijangkiti HIV.
Walaubagaimanapun diharapkan semua dapat mendoakan supaya Ahmad dapat meneruskan hidup dengan semangat yang baru.