Selepas negara kecoh dengan pelantikan Datuk Aznil Nawawi sebagai Ikon Pembelajaran Abad ke-21 (PAK) 21 oleh Kementerian Pendidikan, kini, penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice pula menjadi buah mulut orang ramai termasuk bekas peserta Pencetus Ummah musim pertama, PU Rahmat.

Sumber: OhBulan

Kekecohan itu timbul sejak semalam apabila Caprice dipilih menjadi ikon pendidikan dalam satu poster Jelajah Pendidikan Selangor 2019.

Difahamkan, program tersebut akan berlangsung pada 7 April ini membabitkan anak-anak lepasan SPM, STPM dan setaraf.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, kebanyakan netizen di media sosial masih dilihat tidak bersetuju dan berpendapat ramai lagi individu yang lebih layak diangkat sebagai ikon pendidikan berbanding Caprice.

Tidak kurang juga ada yang beranggapan kejayaan Caprice dalam memberi motivasi kepada remaja sememangnya melayakkannya dirinya untuk memegang gelaran tersebut.

 

PU Rahmat Pertikai Gelaran Ikon Pendidikan

Pelantikan Caprice sebagai ikon pendidikan itu bagaimanapun telah mencetuskan perbalahan di antara netizen termasuk PU Rahmat.

Sumber: OhBulan

Menerusi satu tweet, PU Rahmat menjawab kenyataan seorang individu yang melihat kejayaan sebagai ikon dari segi kekayaan semata-mata.

Katanya, guru adalah golongan yang selayaknya diangkat sebagai ikon pendidikan berbanding mereka yang sudah popular.

Hal itu berikutan guru lebih banyak berjasa dalam mendidik anak bangsa dan sekiranya ikon tersebut diberikan kepada guru yang layak, anak-anak muda masa kini akan lebih menghormati guru mereka.

Sumber: OhBulan

Untuk meredakan lagi keadaan, PU Rahmat sempat lagi mencadangkan golongan guru atau Dr Nur Adlyka untuk diangkat sebagai ikon pendidikan.

Menurutnya, Nur Adlyka lebih sesuai untuk menjadi ikon pendidikan memandangkan beliau antara pensyarah serta saintis bidang astronomi muda yang terkenal dengan penemuan “Supermassive Black Holes”.

 

Caprice Balas Kritikan PU Rahmat

Biarpun dikritik ramai pihak termasuk PU Rahmat, Caprice akhirnya bangkit membalas kritikan yang dilontar ke atas dirinya.

https://www.instagram.com/capriceofficial/?utm_source=ig_embed

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Caprice sempat menjelaskan dan mengaku bahawa beliau tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Biarpun tiada SPM, Caprice berjaya melakar nama dalam bidang hiburan yang kini telah berjaya menjadi usahawan muda dengan membina aplikasi untuk membantu orang ramai belajar dan mengaji secara online.

Aplikasi Mengaji.com yang mula dibangunkan sejak tahun 2017 itu jelas sekali telah memanfaatkan pengguna untuk mempelajari Al-Quran setiap hari.

Selain membaca Quran, aplikasi tersebut turut menyediakan koleksi doa harian.

 

Netizen Mahu Pelantikan Diteliti Semula

Dalam hal ini, adalah besar tanggungjawab seseorang itu untuk bergelar ikon kerana masyarakat pada masa kini memandang ikon itu sebagai satu ikutan, inspirasi serta semangat positif yang diberikan kepada anak muda.

Lebih-lebih apabila kebanyakan selebriti kita masa kini hanya dilihat dengan cerita-cerita sensasi berbanding cerita positif yang boleh dijadikan ikutan masyarakat.

Sumber: Mojok

Namun, disebalik kritikan tersebut, ada juga yang berpendapat gelaran ikon itu tidak salah untuk diberikan kepada Caprice memandangkan beliau sudah bertungkus lumus dengan hasil usahanya untuk membangunkan aplikasi yang memudahkan orang ramai sekaligus menjadikannya seorang usahawan.

Sebagai kesimpulan, siapalah kita untuk menilai dan menghukum orang lain bukan?

Apa-apa pun, sekiranya ikon tersebut mampu untuk membawa satu perubahan yang positif, apa salahnya?

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, layakkah Caprice diberi gelaran ikon pendidikan?
18 votes · 18 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN