Sumber : Utusan

Terbaru,seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun dikatakan maut selepas perutnya tertusuk pisau. Kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika arwah sedang menuju ke dapur untuk meminta susu. Sebuah pinggan yang atasnya terdapat pisau dipijak oleh mangsa sehingga terkena badan mangsa.

Dikhabarkn nenek mangsa yang turut berada di rumah mula panik dan segera mencabut pisau tersebut. Tindakan tersebut dipercayai telah membuatkan bayi tersebut kehilangan banyak darah sehingga menyebabkan kematian.

 

Sikap Cuai Punca Kematian

 Ramai yang mempersoalkan bagaimana pisau tersebut boleh tertusuk kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan bayi malang tersebut meninggal dunia.

Menurut hasil siasatan, pinggan yang berada di atas lantai tersebut ditinggalkan oleh adik-beradiknya yang menjamu buah-buahan sebelum kejadian.

Sumber : beliabangkit.blogspot

Kecuaian dan sikap sambal lewa seisi rumah tersebut dikecam orang ramai kerana dikatakan rumah tersebut seperti tidak selamat untuk didiami oleh anak kecil. Susah sangatkah untuk memastikan alat-alat yang berbahaya diletak dengan selamat dan tidak boleh dicapai oleh anak kecil?

Ramai juga yang menganggap ini adalah ketentuan takdir dan kejadian tersebut hanyalah penyebab kepada kematian adik Nur Qaisara Medina, namun jika semua sama-sama bertanggungjawab pasti kejadian ini tidak akan berlaku.

Tidak dapat dibayangkan perasaan anak kecil tersebut ketika kejadian berlaku, niat untuk meminta susu pada si nenek bertukar menjadi tragedi yang meragut dirinya sendiri. Kematian di tangan keluarga adalah sangat pedih dan pasti insiden ini akan sentiasa berada diingatan ahli keluarga arwah.

 

Langkah Pertolongan Cemas

Seperti yang dinyatakan, punca kematian dipercayai kerana keadaan mangsa yang kehilangan banyak darah ketika pisau tersebut dicabut dari badan mangsa. Dalam keadaan yang mencemaskan tersebut pasti orang sekeliling tidak dapat memutuskan tindakan yang wajar untuk membantu mangsa.

Sumber : Oh My Media

Seperti perkongsian seorang jururawat yang bertugas di unit kecemasan, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh orang ramai jika berdepan dengan situasi-situasi yang mendebarkan ini.

Antaranya ialah jangan cemas dan panik, ini adalah perkara pertama yang harus diingat oleh samada mangsa atau orang sekeliling. Macam mana teruk pun situasi berkenaan, janganlah panik kerana ia akan membuatkan kita mengambil keputusan secara terburu-buru dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

Langkah yang kedua, jangan sesekali bertindak mencabut atau mengeluarkan  sebarang objek tajam yang termasuk kedalam badan. Ini kerana, apabila objek-objek tersebut dikeluarkan ada potensi untuk berlaku pendarahan yang lebih teruk dan jika tidak menerima bantuan pakar segera boleh mengakibatkan kematian.

Selain itu, turut digalakkan untuk memberi tekanan pada bahagian yang cedera bagi mengelakkan pendarahan yang banyak dari berlaku. Pergerakan mangsa juga seharusnya dikurangkan agar luka tidak merebak ke tempat yang tidak sepatutnya.

Tiada sesiapa ingin menjadi penyebab kematian seseorang, pastinya tragedi hitam ini akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap keluarganya. Diharap kejadian ini akan menjadi pengajaran buat semua orang dan lebih berhati-hati dalam menjadikan kawasan rumah dan persekitaran anak-anak lebih selamat.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, patutkah ahli keluarga tersebut diberikan hukuman diatas kecuaian mereka tersebut?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN