Tak tercapai dek akal fikiran apabila seorang remaja perempuan berusia 15 tahun tegar merancang untuk membunuh ayah kandungnya sendiri hanya kerana kisah cintanya tidak direstui oleh si ibu dan bapa.

15 tahun? Sedalam manakah fahaman si gadis tentang cinta?

Cintanya terhadap jejaka yang berusia 19 tahun dilarang si ayah kerana menganggap usianya yang masih muda dan masih berada di bangku sekolah tidak sesuai dihabiskan dengan kisah-kisah cinta yang belum tentu berakhir dengan kebahagaian.

Namun, seperti biasalah, bila sudah angau bercinta logik akal dan kewarasan fikiran juga semuanya hanya akan dipengaruhi rasa cinta.

Itu yang sampai ayah kandung sendiri sanggup dibunuh hanya kerana cinta.

Mengikut hasil siasatan polis, kejadian yang berlaku pada malam 17 Ogos 2019, mangsa tinggal bersendirian dengan anak gadisnya itu ketika si isteri dan ahli keluarga yang lain ke luar bandar untuk menghadiri majlis perhimpunan keluarga.

Jadi si anak menggunakan peluang tersebut dengan membubuh racun kedalam air susu yang dibancuh khas untuk ayah minum sebelum tidur.

Tidak lama kemudian, teman lelakinya dikatakan tiba dirumah mereka dan bertindak menikam mangsa sebanyak dua kali sehingga meninggal dunia.

 

Hapus Bukti Dengan Minyak Tanah

Gambar Hiasan

Bagi menghapuskan bukti, mereka mengheret mayat mangsa ke bilik air dan menyiramnya dengan minyak tanah kemudian terus membakar si ayah dengan harapan badan si mayat akan menjadi abu dan sekaligus dapat menghilangkan bukti pembunuhan yang mereka lakukan.

Namun nasib tidak menyebelahi mereka, asap dari mayat yang terbakar itu dikatakan terlalu banyak sehingga disedari jiran mereka yang menganggap rumah mereka terbakar dan terus menghubungi pihak berkuasa.

 

Niat Baik Ayah Disalaherti

Gambar Hiasan

Salah faham antara ibu bapa dan anak-anak adalah perkara biasa di dalam kehidupan berkeluarga.

Semakin membesar, semakin berbeza cara pemikiran mereka lebih-lebih lagi apabila mereka dikelilingi pelbagai pengaruh yang mampu mengubah perspektif mereka dalam melihat sesuatu isu.

Ditambah pula dengan usia yang sedang meningkat remaja, hampir semua remaja akan melalui fasa cinta monyet dan tiada siapa yang dapat menidakkan perasaan tersebut.

Cinta itu buta bukan? Tipu la kalau cakap mak ayah dulu tidak pernah bercinta masa zaman persekolahan.

Cuma terlalu obses atau tidak, itu yang membezakannya.

Namun, dalam kes ini, jelas menunjukkan teman lelaki si anak tersebut sudah berjaya mempengaruhi si gadis sehingga sanggup bertindak sedemikian.

Gambar : Kiri (Mangsa), Tengah ( Suspek)

Niat ayah dan ibu untuk menghalang si anak dari mensia-siakan masa mudanya disalah erti dan dianggap mengongkong kehendak si anak yang sedang meningkat dewasa.

Salahkah ibu bapa memainkan peranan mereka sebagai ibu bapa demi masa depan anak-anak?

Dengan isu masalah sosial dikalangan remaja yang semakin meningkat, seks bebas dan kehamilan luar nikah pula dianggap perkara biasa oleh anak-anak muda ini.

 

Wajib Pantau Aktiviti Anak-anak

Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak sentiasa berada di landasan yang betul.

Selagi mereka dibawah tanggungan kita, kita berhak untuk tahu dengan siapa mereka berkawan dan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan secara harian.

Selagi usia mereka masih muda, lenturlah anak-anak kita sebaik mungkin kerana itu akan menentukan masa depan mereka kelak.

Baik acuan, baik juga la kuihnya.

Namun, di zaman yang semakin moden ini ibu bapa juga perlu tahu taktik yang sesuai dalam mendalami dan menasihati anak-anak mereka.

Janganlah hanya nak gunakan kuasa ‘veto’ anda sebagai ibu bapa sehinggakan anak-anak mula memberontak dalam diam dan akhirnya mereka sendiri akan memusuhi ibu bapa mereka.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN