Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada sejak Julai tahun lalu atas 3 pertuduhan melakukan pecah amanah dan 1 pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd (SRC) yang berjumlah RM42 juta.

Sumber:ISMAWeb

Kes berhubung tujuh tuduhan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta telah beberapa kali ditangguhkan oleh Najib dan juga melalui peguamnya.

Maka tidak mengejutkan rakyat Malaysia apabila kes itu ditangguhkan sekali lagi apabila peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah berkata, tangan kirinya patah selepas bermain dengan anjing peliharaannya sebelum hari perbicaraan kes tersebut.

 

Shafee Kongsi Cerita Bersama Anjingnya

Shafee berkongsi kisah bagaimana tangannya tercedera diluar Mahkamah Kuala Lumpur hari ini kepada pihak media.

Sumber:thecoverage.my

Katanya, ia disebabkan oleh seekor anjing pengawal besar tetapi manja.

Shafee menceritakan seekor anjing penjaga dia masih muda dalam lingkungan umur 10 bulan, tetapi anjing tersebut lebih besar berbanding anjing biasa.

 

Bela Anjing Spesis Belgian Malinois

Di pejabat Shafee ada dua ekor Belgian Malinois. Dia memberi amaran jika anjing itu tidak kenal atau ada orang asing, anjibg tersebut akan menyerang kerana ia sangat garang.

Sumber:Dog Breeds List

Boleh pula dia bercerita pasal anjing-anjing dirumahnya, sedangkan rakyat nak tahu prosiding kes Najib dan bila akan didakwa.

Alasan ini boleh diguna pakai oleh Shafee, bagaimana seorang peguam yang disegani boleh bercerita soal anjing?

Bagaimana rakyat boleh terima putar belit peguam ini? Tidak mustahil kes ini akan ditangguhkan sampai pilihanraya seterusnya dan Najib akan bebas dari sebarang pertuduhan.

Nampaknya begitulah situasi yang berlaku dan akan berlaku selepas ini.

 

Tangan Bengkak Punca Kes Ditangguh

Mengulas kecederaan itu, Shafee berkata tangannya mula rasa sakit selepas hadir untuk urusan mahkamah di Shah Alam.

Sumber: KiniTv

Kesakitan yang dialaminya itu menyebabkan dia tidak dapat tidur atau mengkaji nota-nota kes kerana keadaannya yang semakin memburuk.

Selepas ke Shah Alam, Shafee berkata dia kemudian bergerak ke Mahkamah Rayuan dan mendapati bengkak itu sudah menjadi sebesar bola tenis.

Beliau kemudian merancang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Putrajaya selepas itu.

 

Cakap Pakai Mulut Bukan Tangan

Bagaimanapun, rata-rata rakyat Malaysia berasa kesal kerana alasan itu seolah-olah tidak masuk akal. Hanya kerana bengkak tangan dan tiada kecederaan serius yang dilaporkan, kes yang ditunggu-tunggu hari perbicarannya ditangguh sekali lagi ke hari lain pula.

Ramai mempertikaikan Shafee yang mana mereka menyatakan perbicaraan itu menggunakan mulut bukannya tangan. Asalkan mulut boleh bercakap, dikira sihat dan kes boleh dibicarakan.

Tetapi ada antara mereka tahu bahawa peguam Shafee ini seorang putar belit, jadi mereka tidak terkejut dengan alasan yang tak logik begini.

Sumber:Malaysian Review

Mestilah Shafee nak jaga Najib, apa pun kesalahan Najib buat selagi itu dia akan lindungi.

Apa-apa pun rakyat berharap kes ini tidak diselindungkan lagi dan pihak berkuasa dapat mengheret pesalah yang telah mencuri wang rakyat.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN