Bagi masyarakat bukan Islam, anjing sama sekali dijadikan sebagai binatang peliharaan selain menjaga keselamatan rumah. Ke mana sahaja mereka pergi, binatang itu pasti akan dibawa bersama-sama hingga kadangkala ada yang mungkin mempunyai masalah ingatan lupa haiwan itu sebenarnya tidak boleh dibawa masuk ke sesetengah tempat. 

Sumber: Sinar Harian

Yang terbaru, tular di media sosial mengenai seorang wanita berbangsa Cina dipercayai telah membawa binatang peliharaannya duduk semeja di salah sebuah restoran makanan segera di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Tindakan wanita itu berjaya ditegur salah seorang pelanggan yang menyedari kejadian itu.

Akibatnya, kakitangan restoran itu terpaksa menyamak dan menutup kawasan yang telah diduduki wanita berkenaan. 

Kejadian itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi masyarakat yang rata-ratanya tidak berpuas hati  dan menyifatkannya sebagai satu perbuatan biadab.

 

Masyarakat Masih Tidak Peka 

Kejadian seperti ini bukan kali pertama terjadi, malah sebelum ini ada juga laporan terhadap kes yang sama.

Nampak sangat masyarakat kita ini masih tidak peka terhadap apa yang pernah terjadi sebelum ini.

Sumber: Home Depot

Hendak menyalahkan pemilik restoran kerana tidak peka terhadap keadaan sekeliling, tidak wajar juga kerana kebiasannya sebelum masuk ke dalam restoran, sudah ada tanda amaran diletakkan di pintu atau di hadapan kedai.

Sama ada orang itu nampak atau buat-buat tak nampak sahaja. Tidak pasal-pasal orang lain pula yang mendapat susah.

Apa yang dilakukan wanita ini bukan sahaja mengundang ketidakselesaan pelanggan terutama yang beragama Islam tetapi ambil kira juga soal kesihatan dan juga keselamatan kerana ada sesetengah orang memang alergik terhadap binatang. 

Di United Kingdom misalnya, walaupun mereka bukan negara Islam, mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain. Undang-undang di sana juga tidak membenarkan binatang untuk dibawa masuk ke dalam restoran mahupun premis yang menjual atau yang menyajikan makanan. 

Sekiranya hendak dibawa masuk sekalipun, pemilik haiwan perlu memiliki lesen dan pastikan haiwan itu divaksinkan dan bersih. 

 

Perlu Jaga Sensitiviti Agama

Sumber: Ihsan pengguna

Apa-apa pun, kesedaran sivik harus dipertingkatkan dalam kalangan masyarakat kerana sekiranya dibiarkan, perkara sebegini mampu mencemarkan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. 

Apa yang dilakukan individu ini perlu dikenakan tindakan sewajarnya supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Pekerja restoran juga perlu sentiasa cakna terhadap keadaan yang berlaku di sekeliling restoran untuk menjaga kesejahteraan semua pelanggan kerana tidak semua orang akan berasa selesa dengan kehadiran haiwan di sekeliling. 

Lebih-lebih lagi haiwan seperti anjing yang termasuk dalam kategori najis mughallazah iaitu najis berat.

Jika terkena air liur dan najisnya, seseorang itu perlu menyamaknya dengan air mutlak sebanyak tujuh kali di mana satu daripada air itu perlu dicampur dengan tanah. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah kerajaan perlu bertindak dengan lebih tegas terhadap larangan membawa anjing di tempat awam sepertimana yang dipraktikkan negara luar?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN