Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye mengumumkan mulai Disember ini semua restoran terbuka akan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok.

Sumber: Berita Harian

Menurut beliau, arahan ini bukan sahaja tertakluk kepada tempat awam dan bangunan kerajaan, tetapi ia turut membabitkan semua restoran dan premis makanan termasuk warung-warung makanan tepi jalan.

Tindakan akan diambil terhadap perokok dan juga pemilik premis jika tidak mematuhi peraturan yang terbabit mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324).

Bersedia dengan bantahan dan reaksi rakyat terutama perokok, beliau berkata pihak kementerian tidak akan berkompromi apabila melibatkan aspek kesihatan rakyat di Malaysia.

Sumber: Berita Harian

Ini adalah antara usaha KKM untuk memastikan rakyat Malaysia terhindar daripada penyakit yang berpunca daripada asap rokok.

 

 

Tahun Depan Perokok Dibenar Merokok Tempat Awam

Walaubagaimanapun, terbaru, Dr Lee Boon Chye dalam satu status Facebook rasmi KKM memberitahu bahawa, berkuatkuasa awal tahun depan, perokok dibenarkan merokok tetapi di kawasan 3 meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka.

Sumber: Sriwijaya Post

Setiap premis kedai makanan perlu menaikkan tanda larangan merokok dan tidak sama sekali berkompromi dengan perokok ini.

Mereka dilarang menyediakan apa-apa kemudahan merokok seperti bilik khas dan tempat buang puntung rokok.

Sumber: Letsgoholiday

Dr Lee Boon Chye memberi jaminan bahawa pengusaha kedai makanan tidak akan dikenakan tindakan sekiranya terdapat perokok yang tidak mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan di premis mereka.

Pengusaha kedai makan dan restoran boleh mengemukakan aduan melalui talian ‘hotline’ 24 jam di 03-388942530 sekiranya berdepan perokok degil.

 

Kenyataan Bercanggah

Kementerian Kesihatan telah menegaskan sebelum ini akan menguatkuasakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini bermula Januari depan, demi kepentingan awam.

Sumber: wanitanakal.info

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sebelum ini berkata ketetapan itu adalah susulan bantahan pengusaha restoran dan kedai makan di seluruh negara yang tidak berpuas hati dengan peraturan larangan merokok sepenuhnya.

Jelas kenayataan ini bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan yang mengatakan perokok dibenarkan merokok ditempat awam dengan jarak 3 meter dari premis makanan. Adakah ia akan berkesan dan menjaga kepentingan awam?

Adakah perokok ini akan mematuhi peraturan tersebut? Kalau sudah benarkan bermakna mereka boleh merokok sesuka hati di premis makanan.

Takkan mahu ukur pakai tali jarak untuk merokok. Kementerian nampaknya tidak tegas isu ini dan bercanggah dengan apa yang ditegaskan sebelum ini.

 

Adakah Ia Cara Berkesan Mendidik Perokok Berhenti Merokok?

Dr Lee Boon Chye mahu peraturan larangan ini dilaksanakan bagi mendidik masyarakat berhenti merokok.

Sumber: Free Malaysia Today

Namun, jika ada perokok yang berdegil dan pengusaha kedai makan dan restoran yang masih mengulangi kesalahan maka mereka akan terus di saman.

Perokok yang ada sekarang ini seringkali dilihat melanggar peraturan tempat larangan merokok.

Belum dikira lagi perokok yang merokok sambil menunggang motosikal dan membayahakan penunggang motosikal yang lain. Membuang puting rokok sesuka hati mereka ke atas jalan raya.

Tidak menghiraukan langsung keselamatan orang lain.Sepatutnya haramkan terus merokok di tempat awam ini. Kuatkuasakan dengan tegas, barulah rakyat percaya dengan ketegasan pihak kementerian.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah ini cara berkesan mendidik masyarakat untuk berhenti merokok?
15 votes · 15 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN