Sumber: mStar

Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini menyaksikan impian untuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menangguhkan pembayaran balik sehingga mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan berkecai.

Kali ini, peminjam PTPTN tidak lagi dapat lari daripada membayar hutang apabila peminjam yang berpendapatan lebih RM1,000 akan dikenakan potongan gaji berkadar antara dua hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam.

Sumber: Portal Pakdin.my

Dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebelum ini, antara janji Pakatan Harapan adalah menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan janji itu disambut dengan sorak sorai oleh peminjam PTPTN.

Sumber: Utusan Borneo Online

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, sebelum ini dilaporkan berkata mana-mana peminjam yang berpendapatan RM4,000 ke bawah diberi penangguhan bayaran balik PTPTN, seiring usaha kerajaan meringankan bebanan rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup.

 

Kenapa Kerajaan Berbuat Demikian?

Penjelasan yang diberikan oleh Menteri Kewangan itu adalah kerajaan Pakatan Harapan sukar melaksanakan janji itu kerana keadaan fiskal negara.

Sumber: mStar

Ditambah pula, kata Guan Eng, dengan wang bernilai RM50 bilion yang diambil oleh ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low menjadikan janji Pakatan Harapan itu semakin sukar direalisasikan.

“Apa saja boleh dilakukan kerajaan ketika ini? Kalau Jho Low tidak ambil RM50 bilion, sudah pasti ia boleh dilakukan, tapi apa boleh buat,”

 

Adakah gaji RM1,000 mampu bayar PTPTN?

Apa yang ditagih oleh para peminjam kini adalah janji penangguhan hutang pinjaman tersebut memandangkan gaji lebih RM1,000 pada masa ini tidak mencukupi terutama bagi graduan yang baru sahaja mula mencari rezeki di ibu kota yang serba mahal pada masa ini.

Sumber: Shutterstock

Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) tahun 2017, sekitar 59.7 peratus penduduk di ibu negara terbeban ekoran peningkatan kos sara hidup.

Dan 52.6 peratus lagi warga kota juga terbeban yang hutang yang menimbun.

Semestinya umlah itu memang tidak cukup kerana selain belanja harian, ia juga digunakan untuk bayar sewa rumah, belanja dapur dan tambang ke tempat kerja. Dalam keadaan kos hidup makin tinggi, ia sekadar cukup-cukup makan.

 

Apa Reaksi Anak Muda?

Bekas aktivis pelajar menggesa kerajaan menyemak semula Belanjawan 2019 selepas ia mengumumkan peminjam PTPTN kena membayar balik pinjaman pada gaji RM1,000 sebulan.

Sumber: mtuc.org.my

Adam Adli Abd Halim berkata tahap tersebut tidak wajar kerana gaji RM1,000 terlalu kecil ketika ini.

Apatah lagi kerajaan sendiri menggariskan gaji minimum RM1,100 menjelang 2019, maknanya kerajaan sedar RM1,000 bukan pendapatan yang sesuai untuk seorang graduan.

Adam juga mahu kerajaan memberi penjelasan kepada peminjam PTPTN tentang perubahan drastik ini supaya rakyat dapat melihat prinsip sebenar kerajaan dalam soal pembiayaan pendidikan.

“Sekiranya kadar RM1,000 itu mengikut konteks semasa, kita juga wajar bertanya kepada kerajaan bila mereka mampu untuk laksanakan pengecualian macam yang sebelum ini dicadangkan RM4,000 dan termasuk ke arah memberikan pendidikan percuma,”

“Tidak perlu terkejut sangatlah, biasalah janji politik,” kata Adam. “Kita tidak boleh harap sangat dan jangan kita berpaut pada janji yang sedemikian rupa.”

Dengan situasi masa kini, nampaknya para peminjam perlu menerima hakikat bahawa hutang pinjaman PTPTN tidak lagi boleh ditangguh, maka selamat membayar hutang diucapkan kepada semua.

 

Tetapi Hutang Wajib Dibayar Walau Hutang Apa Sekalipun

Peminjam termasuk PTPTN perlu ada tanggungjawab moral. Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut. Hutang 10 sen juga perlu dibayar asalkan ia dipanggil hutang.

Kita hutang dengan PTPTN ke, bank ke, adik beradik ke, mak ayah ke, kawan-kawan ke wajib dibayar. Itu juga menunjukkan sikap kita sebagai yang berakhlak dan bertanggungjawab.

Sumber: Remaja.my

Kesian dekat orang lain yang mahu meneruskan pelajaran ke peringkat tinggi, kalau hutang kita tidak bayar macam-mana mereka mahu buat pinjaman jika kewangan PTPTN tidak mencukupi?

Memang kerajaan janji mereka perlu membayar balik pinjaman jika bergaji RM4000 sebulan, tetapi berapa orang sahaja bergaji yang tinggi.

Ada pula yang bergaji RM10,000 sebulan pun tidak membayar balik pinjaman.

Potongan gaji berjadual boleh galak peminjam bayar balik

Lima langkah akan diperkenalkan kerajaan bagi membantu peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka mulai tahun depan.

Sumber: Bernama Radio

Ia termasuk memberi potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama selain memperkenal pembayaran balik secara potongan berjadual antara dua dan 15 peratus daripada pendapatan bulanan pinjaman.

Guan Eng, berkata langkah itu hanya terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Selain itu, katanya pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019 manakala pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) juga akan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 mulai tahun depan.

Katanya baki hutang peminjam berusia 60 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan juga akan dihapus kira, yang memanfaatkan 350 peminjam dengan membabitkan kos RM4.2 juta.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah gaji bermula RM1000 dituntut untuk buat pembayaran balik PTPTN?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN