Kerajaan mengambil keputusan menangguhkan pelaksanaan semula harga minyak secara mingguan, yang sebelum ini dijadual bermula 1 Januari 2019.

Sumber: The Malaysian Insight

Sistem apungan harga secara mingguan dijangka akan menurunkan harga runcit petrol berikutan kejatuhan harga minyak mentah global.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, penetapan harga runcit petroleum terkini akan dibuat sebelum akhir minggu pertama 2019.

 

Harga Minyak Kekal

Lim Guan Eng berkata buat masa ini harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.50, RM2.20 dan RM2.18 seliter.

Sumber: Selangorkini

Ekoran harga minyak mentah global yang lemah ketika ini, mekanisme penetapan mingguan dilihat akan lebih menguntungkan rakyat.

Ini kerana harga runcit petrol di pam berpotensi turun sekiranya harga minyak mentah global kekal lemah tahun depan seperti yang dijangka.

Guan Eng berkata penangguhan ini adalah selepas mengambil maklum balas beberapa pihak berwajib.

 

PDAM Menentang Penetapan Harga Minyak Secara Mingguan

Sumber: AmazingNara

Presiden PDAM, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata mekanisme penetapan harga mingguan yang mahu diguna pakai kerajaan akan menyebabkan harga runcit petrol bertukar dengan kerap, sekali gus menyebabkan margin keuntungan stesen minyak tidak menentu.

PDAM sebelum ini memberikan dua cadangan untuk menggantikan mekanisme penetapan harga secara mingguan.

Dua cadangan ini adalah mekanisme Margin Pengusaha Stesen Minyak (DGM) dan penjualan secara konsainmen.

Di bawah sistem DGM, sekiranya harga minyak turun selepas stesen minyak membuat pesanan minyak, syarikat minyak akan membuat bayaran gantian kepada stesen minyak.

Ini bermakna stesen minyak akan mendapat pampasan daripada syarikat minyak sekiranya mereka mengalami kerugian.

Bagaimanapun sekiranya harga minyak meningkat selepas stesen minyak membuat pesanan, stesen akan membayar bayaran gantian kepada syarikat minyak.

DGM memastikan margin keuntungan stesen minyak kekal pada 10 sen seliter, tidak kira sama ada harga minyak mentah global meningkat atau menyusut.

Sumber: Astro Awani

Penjualan secara konsainmen pula bermakna stok di stesen adalah milik syarikat minyak, dan pengusaha stesen hanya menjual selaku ejen.

Ini bermakna pengusaha stesen minyak mendapat komisyen bagi setiap liter dijual, dan tidak akan menanggung apa-apa risiko perubahan harga.

 

Menteri Kewangan Dan Perdana Menteri Akan Kaji Semula

LIm Guan Eng berkata kerajaan perlu membincangkan isu yang dibangkitkan PDAM yang menentang penetapan harga secara mingguan.

Menurutnya, pertimbangan dan persetujuan jemaah menteri akan diperoleh dalam mesyuarat pada 2 Januari 2019 bagi mencari mekanisme penetapan harga runcit petrol yang paling optimum.

 

Rakyat Mahu Harga Minyak Turun

Rata-rata rakyat Malaysia melahirkan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan yang tidak menurunkan harga minyak dan mengikut kemahuan pengusaha minyak.

Sumber: FB Astro Awani

Sedangkan rakyat yang perlu dikurangkan beban, bukannya pengusaha minyak. Mereka menuntut perkara ini kerana kerajaan sudah berjanji akan mengapungkan harga minyak secara mingguan.

Tetapi kerajaan memberi kenyataan sebaliknya atau U-Turn untuk menangguhkan pula pelaksanaan penetapan harga minyak.

 

Harga Minyak Dunia Turun

Sumber: kabarin.co

Harga minyak dunia turun sejak 27 Disember 2018 selepas melonjak lapan peratus pada sesi sebelumnya, kerana kebimbangan terhadap bekalan minyak mentah dan ketidaktentuan ekonomi global memberi tekanan kepada harga.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun lapan sen, atau 0.15 peratus, kepada AS$54.39 setong pada 0237 GMT.

Ia menokok lapan peratus kepada AS$54.47 setong sehari sebelumnya.

West Texas Intermediate (WTI) turun 0.19 peratus kepada AS$46.13 setong. Ia melonjak 8.7 peratus kepada AS$46.22 setong pada sesi sebelumnya.

Kedua-dua penanda aras mentah itu turun kira-kira 40 peratus daripada paras tertinggi yang dicapai Oktober lalu.

Saham global melantun Rabu di sebalik usaha pentadbiran Trump untuk meningkatkan keyakinan pelabur dan laporan berhubung data perbelanjaan musim cuti Amerika Syarikat (AS) yang kukuh.

Shim Hye-jin, penganalisis komoditi di Samsung Securities di Seoul, berkata harga minyak masih rendah walaupun mencatat kenaikan sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, jika pemotongan OPEC dipenuhi, harga WTI dijangka meningkat kepada AS$50-AS$60 setong, sementara Brent dijangka meningkat antara AS$58-AS$70 setong tahun depan.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya termasuk Russia, bersetuju pada mesyuarat awal bulan ini untuk mengehadkan pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari bermula Januari depan.

Sementara itu, tinjauan awal Reuters mengunjurkan inventori minyak AS akan merosot 2.7 juta tong pada minggu berakhir 21 Disember, menandakan kejatuhan minggu keempat berturut-turut.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah kerajaan menangguhkan penetapan harga minyak secara mingguan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN