Kenaikan harga telur ayam pelbagai gred yang berlaku di beberapa negeri sejak kebelakangan ini menggusarkan pembeli dan juga peniaga. Harga yang tidak menentu setiap minggu itu membebankan mereka.
Dilaporkan kenaikan harga telur ayam berlaku pada kadar dua hingga 50 peratus.
Harganya dikatakan mencecah 43 sen hingga 46 sen sebiji bersamaan RM13 hingga RM13.80 sepapan untuk gred A. Manakala Gred B adalah RM12 dan C RM11.80 sepapan.
Telur gred tersebut merupakan antara 25 barangan haΒrian yang paling banyak dibeli oleh pengguna di pasar raya di seluruh negara.
Bekalan Kurang Punca Telur Ayam Mahal
Eksport ke negara jiran secara berlebihan menyebabkan bekalan telur ayam berkurangan menjadi punca harga dinaikkan setiap minggu.
Maklum balas yang diperoleh kenaikan harga tersebut berlaku berikutan peniaga turut mendapatkan bekalan telur pada harga yang tinggi daripada pemborong.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub juga mengakui antara faktor kekurangan bekalan telur ayam adalah lebihan eksport ke luar negara.
Salahuddin berkata, pihaknya memberi jaminan akan mengatasi masalah kekurangan bekalan telur ayam dalam tempoh terdekat.
Harga Telur Ayam Turun Selepas Rakyat ‘Merungut’ Dan Terbeban
Kementerian Perdagangan DaΒlam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan berbincang dengan pembekal telur untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi kenaikan harga teΒlur dalam pasaran selepas cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan 1 September lalu.
Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini berΒdasarkan respon dan pemerhatian yang dibuat olehnya daΒlam tempoh tersebut meΒnunjukkan telur mengalami kenaikan harga yang lebih tinggi berbanΒding 30 produk utama lain yang dikecualikan cukai tersebut.
Sejak November rakyat terpaksa menghadapi kenaikan harga telur ayam yang mendadak setiap minggu, namun dalam minggu ini berita gembira buat rakyat dan pengguna bahawa harga telur ayam mengalami penurunan.
Ia disahkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.
Katanya kerajaan memberi jaminan harga telur ayam sudah kembali stabil dan pengguna tidak perlu gusar menghadapi ketibaan musim perayaan seperti Krismas dan Tahun Baharu Cina.
Beliau mendedahkan ada kebenaran berhubung wujud kebimbangan berikutan kenaikan harga telur di utara Semenanjung.
Jelas Salahuddin, berlaku kenaikan harga telur ayam sebanyak 2 sen Gred C di peringkat ladang daripada 38 sen kepada 40 sen sebiji sejak November lalu.
Selain itu, kadar tukaran wang asing dolar AS berbanding ringgit yang berada pada RM3.86 pada bulan April 2018 meningkat kepada RM4.18 November lepas.
Ini juga telah memberi kesan kepada kenaikan bahan makanan ternakan sehingga memberi kesan kepada kenaikan harga telur diladang sebanyak 5 peratus.
Salahuddin menambah, pihaknya telah mengadakan pertemuan bersama Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) pada 14 Disember lepas.
Pihak pengeluar ayam telah bersetuju atas cadangan Kementerian untuk mengurangkan harga telur di peringkat ladang sebanyak 2 sen bagi menstabilkan kembali harganya di pasaran selain memastikan bekalan telur mencukupi ketika musim perayaan ini.
KATA ORANG
Dok mampu cakap je lah dok mampu nk beli jangan ckp aku jual mahal telur naik harga weh dok tahu ke ish
β nzq (@nazatulaqila_) December 18, 2018
Telur ayam mahal sangat sekarang kan? Gred C pun dah dah sampai RM13 kat sesetengah kedai.
β TvAlhijrah Perak (@tvalhijrahperak) December 18, 2018
Masalah untuk sesiapa yang nak langsungkan majlis atau berniaga kan?
Ok, ada satu warung kat⦠https://t.co/z2xeIooza9
Kalau di India ada TAJ MAHAL.
β S.K (@ron555y) December 18, 2018
Di Malaysia ada TELUR MAHAL.
Apa guna jadi kerajaan kalau harga telur pun tak boleh kawal.ππ
jagung mahal..harga konsentrat naik terus..biaya produksi pakan mahal..belum lain2..klo harga telur murah trus ayame makan apa
β w i d (@nins_grg) December 18, 2018
Lepas ni kalau mahal juga kita pakat makan telur itek, telur puyuh atau telur ikan je.
β abu bakar bin hussin (@abh90201) December 17, 2018