Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun , berkata, migrasi generasi muda luar bandar ke bandar perlu dikurangkan dalam usaha memastikan generasi itu dapat memainkan peranan penting memajukan kawasan luar bandar.

Sumber: Atre’s Odyssey

Bagaimanapun, beliau sedar generasi muda luar bandar bermigrasi ke bandar dalam usaha mencari pekerjaan dan kehidupan lebih baik, namun amat menyedihkan apabila sebahagian terhimpit dengan kos sara hidup seterusnya menjadi golongan miskin bandar.

Menurutnya, buat permulaan, beliau dan kementeriannya mahu memastikan setiap rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan luar bandar menikmati kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air dan jalan raya.

Namun, kenyataan itu nampaknya tidak disenangi oleh rakyat kerana rata-rata mereka mahukan kerajaan baharu menyelesaikan masalah peluang pekerjaan dan menangani kos sara hidup.

 

Kerajaan Tabur Janji, Raih Undi Anak Muda

Rakyat tidak mahu kerajaan hanya pandai tabur janji seperti kerajaan terdahulu. Isu ini sudah lama dibangkitkan oleh generasi muda, namun ia seolah-olah hanya isu yang dimainkan untuk meraih undi dalam pilihanraya semata-mata.

Sumber: Pakatan Harapan Kedah

Janji Pakatan Harapan:

Pemuda Pakatan Harapan(PH) berikrar mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan buat anak muda dan menetapkan gaji minimum RM2,500 jika PH berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pakatan Harapan akan memperjuangkan 10 dasar untuk membantu generasi muda berdepan kenaikan kos sara hidup, jika PH memenangi PRU14.

Antara yang dijanjikan ialah penubuhan Dana Usahawan Belia untuk kawasan bandar dan luar bandar, Insentif Perkahwinan Belia RM500 bagi pasangan berusia 35 tahun ke bawah yang berkahwin pertama kali, menurunkan harga jalur lebar sebanyak 50% dan memastikan setiap kampung mempunyai akses telekomunikasi 4G.

Sumber: NajibRazak.com

Janji Barisan Nasional:

Menyediakan anak muda Malaysia berusia di bawah 30 tahun dengan pekerjaan atau latihan bersesuaian untuk mendapat kerja dalam tempoh 6 bulan.

Menambah jumlah Rumah Transit Belia 1Malaysia kemudahan kepada belia yang baru bekerja.

Meningkatkan kebolehpasaran graduan menganggur melalui program Apprenticeship Malaysia dalam 5 industri rintis.

Mewujudkan penambahan 50,000 peluang pekerjaan TVET, melalui TVET Bootcamp (3 hingga 6 bulan) yang dirangka bersama bakal majikan.

Namun, rakyat juga sudah muak dengan janji BN yang sudah lebih 60 tahun berjanji kosong sahaja, tetapi tiada sebarang pelaksanaan dilakukan untuk orang muda.

Manakala, bagi kerajaan Pakatan Harapan dilihat hanya bercakap tanpa ada sebarang kajian yang dilakukan sebelum ini. Tidak seharusnya selepas menang baru ingin mengkaji sebaliknya perlu terus melaksanakan.

Anak muda bukan bahan pilihanraya untuk kedua-dua parti, harus diingat undi anak muda paling tinggi, maka usaha segera permintaan anak muda di negara ini.

 

Rakyat Mahu Kerajaan Atasi Masalah Lambakan Pekerja Asing

Sumber: Bacalah Malaysia

Lambakan pekerja asing di negara ini juga menjadi punca ekonomi rakyat tempatan semakin lumpuh dan ia adalah realiti yang berlaku hari ini.

Kebergantungan kepada pengeluaran berkos rendah dan bergaji rendah akan menjejaskan usaha Malaysia meningkatkan produktiviti serta mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan menawarkan gaji lebih baik.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pekerja asing merangkumi lebih daripada satu perlima pekerja pada 2016, kebanyakannya dalam sektor pertanian sebanyak 37.3 peratus, pembinaan pula 22.4 peratus dan pengeluaran adalah 21.2 peratus.

Bank Negara Malaysia juga mendedahkan, tumpuan berlebihan kepada pekerja asing juga menyaksikan kiriman wang yang tinggi ke luar negara, sekali gus mengurangkan limpahan dalam ekonomi domestik.

Jumlah kiriman keluar wang pada 2017 kekal tinggi pada RM35.3 bilion, yang kebanyakannya dibuat oleh pekerja asing.

Bukan sahaja ekonomi rakyat lumpuh, malah ekonomi negara juga lumpuh, bagaimana kerajaan hari ini mahu selesaikan hutang negara jika tenaga pekerja adalah lebih tinggi dalam kalangan warga asing. Aliran duit pula terus keluar dari Malaysia.

 

Harga Komuditi Jatuh Punca Generasi Migrain Ke Bandar

Sumber: Bacalah Malaysia

Rungutan dari penoreh getah memaklumkan harga getah yang dulunya RM10 sekilogram kini jatuh kepada RM2.20 sekilogram.

Keadaan itu menyukarkan,malah untuk membeli barangan keperluan harian pun tidak mampu dengan pendapatan hanya RM10 sehingga RM15 sehari.

Kira-kira 194,571 pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara yang mengambil upah mengusahakan kebun milik individu lain merupakan golongan paling terjejas daripada sumber pendapatan akibat penurunan harga komoditi itu.

Rata-rata golongan pekebun kecil dan penoreh getah itu hanya akan memperoleh pendapatan kira-kira RM450 sebulan.

Manakala, trend kejatuhan harga kelapa sawit memberi implikasi menyeluruh yang turut memberikan kesan yang teruk kepada sektor koperasi negara dan ahli-ahlinya.

Kejatuhan harga komoditi itu memberikan kesan kepada kira-kira 700,000 ahli koperasi termasuk 650,000 pekebun kecil kelapa sawit.

Trend kejatuhan harga kelapa sawit pada masa ini menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat tanah rancangan Felda dan juga pekebun kecil apabila ada antara mereka dilaporkan hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM280 sebulan.

Bagaimana mereka ingin meneruskan hidup jika pendapatan bulanan sebulan hanya RM280? Kerajaan seharusnya perlu mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini supaya anak muda akan bekerja dan membantu untuk memajukan ekonomi di tempat kelahiran mereka sendiri.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah saranan kerajaan mahu generasi luar bandar tidak ke bandar mencari rezeki berkesan?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN