Bermula 1 Januari 2019, penggunaan penyedut minuman plastik atau sering kita panggil ‘straw’ diharamkan di semua premis perniagaan menjual makanan dan minuman bagi mengurangkan pencemaran berasaskan plastik dan memulihara alam sekitar.

Sumber: Watan Online

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata, tempoh mendidik masyarakat, terutamanya peniaga akan dilaksanakan sehingga tahun 2020 sebelum tindakan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan sepenuhnya.

Pengharaman penggunaan straw dilaksanakan untuk negeri wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan.

 

Kenapa Haramkan?

Berikutan kenyataan tersebut, ramai netizen melahirkan rasa tidak puas hati, kecam tindakan kerajaan dalam usaha memulihara alam sekitar. Ada yang memaki hamun sehingga mengaitkan dengan pemimpin.

Persoalan yang ditimbulkan mereka “kalau haramkan straw, nak minum pakai apa?”, “kenapa haramkan straw?”, “kenapa tidak haramkan penjualan arak?” “tutup pusat hiburan”.

Isu ini mendapat perdebatan hebat di alam maya. Di sebalik ramai yang mengecam, ada juga netizen menyokong tindakan baik kerajaan itu kerana mereka bijak dan mempunyai kesedaran menyelamatkan alam sekitar kita.

 

Kesan Penggunaan Straw Plastik

Berdasarkan perkongsian dan ulasan seorang doktor dan aktivis alam sekitar, Rushdan Noor di facebook miliknya menyatakan manusia mencemarkan bumi dan lautan setiap masa dan dikatakan 80% daripada bahan buangan adalah barangan yang diperbuat daripada plastik.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula menganggarkan sejumlah 9 juta tan plastik dilepaskan ke dalam lautan setiap tahun, membunuh banyak hidupan laut yang sebahagiannya daripada rantaian makanan manusia.

Selain itu jejaskan juga pendapatan nelayan, industri pelancongan dan setiap tahun dunia kerugian sejumlah 8 bilion dolar Amerika akibat daripada kerosakan ekosistem hidupan laut.

Daripada jumlah yang disebutkan di atas, 2000 tan adalah straw plastik dan straw adalah 10 barangan plastik yang paling banyak ditemui.

Sebelum ini, heboh di media sosial sebuah video tular pada 2015, berhubung kelibat beberapa individu dengan penuh kudrat dan berhati-hati cuba menarik straw daripada hidung penyu.

Sumber: Daily Pedia

Video dimuat naik pakar perubatan tempatan di Facebook miliknya menunjukkan bagaimana penyu itu menahan kesakitan apabila straw tercucuk di dalam hidungnya hingga berdarah.

Beberapa individu dilihat berhati-hati dalam proses menarik straw itu keluar sebelum darah menitik daripada hidung penyu itu sebaik ia berjaya dikeluarkan.

Jadi pengharaman ini sudah cukup untuk menggambarkan rasional larangan penggunaan bahan tersebut.

Walaupun mengharamkan penggunaan straw plastik tidak akan menyelesaikan semua masalah tetapi pakar alam sekitar percaya ini adalah satu langkah permulaan yang baik kepada perubahan tingkah laku yang berskala lebih besar.

Di antara negara-negara yang melaksanakan pengharaman straw plastik adalah UK, Taiwan, Hawaii, Scotland, Costa Rica, Kanada, India dan beberapa negeri di Amerika Syarikat. Beberapa syarikat minuman dan makanan segera juga mengikut langkah yang sama. Bilangannya semakin bertambah.

 

Alternatif Lain Selain Straw Plastik

Sebenarnya isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana banyak lagi cara lain untuk sedut minuman anda itu, yang penting berfikir dahulu secara rasional sebelum mengecam sesuatu tindakan yang sebenarnya adalah wajar.

Banyak straw yang diperbuat daripada bahan lain selain plastik. Antaranya ialah:

Sumber: Paper Straws Sale

Straw Kertas
Kertas merupakan material yang paling baik kerana ia mudah dilupuskan dan tidak mencemarkan persekitaran. Ia juga mudah untuk dikitarkan semula.

 

 

 

Sumber: Pic UK

Straw Silikon
Material jenis ini boleh dipakai semula dan lebih selamat daripada plastik.

Kekurangannya adalah dari segi kebersihan kerana ia perlu dibersihkan dengan teliti terutama di bahagian dalam corong straw. Kerana minuman yang pekat seperti milo, susu, kopi akan mudah melekat di silikon ini.

 

Sumber: Rojak Daily

Straw Buluh
Ia oleh dipakai semula namun perlu di ambil berat bahagian kebersihan kerana buluh merupakan jenis yang menyerap air dan mempunyai ruang halus di dalamnya.

Nook Cafe yang terletak di bandar Kota Kinabalu, Sabah antara yang telah menggunakan penyedut minuman jenis buluh antara inisiatif meraka untuk mengurangkan pencemaran alam.

Sebelum kerajaan haramkan mereka sudah menyelamatkan alam sekitar terlebih dahulu, mereka lebih peka. Jadi tiada pun orang ramai buat aduan atau berdebat penggunaan straw buluh ini.

Sumber: Ebay

Straw Besi
Penggunaan straw besi sudah lama digunakan di Eropah namun penggunaannya sangat terhad kepada golongan pencinta alam.

Namun begitu apabila tular kisah-kisah hidupan laut yang terancam dengan penggunaan plastik, ramai yang makin sedar penggunaan straw plastik perlu dikurangkan.

 

 

Apa yang dilaksanakan kerajaan hari ini mengambil kira semua sudut, jadi tak usahlah kita mempertikaikan usaha kerajaan untuk membantu alam sekitar.

Dalam tempoh 2109 hingga 2020, kerajaan beri peluang untuk peniaga dan pengusaha restoran mempraktikkan untuk tidak menggunakan straw plastik ini. Ada kebaikannya.

 

Fakta Straw

Penyedut minuman merupakan inovasi yang diperkenalkan oleh pereka moden Amerika Syarikat, Marvin Chester Stone pada Januari 1888. Menariknya, amalan minum air menggunakan penyedut minuman sudah pun dilakukan sejak tamadun Mesopotamia kira-kira 5,000 tahun Sebelum Masihi lagi. Kini, ia digunakan secara meluas sehingga kini.

Dengan perkembangan teknologi yang memberangsangkan, penyedut minuman yang dahulunya digunakan daripada serat tumbuhan itu kini diubah menggunakan material plastik.

KATA ORANG

No result could be fetched.

KATA ANDA

Adakah tindakan kerajaan mengharamkan penggunaan straw plastik di negara ini sebagai tindakan yang tepat?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN