Baru-baru ini, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyindir Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung kenyataannya tentang isu pendidikan.

Sumber: Real Merah

Najib merujuk kenyataan Maszlee di parlimen pada 29 oktober 2018 menyifatkan pendidikan di Malaysia “hampir percuma” dan kerajaan akan mengekalkan yuran universiti.

“Pendidikan peringkat rendah dan menengah kerajaan adalah percuma. Pengajian tinggi juga hampir percuma yang mana pelajar hanya perlu membayar 10% daripada kos operasi. Kos 10% itu juga ditanggung kerajaan menerusi biasiswa dan secara tidak langsung menerusi PTPTN. Pembayaran balik juga boleh dirunding mengikut kemampuan peminjam”-Menteri Pendidikan.

Bagaimanapun, Najib membidas bahawa apa yang dinyatakan Mazlee itu sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan BN terdahulu.

“Bukankah itu yang kerajaan BN dahulu melakukan juga? Apa bezanya? Pendidikan rendah dan menengah juga percuma sekarang kerana kerajaan BN yang mansuhkan semua bentuk bayaran dan yuran bermula tahun 2012”- kata Najib.

 

Apa Yang Telah Dilaksanakan Kerajaan PH

Mazlee kata sebanyak 43 inisiatif berkaitan pendidikan telah dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepanjang 100 hari mentadbir negara, Maszlee Malik.

Beliau berkata sebahagian daripada inisiatif tersebut merupakan antara perkara yang dijanjikan di dalam manifesto PH seperti mengeluarkan nama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada senarai hitam Jabatan Imigresen.

Janji manifesto yang ditunaikan pada 8 Jun, iaitu dalam tempoh 30 hari pentadbiran kerajaan baharu itu menyaksikan seramai 429,945 peminjam dibantu.

Kementerian Pendidikan juga mengambil pendekatan lebih holistik dalam membina martabat sistem pendidikan termasuk memberi kuasa autonomi kepada institusi pengajian tinggi dan memberi kebebasan bersuara lebih luas kepada mahasiswa dengan menghidupkan semula sudut pidato.

Sumber: YouTube

Melibatkan usaha mengurangkan beban guru daripada tugas perkeranian; memperkasa sekolah kebangsaan dan pendidikan khas; memastikan murid tidak lagi menggalas beg yang berat; meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dengan memperkasakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan menggalakkan pelajar menguasai lebih daripada tiga bahasa.

Kementerian telah menghapuskan proses audit bagi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) pada 7 Jun lepas, langkah permulaan ke arah mengurangkan beban kira-kira 500,000 guru seluruh negara.

Sumber: My News Hub

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) juga akan diberi perhatian lebih khusus dengan langkah meletakkan pengawasan terus sekolah itu di bawah menteri dan timbalan menteri.

 

Apa Yang Dilaksanakan Kerajaan BN

Kebanyakan sekolah kerajaan di peringkat rendah mahu pun menengah kini bergantung kepada sumbangan PIBG bukan sahaja untuk melakukan pelbagai aktiviti pelajar malah operasi sekolah.

Bagi sektor pendidikan tinggi pula, anak-anak muda daripada keluarga rakyat biasa yang ingin melanjutkan pelajaran kini terpaksa bergantung kepada pinjaman PTPTN untuk ke IPTA atau IPTS, yakni berhutang dan mereka akan disenarai hitam jika gagal melunaskan bayaran.

Bilangan IPTA di negara ini tidak bertambah berbanding IPTS yang tumbuh bagaikan cendawan, membuatkan majoriti rakyat bergantung kepada IPTS yang kosnya lebih tinggi.

Di dalam persidangan anggota parlimen di Dewan Rakyat pada bulan November tahun 2006, ahli parlimen Tebrau(BN) iaitu Teng Boon Soon mendedahkan bahawa kadar keciciran pelajar dari setahun ke setahun kini meningkat kepada 37%dan kini berada pada situasi amat membimbangkan. Menurut Teng, ramai di kalangan pelajar yang tidak dapat menyempurnakan pelajaran mereka hingga kepada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan hanya mampu pada tahap Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

 

Janji BN PRU-13

BN berjanji untuk membawa sistem pendidikan negara ke taraf antara terbaik di dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan.

BN turut menggariskan usahanya dalam membina kecemerlangan pendidikan negara termasuk berjanji untuk memperkasakan Bahasa Inggeris dengan menjadikannya mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memperbaiki penguasaan bahasa itu dan Bahasa Malaysia dari tahap prasekolah.

berjanji menyediakan lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi, dan menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.

Mengenai komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak, BN berjanji memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti di kawasan tersebut, dan memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah.

Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT), BN berjanji untuk memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di kedua-dua sekolah tersebut.

BN juga berjanji untuk meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk SKJC, SJKT, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.

Bagi guru pula, BN berjanji menyediakan laluan kerjaya baharu kepada 420,000 guru dengan membolehkan mereka dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi masing-masing.

Juga akan merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.

Rasanya rakyat Malaysia boleh nilai kebaikan dan keburukan kedua-dua parti ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Bagi anda, kerajaan manakah yang zalim dalam isu pendidikan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN