Dalam usaha melahirkan pemandu berhemah sekaligus menangani isu keselamatan dan kemalangan jalan raya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan cadangan memberi ganjaran rebat petrol dan tol kepada pemandu berhemah di negara ini.

Katanya, cadangan yang dikemukan oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) itu dilihat baik bagi mendidik masyarakat mengenai keselamatan jalan raya.

Melihat kepada perkara tersebut, beliau berkata, dengan memberi ganjaran diskaun petrol dan tol itu dilihat mampu memotivasikan pemandu bagi mengubah tingkah laku mereka untuk menjadi pemandu berhemah sekiranya mahu mendapatkan ganjaran tersebut.

Turut difahamkan, satu aplikasi khas juga sedang dibangun oleh PETRONAS di mana ia boleh menguji tingkah laku seseorang pemandu itu.

 

Didik Masyarakat Dengan Cara Beri Ganjaran

Sumber: Kosmo

Melihat kepada isu kemalangan jalan raya yang dilihat tiada kesudahan, sudah sampai masanya kita menukar cara lama dalam usaha mendidik masyarakat mengenai keselamatan jalan raya.

Mungkin dengan cara menawarkan ganjaran diskaun petrol dan tol ianya dapat mengubah sikap pemandu menjadi lebih pasif.

Sumber: Harian Metro

Jika sebelum ini, mana-mana pemandu yang membuat kesilapan, mereka pasti akan berdepan dengan denda mahupun saman dari pihak berkuasa.
Adakah saman dan denda itu dilihat mampu mendidik masyarakat supaya menjadi lebih berhemah ketika memandu di jalan raya?

Atau dengan meningkatkan denda kesalahan trafik itu mampu mendatangkan rasa takut di kalangan pengguna jalan raya itu sendiri.

Walaupun pelbagai cara sudah dilaksana kerajaan termasuklah dengan mengadakan pelbagai kempen keselamatan jalan raya mahupun iklan nahas di kaca televisyen, surat khabar mahupun radio, hingga ke hari ini jumlah kemalangan dilihat semakin meningkat saban hari.

Mungkin, dengan cara sebegini, ia dilihat mampu mendidik masyarakat untuk menjadi pemandu berhemah di jalan raya bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Bila difikirkan semula, tidak rugi pun sekiranya kita menjadi pemandu berhemah kerana kita bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa diri sendiri dan orang lain, malah kita juga akan diberikan ganjaran diskaun petrol dan tol.

 

Mampu Kurangkan Kes Kemalangan Jalan Raya

Sumber: FMT

Mengikut statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan 6,740 kes kemalangan direkodkan tahun lalu dengan 4,348 daripadanya adalah kemalangan maut.

Walaupun pelbagai cadangan khusus telah dilaksana pihak kementerian, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mahupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kesemua cara yang digunakan itu dilihat kurang berkesan bagi mengurangkan kemalangan maut.

Dalam perkara ini, sikap pengguna jalan raya itu sendiri menjadi punca berlakunya kemalangan kenderaan dan juga motosikal.

Setakat ini, kita mungkin tidak dapat lihat lagi keberkesanan cadangan tersebut, namun apabila ia dilaksanakan kelak, besar kemungkinan ia boleh mengurangkan jumlah kes kemalangan jalan raya yang dilihat semakin membimbangkan.

 

Pelbagai Cara Dilaksana Untuk Mendidik Masyarakat

Sumber: carsifu.my

Sehingga ke hari ini, pelbagai cara telah diambil kerajaan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di Malaysia dengan memasang kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di lebuh raya-lebuh raya di seluruh negara.

Tidak kurang juga, pembaharuan dalam Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) yang diperkenalkan JPJ dilihat berupaya mendidik masyarakat di mana mereka perlu mematuhi undang-undang jalan raya sekiranya tidak mahu dikenakan amaran dan penalti mata demerit.

Selain itu, PDRM juga mengambil langkah yang sama dengan mengenakan saman trafik kepada pemandu jalan raya sebagai cara mendidik mereka untuk lebih berhati-hati ketika memandu.

Sumber: My News Hub

Itu belum lagi diambil kira dengan Ops Selamat yang dilakukan pihak PDRM sebagai cara mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya khususnya pada musim perayaan di mana pada waktu itu, jumlah kemalangan jalan raya akan meningkat secara mendadak hingga berada pada tahap membimbangkan.

Oleh itu, kita lihat dan tunggu sahaja keputusan yang dibuat kerajaan bermula tahun depan yang mana ianya dilihat mampu meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya sekaligus mendidik masyarakat untuk menjadi pemandu yang lebih berhemah.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah dengan cara memberi ganjaran diskaun petrol dan tol dilihat mampu mendidik masyarakat supaya memandu lebih berhemah?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN