Pembekuan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya seluruh negara mulai tahun yang diumumkan kerajaan semalam, pastinya memberi sedikit kelegaan buat semua rakyat Malaysia.
Pengumuman tersebut diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pembekuan kadar tol itu telah dipersetujui sebulat suara di dalam kabinet walaupun kadar tol tersebut layak dinaikkan pada tahun depan.
Pembekuan kenaikan kadar tol tersebut bukan sahaja melibatkan tol di lebuh raya dalam bandar sahaja tetapi turut melibatkan pembekuan kadar tol bagi bas di lapan lebuh raya berasingan pada tahun sama dan pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang (Jambatan Pertama Pulau Pinang), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) dan Lebuhraya Laluan Kedua di Johor.
Pun begitu, walaupun kerajaan bertindak untuk membekukan kadar kenaikan tol itu, rakyat masih lagi tidak berpuas hati dengan pengumuan tersebut yang mana mereka mendesak kerajaan untuk mengurangkan kadar tol tahun hadapan dan bukan membekukannya.
Ringankan Beban Sara Hidup Rakyat
Walaupun pembekuan kadar tol yang diumumkan kerajaan itu dipertikaikan banyak pihak, namun apa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini pasti ada sebabnya.
Sehingga ke hari ini, rakyat masih lagi mendesak kerajaan PH untuk tunaikan janji mereka untuk memansuhkan kutipan tol secara berperingkat sekiranya berjaya menjadi kerajaan.
Pun begitu, PH dilihat masih tidak dapat menunaikan janji mereka sebagaimana yang dijanjikan di dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu sehingga ke hari ini.
Malah, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga berkata, pemansuhan kutipan tol itu sukar untuk dilaksana memandangkan keadaan fiskal yang meruncing tidak membenarkan perkara itu dilaksanakan kerajaan buat masa kini.
Walaupun pemansuhan kutipan tol itu mungkin hanyalah mimpi namun sekurang-kurangnya apa yang kerajaan sudah lakukan kini mampu meringankan beban hidup rakyat yang perlu dipikul rakyat menjelang tahun depan.
Dengan pembekuan itu, kerajaan menganggarkan pembekuan kadar itu melibatkan kos bayaran pampasan yang dianggarkan berjumlah RM972.75 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya.
Memang tidak dinafikan, warga kota khususnya pasti terbeban dengan kadar tol di lebuhraya dalam bandar setiap kali berulang alik ke tempat kerja.
Namun, sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah membekukannya, rakyat pasti akan lebih terbeban dengan kenaikan kadar tol di 21 lebuhraya yang sepatutnya dinaikkan tahun depan.
Beri Kerajaan Sedikit Masa Untuk Lakukan Penambahbaikan
Dalam perkara ini, kerajaan PH masih melalui proses pembelajaran dan tidak banyak yang dapat dilakukan oleh mereka sejak mengambil alih tampuk kerajaan terdahulu.
Jika dilihat apa yang terkandung di dalam manifesto mereka, masih ada beberapa perkara yang tidak dapat diselesaikan dalam masa 100 hari yang mana perkara tersebut perlu dikaji semula secara teliti dengan mengambil kira semua pihak.
Antara yang menjadi isu sehingga kini adalah pembayaran pinjaman pelajaran PTPTN melalui potongan gaji bulanan dan janji untuk menghapuskan tol lebuh raya sehingga ramai yang mengatakan bahawa kerajaan PH membuat pusingan-U pula.
Pun begitu, kerajaan PH pasti mahu lakukan yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia dan mereka pastinya mahu membawa perubahan baru dalam negara yang akan memakan masa agak lama.
Namun, tidak ada salahnya jika kita beri sedikit masa buat kerajaan PH untuk merangka kembali dasar-dasar tertentu yang perlu disesuaikan untuk kebaikan negara.
KATA ORANG
Errr DSN ada lagi satu. Tol pun katanya dah mansuh. Oh maaf beku kenaikan sahaja. Oh sekejap. Takut Ada UTurn lagi.
— (@Mohamad60295497) December 28, 2018
Beku? Bukan janji mansuh ke?
— naikkeangkasa (@naikkeangkasa) December 27, 2018
The decision is not that wise. 994m is for how many years? One year? What will happen the next year onward? Actually 994m if we use to invest to create job n business opportunities, it will overcome high cost of living. We should create more source of income @guanenglim
— Dzul Hadzwan Husaini (@Dzulhadzwan) December 27, 2018
Kalau beku still kena bayar kan.. kenapa tak hapuskan terus.. baru tak payah bayar langsung.. mana lebih bagus untuk rakyat.
— Eden (@EdenPenang) December 27, 2018