Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran menyatakan Akta Pampasan Pekerja 1952 yang diguna pakai di negara ini bakal dimansuhkan bagi membolehkan perlindungan sama rata diberikan kepada pekerja tempatan dan asing yang bekerja di negara ini.

Sumber: Kampus UOIS

Katanya, perkara itu selaras dengan komitmen kerajaan mempertingkatkan perlindungan kepada pekerja-pekerja asing yang kini dilindungi di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing di bawah akta berkenaan.

Langkah itu juga adalah kehendak konvensi yang telah dipersetujui dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

 

Hak Sama Rata Diberikan Buat Pekerja Asing Dan Tempatan

Sumber: Berita Harian

Kula Segaran berkata pemansuhan akta itu adalah supaya penggantian perlindungan keselamatan pekerja asing daripada skim di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 sebelum ini kepada di bawah Perkeso dapat dilaksanakan dan kerajaan mempunyai sistem kawalan perlindungan lebih efisyen.

Dan ia juga berikutan keputusan Kabinet meletakkan perlindungan keselamatan sosial pekerja asing di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mulai 1 Januari depan.

Dengan proses pemansuhan akta ini sedang berjalan, skim pampasan pekerja asing ini tidak lagi diaktifkan untuk pembaharuan dan pendaftaran baharu.

 

Dapat Pantau Pekerja Asing Di Malaysia

Dengan pemansuhan akta ini, pihak kerajaan dan juga Jabatan Imigresen Malaysia dapat memantau pergerakan pekerja asing di negara ini. Dimana ia akan beri pengetahuan lebih luas dalam data, yang mana pihak kerajaan akan dapat tahu berapa pekerja asing pada bila-bila masa dengan serta merta, berapakah pekerja-pekerja asing bekerja, sektor mana mereka bekerja, syarikat mana dan majikan mana.

Sumber: Utusan Online

Malah ia juga dapat mengesan sama ada majikan mencarum atau tidak, maka kalau dia tidak mencarum maka Imigresen dimaklumkan dan pihak polis untuk cari mereka supaya tindakan diambil dengan segera.

Menurut Kementerian Sumber Manusia, dianggarkan terdapat 6.7 juta pekerja asing di negara ini, dan 2.1 juta daripadanya adalah warga asing yang mempunyai permit kerja manakala selebihnya adalah ‘imigran haram’.

Sebab itulah pihak kerajaan memansuhkan akta ini kerana lambakan pekerja asing dan kebajikan mereka yang terabai.

 

Buka Peluang Pekerjaan Buat Rakyat Tempatan, Carum Polisi Perlindungan Keselamatan Sosial

Jika pemansuhan ini berlaku, majikan akan memilih pekerja tempatan kerana hak sama rata ini, dan mereka tidak perlu lagi menggajikan pekerja asing. Ini juga salah satu langkah baik oleh kerajaan sebagai peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

Sumber: Kosmo

13.7 Juta Rakyat Malaysia Tidak Dilindungi Polisi Perlindungan

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, seramai 13.7 juta rakyat Malaysia tidak dilindungi dengan apa-apa polisi perlindungan keselamatan sosial.

Beliau menyifatkan angka berkenaan sebagai sesuatu yang membimbangkan.

Ujarnya, jika setiap pekerja mempunyai purata tiga orang dalam isi rumah, maka ia menjadikan sejumlah 18.9 juta rakyat Malaysia akan dilindungi perlindungan keselamatan sosial oleh Perkeso yang mana merangkumi sehingga 59 peratus daripada jumlah populasi.

Dalam pada itu, Laporan Perlindungan Sosial Dunia yang dilakukan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)2017/2019 mendedahkan kira-kira empat bilion orang di seluruh dunia tiada perlindungan sosial dan angka itu merangkumi 55 peratus daripada populasi dunia.

Justeru kata Dr Wan Azizah, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 dilihat mampu memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja terutama mereka yang terlibat dengan pengendalian sistem e-hailing.

Sistem Insurans Pekerja yang dilaksanakan Perkeso sejak 1 Januari juga telah memastikan kebajikan pekerja terpelihara.

 

Netizen Anggap Kerajaan Ambil Berat Pada Pekerja Asing

Sumber: FB Astro Awani

Segelintir netizen menganggap tindakan kerajaan melindungi pekerja asing yang bekerja di negara ini adalah tidak wajar.

Mereka mahu kerajaan menumpukan perhatian terhadap rakyat tempatan yang bekerja di negara sendiri dan menjaga kebajikan mereka sebaiknya, bukan sibuk

Sumber: FB Astro Awani

uruskan pekerja asing.

Sumber: FB Astro Awani

Malah, timbul juga persoalan adakah kehadiran pekerja asing mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dan pada masa sama, tidak membawa kesan negatif kepada ekonomi dan sosial di Malaysia?

Sumber: FB Astro Awani

Lambakan pekerja asing di Malaysia perlu dititik beratkan dan membawa masuk hanya mereka yang betul-betul diperlukan oleh pasaran Malaysia sahaja.

Sumber: FB Astro Awani

Disebalik bantahan cadangan tersebut, ada juga netizen yang bersetuju dengan tindakan kerajaan ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah wajar perlindungan keselamatan sosial turut diberiakn sama rata terhadap pekerja asing?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN