Terbaru, kerajaan mungkin akan memperkenalkan cukai eksais ke atas minuman bergula atau minuman manis gula (SBB) dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat dan menangani penyakit tidak berjangkit.

Sumber: FB Dr Wan Azizah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah itu telah dipersetujui sebagai salah satu polisi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet ke arah Persekitaran Hidup Sihat.

Wan Azizah berkata hasil daripada kutipan cukai itu akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Disatukan atau disalurkan ke tabung penyakit tidak berjangkit.

“Perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang dan Kementerian Kewangan Lim Guan Eng akan memperhalusinya sebelum dilaksanakan”

Menurutnya, langkah itu telah dijalankan di beberapa negara jiran seperti Brunei, Thailand dan Mexico dan telah terbukti sangat berjaya.

 

Apa Reaksi Rakyat Malaysia Mengenai Isu Ini?

Pengenaan cukai baharu itu nampaknya telah mengundang kemarahan rakyat. Rakyat baru sahaja belajar mengenal Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan selepas dibebani dengan teruk oleh kerajaan Barisan Nasional melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Bagaimana rakyat boleh menerima cukai minuman bergula pula? Apakah impaknya nanti kepada mereka?

Sebelum ini, zaman kerajaan BN juga memperkenalkan cukai sama melalui Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang berkata cadangan ini termasuk dalam strategi yang dirangka kementerian melalui Pelan Tindakan Kebangsaan Malaysia III dan โ€˜Policy Optionsโ€™ bagi 2016-2025 untuk menangani masalah obesiti.

 

Sekarang Cadangan Yang Sama Berulang Lagi Kepada Rakyat?

Menurut Wan Azizah, secara keseluruhannya, sebanyak 12 polisi ke arah hidup sihat telah dipersetujui mesyuarat hari ini yang turut disertai oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad serta wakil-wakil dari 12 kementerian lain.

Rata-rata rakyat Malaysia tidak bersetuju malah mereka merasakan pentadbiran kerajaan hari ini sama seperti kerajaan BN yang dilabel sebagai zalim kepada rakyat.

 

Kebaikan Cukai Minuman Bergula

Sumber: Maskulin

Sebenarnya cadangan kerajaan untuk mengenakan cukai minimum ke atas minuman bergula diimport atau diproses di kilang tempatan adalah langkah praktikal bagi mengawal pengambilan gula di kalangan rakyat.

Cadangan itu juga dikatakan merupakan langkah jangka panjang berterusan bagi menghindari penyakit akibat pengambilan gula berlebihan seperti kencing manis.

Namun kita memohon kerajaan agar memberi penjelasan terperinci mengenai cadangan tersebut supaya ia tidak disalah tafsir oleh rakyat.

 

Keburukan Jika Kerajaan Tidak Mencukai Minuman Bergula

Sumber: Astro Awani

Tindakan lebih tegas terhadap kawalan pengeluaran produk bergula adalah penting memandangkan impaknya yang besar kepada kesihatan rakyat di negara ini.

Lambakan pelbagai produk yang mengandungi perisa gula tambahan dalam produk makanan dan bahan tambahan yang tidak diperlukan tubuh didapati amat mudah diperoleh di pasaran di samping harganya yang rendah.

Sumber: CARI Infonet

Ini menggalakkan lagi pengguna mengambil produk bergula seperti minuman berkalori tinggi dalam tin, kotak atau botol dengan sewenang-wenangnya hingga menghasilkan ketagihan seterusnya mengakibatkan tahap kesihatan mereka terjejas.

Produk bergula jika diambil secara berlebihan daripada keperluan tenaga harian boleh mengundang pelbagai penyakit kronik terutamanya Sindrom Metabolik yang menjadi punca terjadinya obesiti, kencing manis dan hiperkolesterolemia serta darah tinggi.

Mungkin cadangan kerajaan ini kerana melihat tabiat rakyat yang tidak menghiraukan kesihatan mereka.

 

Malaysia Mempunyai Kadar Diabetes Tertinggi di Asia

Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes yang tertinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia selepas Arab Saudi.

Pengerusi Eksekutif Institut Diabetes Kebangsaan (NADI), Datuk Dr Mustaffa Embong, berkata kira-kira 2.5 juta orang dewasa di Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidapi penyakit diabetes dan statistik dalam rekod NADI menunjukkan hampir separuh daripada rakyat negara ini tidak sedar mereka menghidap kencing manis.

Sumber: Trip Advisor

Tahun 2017, dianggarkan 3.6 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas kini menghidap diabetes.

Dan separuh daripada jumlah itu atau kira-kira 1.8 juta belum didiagnos dan tidak pernah menjalani saringan kesihatan, lalu tidak menyedari kehadiran penyakit itu.

Malah 73 peratus kematian Malaysia disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD).

Jadi, mungkin ini masanya untuk kerajaan baharu mensejahterakan kesiharan rakyat di negara ini.

 

Adakah Cadangan Ini Berguna?

Rata-rata rakyat merasakan cadangan itu dikhuatiri menyebabkan harga barang lain dan kos sara hidup meningkat.

Pihak kerajaan sepatutnya ada peruntukan untuk memberitahu rakyat jangan makan banyak gula kerana ia tidak sihat.

Dan kaedah terbaik adalah dengan menyedarkan orang ramai dengan cara mendidik. Kerajaan perlu menyedarkan orang akan kepentingan kesihatan, keburukan tidak menjaga kesihatan dan kesedaran sebegini perlu bermula di peringkat kecil lagi.

Tetapi kalau orang dah ketagih gula, setakat minuman nak naik, ia tidak akan memberi kesan kepadanya untuk mengurangkan pengambilan minuman bergula.

Sama juga orang yang ketagih rokok, walaupun kerajaan naikkan harga mereka tetap beli juga.

KATA ORANG

KATA ANDA

Perlukah kerajaan perkenal cukai minuman bergula ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN