Doktor Syafiqa Hayra merupakan puteri kepada Mr.Os, pelawak dan pelakon yang pasti dikenali ramai dengan keletah lakonannya yang mencuit hati.
Dr. Syafiqa secara rasminya telah menghabiskan pelajaran didalam bidang perubatan dan telah berjaya menjadikan impian arwah ayah dan keluarganya untuk melihat dia menjadi seorang doctor menjadi realiti.
Selain bekerja sebagai pelakon dan pelawak, arwah Mr.Os juga dikatakan turut bekerja sebagai pemandu teksi bagi mendapatkan pendapatan tambahan untuk menyara keluarganya.
Mungkin kerana permintaannya dalam dunia seni semakin berkurang dan rata-rata bidang hiburan didominasi oleh anak-anak mudah yang memaksa Mr.Os untuk mencari rezeki melalui cara lain.
Tak Sempat Tengok Jenazah Mr. Os
Mr. Os meninggal dunia pada tahun 2016 ketika berusia 55 tahun kerana kanser paru-paru tahap 4. Yang menyedihkan, Dr. Syafiqa tidak sempat untuk pulang ke Malaysia untuk melihat ayahnya buat kali yang terakhir kerana tidak ada penerbangan ke Malaysia ketika itu.
Apa yang lebih menyedihkan, ayah kesayangan yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk membesarkan dan memberi pendidikan tidak sempat untuk melihat kejayaan yang dicapai anaknya. Jika Mr.Os masih ada, pasti dialah insan yang paling berbangga dengan pencapaian anaknya.
Kepayahan Hidup Bukan Penghalang, Impian Ayah Tercapai
Ramai mengagumi cara didikan Mr.Os sehingga anaknya berjaya menjadi seorang doktor. Dengan keadaan kesihatan yang kurang baik, ditambah pula dengan kos pembelajaran anaknya yang melanjutkan pelajaran di Mesir pasti banyak yang dipendam demi memberikan yang terbaik buat keluarga.
Sumber Inspirasi Orang Muda
Kisah kejayaan Dr. Syafiqa ini patut dijadikan inspirasi terutamanya dikalangan orang muda agar tidak mudah mengalah dalam mencapai cita-cita dan impian hidup. Kemiskinan dan kepayahan hidup tidak sepatutnya dijadikan pematah semangat untuk seseorang mencapai kejayaan.
Seperti kisah Dr. Amalina Bakri, gadis kelahiran Kelantan yang menjadi orang pertama mendapat 17 A1 didalam peperiksaan SPM dan mendapat biasiswa penuh dari Bank Negara Malaysia untuk melanjutkan pelajarannya didalam bidang perubatan dia United Kingdom.
Impian dan kejayaan tidak datang bergolek, usaha yang kuat dan berterusan pasti akan membuahkan hasil. Semoga cerita inspirasi ini menjadi panduan untuk anak-anak muda di luar sana dalam perjalanan mereka mencapai cita-cita.
KATA ORANG
Tahniah buat anak arwah Mr.Os yang kini bergelar Doktor..
— ADI PUTRA (@ADPadiputra) 10 February 2019
Syafiqa Hayra, 26 tahun..
Penerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura Mesir dengan keputusan cemerlang Januari lalu dan bakal melaksanakan... https://t.co/awS9wE3fyQ
Cantik + pandai = idol 😍 @syafiqahayra
— Esther 💕 (@EstherEsS18) 11 February 2019
tahniah dr.syafiqa hayra. alfatehah utk arwah abah syafiqa.
— badarudin (@badarud75934583) 10 February 2019