Pasti semua orang pernah menghidu kentut orang lain kan lagi-lagi jika terperangkap dalam kereta, lif atau tempat yang sesak. Baunya boleh buatkan seseorang itu pengsan.

Tidak kurang juga ada di antara kita yang kadang-kadang sampai merah padam muka menahan kentut bimbang baunya akan tersebar dan mendatangkan masalah lain pula.

Tetapi dengan teknologi sekarang, nampaknya tidak akan ada lagi kejadian sedemikian apabila sebuah syarikat Perancis mendakwa berjaya mencipta pil yang membuatkan kentut berbau harum.

Pil yang dihasilkan oleh Christian Poincheva itu didakwa boleh menukar kentut yang busuk menjadi wangi seperti bau bunga mawar atau coklat.

Christian Poincheva

Kalau begini, kentut setiap masa pun tiada masalah kerana bau yang menyenangkan.

 

Idea Selepas Majlis Dicemari Bau Kentut

Poincheval ditemubual akhbar Telegraph beberapa tahun lalu berkata beliau memutuskan untuk cuba menghasilkan produk itu selepas satu majlis makan malam dicemari bau kentut busuk.

Katanya, bau kentut tersebut amat busuk dan mereka hampir lemas.

Pil yang dihasilkan sejak 2017 itu merupakan pil organik sepenuhnya dan tidak berasaskan perubatan atau dadah dalam produk itu.

Sekadar Gambar Hiasan

Kebanyakkan mereka yang membeli pil tersebut memang kerana mereka memiliki masalah dengan kentut.

 

 

 

Pad Arang Kalis Bau Kentut

Bukan hanya pil bau kentut dijual, juga terdapat pad arang yang mampu menapis bau busuk kentut sebelum ia tersebar ke udara.

Seperti yang diketahui, arang sememangnya berfungsi sebagai penyerap bau yang sangat baik untuk meneutralkan semula bau asal sesuatu tempat.

Macam mana cara pemakaiannya? Mudah sahaja! Anda cuma perlu letakkan pad pada bahagian luar seluar dalam anda. Semudah itu sahaja, kentut anda kini tidak lagi membuat mereka yang terhidunya terseksa.

Pad Arang

Pad ini dijual pada harga $65.85 (RM273.46) di laman Amazon.

 

 Kenapa Kentut Busuk?

Secara purata kita menghasilkan setengah liter gas kentut setiap hari dan akan melepaskan angin berbelas kali sehari.  Ia adalah suatu proses biologikal yang normal.

Kentut terjadi apabila anda menelan makanan, air atau air liur, anda juga menelan sedikit udara yang akan terkumpul dalam sistem pencernaan anda. Selain itu gas juga akan terhasil semasa proses pencernaan makanan. Jadi, tubuh kita perlu menyingkirkan angin terkumpul ini melalui kentut dan sendawa.

Pasti ada yang tertanya kenapa kadangkala kentut kita berbau busuk? Ia adalah kerana makanan kita terutama jika kita ambil makanan protein tinggi seperti daging. Ini kerana daging dan sumber protein mempunyai kandungan sulfur yang tinggi.

 

Bau Kentut Baik Untuk Kesihatan

Mungkin fakta ini anda tidak sangka tetapi ia hakikat. Penyelidik dari Universiti Exeter di England  mendapati  gas tertentu daripada kentut busuk  dapat memerangi penyakit.

Menurut penyelidik Dr Mark Wood, yang ditulis dalam jurnal Medicinal Chemistry Communications (Komunikasi Kimia Medik), walaupun hidrogen sulfida dikenali sebagai gas  berbau busuk dalam telur busuk dan kentut,   ia secara semula jadi dihasilkan dalam tubuh  dan sebenarnya boleh berfaedah bagi  penjagaan kesihatan dengan implikasi penting ia dapat digunakan sebagai  terapi pada masa depan bagi  pelbagai penyakit.

Antara penyakit yang mampu dicegah dengan kentut ialah penyakit barah, angin ahmar, serangan jantung, dan nyanyuk.

Hidrogen sulfida, satu daripada gas berbau yang dihasilkan oleh bakteria semasa memproses makanan di dalam perut dapat membantu melindungi sel-sel dan melawan penyakit jika berada dalam jumlah yang sedikit.

Walaubagaimanapun,  menurut laporan portal mirror.co.uk, hidrogen sulfida dalam jumlah yang berlebihan amat berbahaya kerana mengandungi toksik.

Walau apa pun, kalau sudah kentut tu janganlah buat-buat tidak tahu, lebih baik mengaku.  

KATA ORANG

KATA ANDA

Jika dijual di Malaysia, adakah anda akan membeli pil atau pad tersebut?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN