Kebanjiran warga asing di negara kita ini semakin hari semakin membimbangkan dan banyak menyumbang kepada risiko terdedah kepada pelbagai jenis jenayah, wabak penyakit serta mencemarkan imej negara.
Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur baru-baru ini telah menjalankan operasi menunda kereta-kereta terbiar dan kemudiannya mendapati kereta terbiar berkenaan dijadikan ‘peti sejuk’ untuk menyimpan stok sayur oleh peniaga warga asing ini.
Taktik segelintir peniaga warg asing terutamanya warga Rohingya yang menjadikan kenderaan terbiar sebagai stor penyimpanan sayur untuk dijual di pasar borong merupakan suatu yang menjijikkan.
Peniaga Warga Asing Tetap Degil
Kehadiran DBKL dalam menjalankan operasi langsung tidak diendahkan oleh peniaga warga asing ini walaupun barangan mereka banyak kali di sita.
Mereka tetap berdegil dan masih meneruskan perniagaan seperti biasa meskipun hampir setiap hari jualan sayur di angkut oleh pihak penguatkuasa.
Dalam hal ini, apa yang menjadi kebimbangan ialah berkenaan dengan kebersihan, yang mana stok sayur tersebut diragui kebersihannya apabila disimpan dalam kenderaan terbiar.
Bukan itu sahaja, kawasan kenderaan terbiar yang dijadikan stor penyimpanan itu juga berada dalam keadaan kotor dengan pelbagai sampah, sekali gus mengundang kepada risiko kehadiran haiwan perosak seperti tikus.
Adakah anda sanggup membeli sayur yang dijual oleh peniaga warga asing ini yang langsung tidak menjaga kebersihan serta kualiti? Hal ini juga akan mengundang pelbagai penyakit kepada pengguna jika keadaan ini tidak dibendung oleh pihak berkuasa.
Harga Barangan Di Naikkan Sesuka Hati
Keadaan di Pasar Harian Selayang, kebanyakan kedai menggunakan khidmat pembantu asing sehingga kelibat warga tempatan sukar untuk dikenalpasti dan suasana di sana sudah menjadi kebiasaan bagi peniaga tempatan.
Berikutan dengan isu menyimpan stok jualan dalam kenderaan terbiar ini, mereka juga bertindak dalam menaikkan harga sesuka hati mereka sahaja.
Rata-rata peniaga asing yang memonopoli kawasan pasar telah menimbulkan isu kawalan harga bahan mentah khususnya sayur-sayuran sehingga menjejaskan peniaga tempatan yang turut berniaga.
Jika warga asing yang datang sebagai pelanggan, mereka serta merta akan mendapat tawaran harga yang cukup istimewa berbanding dengan warga tempatan.
Hal ini lebih ketara apabila melibatkan pembelian secara borong, warga asing ini akan mengawal harga sesuka hat mereka sahaja apabila majikan mereka tiada ditempat jualan.
Lebih menyedihkan apabila majikan sendiri tidak tahu berkenaan pekerja mereka menaikkan harga barang kerana sikap majikan yang menyerahkan tugas kepada pekerja secara bulat-bulat dan hal ini sudah pasti memberi kesan kepada peniaga kecil dan pengguna.
DBKL Perlu Buka Mata
Berkenaan dengan perkara ini, DBKL sentiasa berdepan dengan pelbagai kritikan dan pandangan negatif daripada masyarakat namun DBKL tetap terus menjalankan tugas dalam membasmi kegiatan ini.
Namun bukan kali pertama kes serupa dilaporkan, seterusnya DBKL perlu bertindak lebih tegas dalam menangani isu ini kerana hal ini turut menjejaskan imej persekitaran tempat berkenaan serta negara.
Walaupun kita difahamkan bahawa semua pelarian tidak dibenarkan bekerja, pihak kerajaan mahupun pihak berkuasa perlu memikirkan cara bagaimana untuk mendidik mereka ini supaya lebih menyesuaikan diri dengan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia.
Bukan itu sahaja, pihak DBKL perlu memantau di semua kawasan bukan di pasar-pasar harian sahaja, tetapi di pasar borong, kedai-kedai makan dan di pasaraya besar kerana di tempat-tempat sebegini sudah pasti menjadi lubuk mereka untuk mencari rezeki.
KATA ORANG
Halau keluar bangsa rohingya dari negara ini
— Fuhrer50 (@langkasuka33) February 7, 2019
Penguatkuasa yg #lemau tu Yang boleh diperkatakan
— Komuniti Johor (@komunitijohor) January 11, 2019
tak perlu tangkap diorang..kita tangkap pun diorang tetap lepas.Tapi kena kan tax dan kampaun secukup2nya
— Haifa (@Haifa91243770) January 11, 2019
Pihak berkuasa ? Siapa dan bila? Berapa kali ? Sekali kala adalah !! Dan setiap kali nak lakukan serbuan ramai orang asing dapat info dari dalaman so baik letakan beberapa penguatkuasa di situ ! Bukan susah pun , memang kerja di orang kan? Sekarang kita akan tahu siapa bersalah?
— azrieal (@azrielex) January 11, 2019