Umum kita tahu, kedudukan Malaysia dan Singapura amatlah hampir, malah rakyat di negara Singapura juga dilihat sering menggunakan lebuh raya berhampiran seperti Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) untuk dijadikan sebagai laluan utama mereka.

Namun, apa yang membimbangkan di sini, kenderaan asing terutama yang datang dari negara itu juga sering menjadikan lebuh raya Malaysia sebagai tempat untuk menguji kelajuan kenderaan mereka dengan secara melulu hampir setiap minggu yang mana ia menjadi satu ancaman buat pemandu lain.

Walaupun mereka adalah orang luar, tidak mustahil mereka boleh sesuka hati menjadikan lebuh raya Malaysia sebagai tempat untuk mereka memandu dengan laju tanpa dikenakan sebarang saman.

Sudah lah memandu dengan laju di negara orang, apabila disaman tidak mahu membayar pula.

Disebabkan itu, semalam, seorang ahli Dewan Negara, Senator Datuk Rabiah Ali mencadangkan agar mana-mana kenderaan dari Singapura yang mempunyai saman tertunggak, tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia sebelum menjelaskannya.

Cadangan yang dibuat oleh Rabiah itu rata-ratanya disambut baik buat keseluruhan rakyat Malaysia yang bersetuju dengan pelaksanaan tersebut memandangkan banyak kenderaan asing dilihat memandu secara tidak berdisiplin apabila memasuki negara orang.

 

Cadang Naikkan Saman Kompaun Trafik Kepada Kenderaan Asing

Sumber: Berita Harian

Saman kompaun trafik bukan sahaja dikenakan terhadap rakyat Malaysia sahaja malah kenderaan asing juga tidak terkecuali untuk dikenakan saman.

Jangan ingat sekiranya anda datang dari negara luar, anda tidak berisiko untuk mendapatkan saman yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

Jika dahulu, sekiranya kenderaan asing yang dikenakan saman dilihat masih boleh mengelak dari menjelaskan saman tertunggak mereka.

Namun kini, seandainya mereka masuk semula ke Malaysia dan didapati tidak menjelaskan saman tertunggak, mereka tidak dibenarkan untuk meninggalkan negara ini selagi tidak menjelaskan kesemua saman itu.

Sumber: Harian Metro

Malah, cadangan untuk menaikkan saman trafik ke atas kenderaan asing ke satu jumlah yang maksimum juga perlu dilaksanakan supaya dapat mengekang kegiatan lumba haram dan memandu kereta secara laju oleh pemandu kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi dari Singapura yang dilihat sukar untuk diselesaikan.

Mungkin dengan cara menaikkan jumlah saman trafik serta larangan ke luar negara kepada kenderaan asing dilihat dapat mendisiplin mereka untuk tidak menjadikan lebuhraya Malaysia sebagai tempat untuk menguji kelajuan kenderaan mereka.

 

Pemandu Singapura Miliki Saman Tertunggak Tertinggi

Sumber: Harian Metro

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, sebanyak 61,057 saman membabitkan kenderaan warga asing masih belum dijelaskan dengan 37,506 saman membabitkan warganegara Singapura selepas Thailand, Brunei dan Indonesian sejak 2014.

Malah, mengikut Op Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) yang dijalankan sejak 2014 merekodkan sebanyak 61,057 saman tertunggak membabitkan warga asing atas pelbagai kesalahan daripada jumlah keseluruhan 81,708 saman yang dikeluarkan.

Daripada jumlah tersebut, hampir 60 peratus saman melibatkan pengguna jalan raya dari Singapura yang mana kesalahan terbanyak melibatkan kes memandu lebih had laju.

Jadi, apa yang diperkatakan oleh Rabiah ketika membahaskan usul tersebut di Dewan Negara semalam ternyata benar kerana pemandu asing sememangnya dilihat sering memandu dengan laju apabila berkunjung ke negara ini.

 

Dua Peranti Khas Untuk Semak Saman Trafik Terhadap Kenderaan Asing

Sumber: Paul Tan

Walaupun jumlah kenderaan asing yang mahu memasuki negara dilihat semakin hari semakin ramai, namun sebenarnya ia bukan lah susah bagi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) untuk menyemak mana-mana kenderaan asing yang mempunyai saman trafik tertunggak.

Dengan adanya pelbagai teknologi yang ada pada masa kini, semua perkara yang sukar sememangnya dapat ditangani dan disemak secara cekap.

Mana tidaknya, menerusi OSTWA, dua peranti khas yang dikenali Mobile Compound Online Payment System (MCOPS) dan kamera Intelligent Compound Online Payment System (ICOPS) akan digunakan untuk menyemak dan mengesan saman tertunggak warga asing secara automatik.

Jadi, selepas ini, bagi kenderaan asing yang ditahan untuk tidak dibenarkan keluar meninggalkan Malaysia, anda jangan berasa pelik pula sekiranya pihak CIQ menahan anda kerana mungkin kenderaan yang anda gunakan itu mempunyai tunggakan saman yang perlu dijelaskan terlebih dahulu.

 

Banyak Cara Yang Rakyat Singapura Boleh Gunakan Untuk Langsaikan Saman

Rakyat Singapura yang mempunyai saman trafik tertunggak boleh sebenarnya boleh membuat semakan dan pembayaran saman di 900 kiosk yang disediakan di Singapura selain melakukannya secara online.

Sumber: Paul Tan

Selain itu, pengguna kenderaan dari Singapura juga boleh membayar saman trafik di beberapa lokasi di Johor seperti di Johor Premium Outlets (JPO) dan pusat rehat dan rawat (RR) Gelang Patah.

Jadi, warga Singapura tiada alasan untuk tidak membayar saman trafik tersebut disebabkan tidak tahu atau alasan lain kerana mereka sebenarnya boleh menyemak dan membayar saman trafik secara dalam talian sahaja.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju mana-mana kenderaan dari Singapura yang mempunyai saman tertunggak, tidak dibenarkan meninggalkan negara ini sebelum menjelaskannya?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN