Isu pendatang asing di Malaysia merupakan isu yang saban hari makin menjadi-jadi, dengan penglibatan mereka dengan kes jenayah, memonopoli pasar-pasar borong dan kedai-kedai makan.

Selain itu, penglibatan mereka dengan aktiviti pedofilia juga turut meningkat sehingga membuatkan hampir semua kawasan perumahan yang dipenuhi dengan penduduk asing menjadi tidak selamat untuk kanak-kanak.

Terbaru seorang warga bangladesh dikepung orang ramai kerana ditangkap mencium seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun di sebuah kawasan perumahan.

Keberanian mereka berbuat sedemikian walaupun berada di tempat awam meningkatkan lagi kemarahan orang ramai dengan kewujudan golongan ini di Malaysia.

Niat untuk mencari rezeki dan menyara keluarga semakin terpesong dan ramai sudah berani berlagak seperti berada di tanah air sendiri sehinggakan ramai yang tidak menghiraukan undang-undang yang termaktub di negara ini.

 

Malaysia Dibanjiri Rakyat Asing

Jika anda pergi kemana sahaja negeri di Malaysia pasti akan ada beberapa kawasan yang dimonopoli oleh warga asing, seperti di negeri Selangor sahaja kawasan Klang, Selayang malah di Shah Alam sendiri  terdapat perkampungan jawa dimana hampir 90% penduduk di situ adalah warga Indonesia.

Jika anda pernah ke pasar borong Selayang, anda boleh lihat sendiri bagaimana gerai-gerai di tepi-tepi jalan dimiliki oleh pendatang asing.

 

Kenapa Takut Sangat Dengan Warga Asing?

Mengapa sesetengah rakyat Malaysia berasa takut dengan kewujudan warga asing di negara kita dan ramai yang seboleh-boleh mahu mereka pulang semula ke negara asal mereka?

Sebenarnya dilema kemasukan warga asing yang terlalu ramai ke sebuah  negara lain merupakan isu global dan salah satu faktor mengapa warganegara sesuatu negara itu begitu anti dengan kemasukan warga asing adalah kerana kadar statistik jenayah dan masalah sosial yang turut meningkat sehingga menganggu kesejahteraasn negara.

Salah satu isu yang popular di Malaysia ialah jerat percintaan warga asing terhadap isteri-isteri dan anak dara orang sehingga ada yang berani mengunakan minyak pengasih dan penunduk serta membawa lari warga Malaysia ke tempat mereka.

Tidak dinafikan bukan semua warga asing yang berhijrah ke Malaysia berperangai begitu, ada yang betul-betul datang untuk mencari rezeki dan membantu ekonomi keluarga mereka di kampung halaman.

Namun dalam masa yang sama, ramai juga yang semakin besar kepala dan tidak menghormati undang-undang dan peraturan negara Malaysia dan sewenangnya berbuat sesuka hati mereka.

Ekoran dari masalah ini, pihak kerajaan perlu mula memandang isu kemasukan pendatang asing sebagai isu yang serius dan mula mengehadkan kemasukan mereka agar masalah sosial yang semakin berleluasa dapat dikurangkan dan ditangani.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
13 votes · 13 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN