Tatkala tibanya musim durian, kita pasti dapat lihat lambakan gerai-gerai buah di bahu jalan tak kira di kawasan bandar ataupun di kampung bukan?

Sumber: Que Achmad Dot Com

Buah durian yang sinonim dengan jolokan ‘Raja Buah’ ini boleh dikatakan sebagai antara buah yang menjadi kegemaran buat seluruh rakyat Malaysia sehingga ada yang sanggup makan buah berkenaan mencecah ratusan ribu ringgit!

Tetapi perlu diingatkan, dalam pada keghairahan memakan buah berkenaan, ada pantang larangnya!

Bila dah makan buah ini dalam kuantiti yang banyak, silap gaya boleh demam dan menyebabkan rasa tidak selesa pada badan.

Atas sebab itu, ramai yang mengesyorkan supaya minum air dalam pangsa durian untuk menyejukkan badan dan mengelak perut rasa tidak selesa. Namun, sejauh manakah keberkesanannya?

 

Petua Orang Dulu-Dulu

Jangan terkejut, kaedah meminum air pangsa durian ini memang sudah lama diamalkan daripada zaman nenek moyang kita lagi.

Sumber: impiana

Ada yang mengatakan, petua ini berkesan untuk menyejukkan badan, menghilangkan bau durian pada tangan dan mengurangkan bau mulut selepas makan durian.

Tetapi sebenarnya, minum air dalam pangsa durian hanyalah untuk mengelakkan seseorang itu daripada mengalami dehidrasi teruk selepas makan durian dan untuk mengelak daripada berlakunya peningkatan gula di dalam darah.

Sekiranya masih tidak berkesan, anda dinasihatkan untuk membuat pemantauan kesihatan dengan mendapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor.

 

Panduan Untuk Makan Durian

Sumber: Iluminasi

1. Jangan mengambil isi durian bersama makanan tinggi karbohidrat (terutama karbohidrat ringkas seperti kek manis atau minuman bergas). Ini akan menyebabkan peningkatan gula dengan cepat. Bagi mereka yang sihat mungkin akan mengalami dehidrasi dan akhirnya pitam. Mereka yang mempunyai penyakit kronik sudah pasti akan menyebabkan masalah yang sama.

2. Jangan mengambil isi durian bersama makanan atau minuman yang mengandungi kafein (seperti kopi, kola, koko dan teh) kerana ia mungkin menyebabkan rangsangan kepada jantung. Kandungan potasium apabila bergabung dengan kafein menyebabkan kemudaratan pada jantung. Ia mungkin tidak berlaku pada semua orang tetapi tetap boleh berlaku.

Sumber: Al Raudhah

3. Minum banyak air kosong. Tahap gula yang tinggi (terutama apabila memakan terlalu banyak durian) boleh menyebabkan dehidrasi dan akhirnya mendatangkan kemudaratan. Dengan minum air yang mencukupi, ia dapat mengelakkan dehidrasi.

4. Bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan, perlu berhati-hati kerana ada ubat yang mudah diserap dalam badan apabila perut diisi dengan makanan dan ada ubat yang perlu diambil ketika perut kosong. Jadi bertanya kepada doktor bagi mengetahui bila sepatutnya diambil.

5. Bagi pesakit diabetes, memakan durian boleh menyebabkan peningkatan gula yang tinggi dengan cepat. Oleh itu ubat diabetes harus diambil segera.

Memang menarik khasiat buah durian ni kan. Apa-apa pun, makan durian biarlah berpada-pada, jangan sampai tak ingat dunia pula!

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda percaya minum air dalam pangsa durian boleh mengelak daripada demam dan ketidakselesaan perut?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN