Sumber: Apple

Sudah menjadi fenomena di setiap negara apabila Apple melancarkan telefon pintar iPhone yang baru. Lebih dasyat lagi ada yang sanggup beratur lebih 50 kilometer untuk miliki telefon pintar itu dan ada yang sanggup bermalam di depan kedai yang menjual iPhone tersebut.

Terkini, Apple telah melancarkan iPhone Xs, iPhone XS Max, dan iPhone XR. Di Apple Orchard Road, Singapore orang ramai telah memenuhi setiap ruangan itu sejak tiga hari kerana jualan dibuka pada Jumaat, 21 September 2018.

Ratusan rakyat Malaysia juga dikatakan tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan iPhone terbaru mereka.

 

Kenapa Sanggup Beratur Panjang?

Difahamkan mereka yang terawal mendapat iPhone terbaru ini akan menjual kepada mereka yang memang mementingkan jenama berkenaan dan tidak kisah berapa pun perlu dibayar.

Jadi dikatakan ini juga kesempatan bagi mereka yang bijak berniaga. Mereka akan dapat untung berganda. Tambahan pula, permintaan yang tinggi untuk mereka miliki iPhone yang baru ini.

Oleh itu, mereka sanggup berhujan dan berpanas demi untuk mendapatkan model iphone yang terbaru

 

Harga

Sumber: AppWorld

Umum mengetahui harga telefon pintar keluaran Apple sememangnya mahal berbanding telefon pintar jenama lain walaupun dikeluarkan dalam tempoh yang sama.

Bagi model I Phone terbaru iaitu XS Max dikatakan dijual pada harga bermula RM4533, I Phone XS dijual pada harga RM4139 dan I Phone XR dari RM3103.

Sumber: Vivo

Vivo Malaysia juga telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Vivo NEX dengan harga RM RM2799.

Vivo NEX hadir dengan skrin 6.59-inci dengan resolusi HD+ penuh, dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh.

Sumber: Oppo

Oppo Malaysia juga telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka secara rasminya untuk pasaran tempatan, iaitu Oppo F9 dengan harga RM RM1399.

Oppo F9 hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci dengan panel LTPS TFT, dilengkapi takuk bersaiz kecil yang mengambil inspirasi “titisan air”, dijana cip MediaTek Helio P60, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan sebesar 64GB.

Perbezaan harga sangat ketara. Apa sebab harga iPhone sangat tinggi? Adakah kerana jenamanya atau kerana kelebihan yang ada pada telefon pintar tersebut? Apapun, pilihan dan citarasa individu itu berbeza. Ada yang pentingkan kualiti, harga dan jenama dan ada pula sebaliknya.

 

Kelebihan iPhone dan Jenama Lain (Android)

Perisian
Home screen
– Android hari ini telah jauh lebih maju jika dibandingkan dengan saat ianya pertama kali dipertontonkan kepada khalayak. Kini, Android dan iOS kedua-duanya boleh dianggap sebagai sama taraf.

Kesemua aplikasi-aplikasi iPhone ditempatkan pada ‘home screen’. Walaupun pengguna dibenarkan untuk menempatkan aplikasi-aplikasi ke dalam folder, home screen iPhone tetap tidak boleh diubahsuai sesuka hati.

Manakala Android pula, pengguna diberikan lebih kebebasan, termasuklah pilihan untuk menyimpan aplikasi pada ‘app tray’ atau meletakkannya pada home screen seperti iPhone

Pembantu
-iPhone ada Siri, Android pula ada Google Now. Kedua-dua mempunyai peranan yang sama, cuma kebolehannya sahaja yang berbeza. Google Now bukanlah pembantu maya yang boleh anda ajak berborak. Siri pula, sekurang-kurangnya masih boleh dibawa berborak.

Fleksibel
Android masih lagi membenarkan penggunanya memasang aplikasi-aplikasi dari sumber yang tidak diketahui (unknown sources) termasuk fail-fail berformat.

Tapi untuk Apple iPhone, pengguna hanya dibenarkan untuk memasang aplikasi-aplikasi yang ditawarkan pada App Store sahaja. Itupun, lain negara, lain pula aplikasi yang ditawarkan oleh App Store.

Keselamatan dan Privacy
Apple diketahui umum amat menitik beratkan soal privasi pengguna. Malah, jika FBI sekalipun datang meminta darinya, ia tidak akan dapat dengan cara yang mudah. Google pula, ia sememangnya akan mengumpulkan data-data dari pengguna untuk tujuan pengiklanan.

Android juga lebih terdedah dengan ancaman malware atas sebab ianya lebih banyak digunakan (sekitar 80 peratus penguasaan, berbanding iOS yang sekitar 20 peratus) menjadikannya sasaran utama penjenayah siber.

Tambahan pula, ekosistem Android lebih terbuka jika dibandingkan iPhone. Jadi, bagi anda yang mementingkan privasi, iPhone lebih sesuai untuk anda.

Kesimpulannya, tidak ada jawapan yang mudah untuk menentukan mana satu yang lebih baik, di antara Android dan iPhone. Pilihan kedua-duanya bergantung dengan keperluan dan kehendak pengguna sendiri.

KATA ORANG

No result could be fetched.

KATA ANDA

Berbaloi beratur panjang dan bermalam semata-mata demi telefon kegemaran anda?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN