Kalau kita bercerita tentang lagu-lagu lama atau Irama Malaysia, rasanya tidak ramai peminat yang meminati muzik-muzik tersebut khususnya dalam kalangan generasi baru. Mereka lebih selesa dengan genre rock, pop, indie, ska dan sebagainya yang menjadi ikutan pada masa kini.

Tetapi, sehebat mana pun muzik genre moden ini, sekiranya dibuat dalam versi lagu raya, sudah pasti akan kalah dengan lagu-lagu raya lama. Tidak percaya, cubalah teliti senarai lagu raya yang dimainkan di radio-radio, pusat membeli-belah atau pun bazar Ramadhan, sudah pasti lagu lama menjadi pilihan. Begitulah hebatnya penangan lagu lama.

Sumber: Pressreader

Lagu Raya Lama Lebih Dekat Dengan Jiwa

Mungkin ada tertanya-tanya kenapa lagu raya lama lebih lekat dengan kita? Jawapan yang paling mudah ialah kita membesar dengan lagu raya lama. Ada nostalgia dan perasaan yang sangat kuat bersangkut-paut dengan diri kita melalui muzik lama. Mengingati Hari Raya adalah mengingati kenangan-kenangan lama.

Dengan seni kata yang bernostalgia, melodi  yang mendayu-dayu dan penggunaan instrumen tradisional menyerlahkan lagi kenangan-kenangan hari raya berbanding hari-hari yang lain. Begitulah keunikannya lagu-lagu raya lama yang tepat dengan tema hari raya.

Sumber: Free Malaysia Today

Menggambarkan Suasana Sebenar

Bagi lagu-lagu raya yang lama, setiap lagu yang didendangkan mempunyai penceritaan tersendiri. Mesej yang ingin disampaikan pula jelas dan menggambarkan suasana sebenar yang berlaku.

Ini menunjukkan bahawa komposer zaman dahulu pandai mengadunkan lirik, irama dan lagu menggunakan teknik tradisional sehingga mampu membuatkan lagu tersebut kekal dalam ingatan pendengar.

Sekiranya tidak percaya, cuba gantikan penyanyi lagu raya lama kepada penyanyi-penyanyi baharu. Jika dibandingkan, sudah pasti masyarakat akan memilih suara orang-orang lama yang nadanya lebih sesuai dengan genre muzik zaman tersebut.

Boleh diibaratkan seperti orang muda hari ini cuba membawa lagu-lagu Ahmad Jais yang bersuara emas. Sudah pasti ia sesuatu yang menjanggalkan dari segi sebutan, intonasi suara dan sebangainya.  

Cabaran Lagu Raya Baharu

Kebanyakan lagu raya baharu yang dihasilkan pula kurang menangkap ke halwa telinga. Ini kerana kebanyakan lagu raya baharu menggunakan melodi pop dan rentak yang lebih rancak.

Tetapi tidak bermakna lagu-lagu raya baru tidak berkualiti dan tidak diterima masyarakat. Mungkin faktor psikologi pendengar sudah di set untuk mendengar lagu-lagu raya lama sahaja.

Hakikatnya, kebanyakan komposer hari ini sebenarnya cuba menghasilkan lagu yang sedap bagi menarik selera pendengar. Apa pun, dalam penghasilan banyak lagu, bukan semua akan menjadi dalam masa terdekat. Lambat laun ia tetap akan digemari secara perlahan-lahan kerana ia memerlukan nostalgia.

Penggunaan instrument dan nada Irama Melayu Asli menjadi kekuatan untuk lagu-lagu raya baru menggamit kenangan peminat pada masa hadapan.

Sumber: Youtube

Lihat sahaja, lagu-lagu raya Siti Nurhaliza, boleh dikatakan sudah sebaris dengan lagu-lagu raya lama kerana tarikan nostalgianya pada awal 2000-an dengan Irama Melayu Asli. Hakikatnya, hari raya dan irama melayu tidak dapat dipisahkan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah lagu raya baharu akan diminati pada masa akan datang?
13 votes · 13 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN