Kes bagasi atau beg rosak sering kali berlaku di setiap penerbangan. Setiap hari, berjuta penumpang menaiki dan menggunakan perkhidmatan kapal terbang ini. Mereka yang menaiki kapal terbang untuk ke destinasi kebanyakkannya kerana masa perjalanan yang cepat berbanding pengangkutan darat mahupun air.

Apabila timbul masalah beg rosak ini, sesiapa pun akan marah. Bayangkan anda beli bagasi tersebut dengan harga ratusan ringgat malah ada juga yang mencecah ribuan ringgit. Tetapi senang-senang sahaja kakitangan syarikat penerbangan itu musnahkan dalam sekelip mata? Nak minta ganti rugi, macam-macam prosedur dan belum tentu dapat balik beg seperti asal. Geram bukan?

Sumber: Kuala Lumpur Viral

Kes beg rosak ini didedahkan oleh seorang penumpang di Cathay Pacific Airways yang memfailkan laporan bahawa salah seorang pekerja yang ditugaskan menjaga beg telah bertindak kasar. Menurutnya, dari raut wajah pekerja tersebut seolah-olah sedang menghadapi masalah dan sedang marah ketika melakukan tugasnya.

Insiden itu dilaporkan berlaku di lapangan terbang Hong Kong dan dikongsi oleh penumpang Marcela Fernanda Solis Walker pada penerbangan Cathay Pacific Airways CX5617 dari Xiamen, China ke Hong Kong.

 

Netizen Mahu Tindakan Tegas Diambil

Kejadian itu telah mengundang kemarahan netizen yang menonton video tersebut dan mereka menganggap pekerja-pekerja penerbangan itu tidak ikhlas dalam menjalankan kerja mereka.

Selepas video itu tersebar mereka mahu pekerja -pekerja itu diambil tindakan tegas sebagai pengajaran juga kepada orang lain supaya perkara ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu. Kepercayaan penumpang terhadap syarikat penerbangan itu akan berkurangan, maknanya mereka tidak akan percaya lagi dengan perkhidmatan mereka. Jika ada masalah, mesti tiada penyelesaian.

Siapa yang rugi? Jangan fikirkan keuntungan tetapi perkhidmatan kepada penumpang tidak ditambahbaik, kena ingat penumpang ada hak sebagai pengguna.

 

Banyak Kes Berhubung Beg Rosak

Sumber: Hangat.com

Sebelum ini, kalau anda pernah lihat video penyanyi dan juga pengacara terkenal, Datuk Ac Mizal meluahkan rasa tidak puas hati terhadap syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia yang menyebabkan beg pakaiannya rosak teruk walaupun sudah dibalut atau ‘wrap’.

Menurut AC Mizal, dia begitu kecewa dengan khidmat pengguna atau ‘customer service’ syarikat penerbangan tersebut yang didakwanya kurang ajar dalam menguruskan bagasi penumpang.

Luahan kekecewaannya itu mendapat sokongan daripada peminat dan netizen. Malah ada antara mereka berkongsi pengalaman yang sama.

Sumber: Kakitular

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, tampil menerusi laman Facebook dengan melakukan video Live menjelaskan situasi yang terjadi itu.

Jelas Tony, AC sepatutnya berhubung dengan dirinya dahulu sebelum membincangkan mengenai perkara itu.

Ujarnya, kejadian berlaku itu bukanlah berpunca daripada kecuaian pekerja AirAsia sebaliknya disebabkan sistem pengendalian bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang reka bentuknya sedikit curam.

Tetapi ini bukanlah kes pertama melibatkan Air Asia dan bagasi pecah. Selepas isu Ac Mizal menjadi tular ramai netizen-netizen mengeluarkan kenyataan bahawa Air Asia tidak pandai atau tidak peduli dengan bagasi penumpang syarikat penerbangan Air Asia.

Selain itu, pelakon terkenal Che Ta atau Rozita Che Wan juga bengang dengan perkhidmatan sebuah syarikat penerbangan, iaitu Malaysia Airlines (MAS) kerana tertinggal begnya.

Sumber: My News Hub

Che Ta meluahkan perkara tersebut di Instagram dan mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikutnya di Instagram.

Akibat insiden tersebut, Che Ta terpaksa membatalkan kehadirannya ke sebuah majlis makan malam. Dalam kapsyen video tersebut juga Che Ta turut meluahkan perasaan hampanya terhadap servis syarikat penerbangan tersebut.

Bagaimanapun, melalui laporan mStar Online, pihak penerbangan tersebut telah meminta maaf di Instagram selain turut memulangkan beg Che Ta.

 

Susun Dengan Padat Punca Bagasi Rosak

Sumber: Handbag.Kuehlam

Salah satu sebab beg rosak apabila ditindas dengan beg lain yang lebih berat. Bila beg tidak padat, dan diatasnya mempunyai beg yang lebih besar, secara tidak langsung beg yang tidak padat ini akan berisiko untuk dihempap.

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan supaya beg jangan terlalu berat melebihi berat yang ditetapkan. Kemas barangan anda sekadar memenuhi ruang dalam beg sahaja.

 

Tak Perlu Bagasi yang Besar-besar Pun

Memandangkan beg-beg di lapangan terbang diuruskan oleh manusia dan bukan robot, mereka juga mempunyai perasaan penat apabila setiap hari perlu mengangkat beg yang besar dan berat.

Sumber: Safe Bee

Seperti mana kita manusia biasa pun tidak larat untuk memunggah bagasi, pekerja kargo juga begitu. Lebih teruk lagi, mereka bukan bekerja untuk menguruskan beg kita sahaja malah beribu-ribu beg lain dalam sehari.

Sebab itu setiap syarikat penerbangan menetapkan berat maksimum bagi sebuah beg. Ini kerana beg juga memainkan peranan supaya kurang rosak.

Rata-rata pengendali beg menasihatkan penumpang untuk membeli beg beroda empat dan sarungnya kerana itu akan memudahkan kerja mereka.

Sumber: Gigawatts Mag

Penumpang juga bukan sahaja perlu bijak merancang perjalanan namun merancang juga beg yang perlu dibawa untuk bercuti supaya menyenangkan semua pihak.

Seeloknya jika tidak mahu mengambil risiko beg rosak dihempas dan sebagainya , lebih baik bawa beg yang sederhana besar atau kecil sahaja dan kurangkan bawah 30 kg.

KATA ORANG

Duduk dekat sudut surau, tiba2 perempuan ni campak sweater & bag dia atas riba aku lepas tu terus pergi ambil telekung. Lepas tu dia nampak kawan dia dekat tempat lain baru dia sedar dia salah orang. 😩

Ya rabbi cantik nya Zalia Crossbody Bag ni! RM 55.00 je macam2 boleh campak dalam ni! Memang trendy habis! Beli dua dapat free postage lagi! Nak order whatsapp wa.me/601137208230 now!

test Twitter Media - Ya rabbi cantik nya Zalia Crossbody Bag ni! RM 55.00 je macam2 boleh campak dalam ni! Memang trendy habis! Beli dua dapat free postage lagi! Nak order whatsapp https://t.co/iBwwQtTHlO now! https://t.co/SUGf0xidHC
test Twitter Media - Ya rabbi cantik nya Zalia Crossbody Bag ni! RM 55.00 je macam2 boleh campak dalam ni! Memang trendy habis! Beli dua dapat free postage lagi! Nak order whatsapp https://t.co/iBwwQtTHlO now! https://t.co/SUGf0xidHC
test Twitter Media - Ya rabbi cantik nya Zalia Crossbody Bag ni! RM 55.00 je macam2 boleh campak dalam ni! Memang trendy habis! Beli dua dapat free postage lagi! Nak order whatsapp https://t.co/iBwwQtTHlO now! https://t.co/SUGf0xidHC
test Twitter Media - Ya rabbi cantik nya Zalia Crossbody Bag ni! RM 55.00 je macam2 boleh campak dalam ni! Memang trendy habis! Beli dua dapat free postage lagi! Nak order whatsapp https://t.co/iBwwQtTHlO now! https://t.co/SUGf0xidHC

KATA ANDA

Wajarkah tindakan dimabil kepada pekerja membaling beg penumpang penerbangan sehingga rosak.
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN