Pemergian bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie masih lagi dirasai sehingga kini dan ramai telah mengambil peluang untuk menziarahi makam beliau di Makam Taman Pahlawan Nasional Utama.

sumber: nasional kompas

Suasana hening dan hiba menyelubungi kawasan perkuburan tersebut dan mereka yang hadir mengambil peluang dengan membaca doa dan membaca Yasin di makam Allahyarham BJ Habibie dan juga arwah isterinya, Ainun Habibie.

sumber: lobak merah

Namun, terdapat segelintir pengunjung yang telah bertindak dengan merakam swafoto (selfie) di kubur Allahyarham BJ Habibie sehingga menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak.

 

‘Generasi Selfie’ Perlu Belajar Menilai Situasi

Setelah tular gambar mereka yang berswafoto di hadapan makam BJ Habibie, seorang selebriti terkenal Indonesia, Anggun Cipta Sasmi di laman Instagramnya telah meluahkan rasa tidak senang dengan perbuatan segelintir tetamu yang hadir menziarahi perkuburan tersebut.

Mengambil sumber daripada mstar.com, Anggun yang berasa sedih dengan tindakan segelintir menyatakan bahawa ‘generasi selfie’ ini perlu belajar menilai situasi sama ada perlu ataupun tidak untuk merakam swafoto serta tidak semua perkara boleh dikongsi secara umum.

Berikutan dengan tindakan mereka itu, pihak pengurusan taman permakaman itu telah mengerahkan dua orang pengawal pusara selama sebulan bagi memastikan tiada lagi aktiviti berkenaan di pusara sebaliknya hanya datang berziarah dan mendoakan allahyarham.

 

Swafoto Satu Bentuk Penghormatan

Perbuatan tersebut berlainan pula dengan pandangan oleh anak bongsu BJ Habibie iaitu Thareq Kemal, menurut sumber yang diperolehi dari lobakmerah.com.

Baginya, perbuatan selfie itu merupakan hak mereka dan perbuatan itu tidak salah kerana ramai yang ingin bergambar dengan arwah ayahnya itu. Tidak dapat bergambar dengan arwah ketika hidup, dengan kuburnya itu sudah memadai kerana katanya kini kita sedang berada di zaman moden.

sumber: detik news

Menurut sumber dari inews.id pula, anak saudara kepada allahyarham, Adrie Subono juga menyifatkan perkara tersebut tidak menjadi masalah bagi keluarga mereka kerana baginya berswafoto di depan makam pakciknya itu sebagai satu bentuk penghormatan.

 

Berswafoto Tidak Haram Tapi…

Menerusi penerangan oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan hukum berswafoto di kubur, beliau menyatakan bahawa tiada seorang ulama yang menyatakan berswafoto di kubur ialah haram.

 

 

Tetapi sebaliknya ialah tidak dibenarkan apabila perkara tersebut menjadi lalai sehingga terpijak kubur dan tidak menjaga adab-adab di kubur.

Menerusi sumber daripada bacaviral.com, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan perbuatan berswafoto di kubur sebagai haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok dan tidak wajar dilakukan.

Tetapi perkara itu tidak menjadi satu kesalahan sehingga menjadikan ia haram jika seseorang itu mengikut adab yang telah ditetapkan ketika menziarahi perkuburan.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN