Kenyataan Anggota Majlis Tertinggi Parti Bersatu, Rais Husin nampaknya kurang disenangi oleh Pengerusinya iaitu Dr Mahathir Mohamad.

Baru-baru ini, Rais Hussin memberi amaran Pakatan Harapan (PH) tidak lagi mendengar suara rakyat, dan kerajaan hari ini boleh kalah dengan Umno-Pas.

Sumber: FMT

PH ada tiga setengah tahun lagi untuk menunaikan janji-janjinya dan melaksanakan projek-projek yang akan memanfaatkan rakyat.

Rais berkata demikian pada suatu majlis forum anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Tetapi itu hanyalah ramalan yang dilihat oleh Rais terhadap situasi yang berlaku hari ini. Takkan nak ramal pun kena tindakan?

Dikenakan Tindakan Displin

Berhubung kenyataan Rais itu, Bersatu telah memutuskan untuk mengambil tindakan displin terhadap Rais.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata pengumuman sebegitu hanya merosakkan imej parti dan ramalan itu adalah tidak benar sama sekali.

Sumber: FMT

Jika ia adalah ramalan dan tidak benar, rasanya Mahathir serta partinya tidak perlu takut malah perbaiki negara dan jaga kepentingan rakyat dengan baik, kalau tidak mungkin sokongan rakyat akan menurun.

Itu mungkin padangan Rais terhadap senario semasa dalam negara. Jika manifesto tidak dilaksanakan dengan baik kepada rakyat, kalah teruk nampaknya. Dan tidak mustahil Umno-Pas memerintah pada pilihan raya akan dating.

Bukan Pakar Startegi, Rais Syok Sendiri

Mahathir juga berkata Bersatu tidak pernah melantik sesiapa untuk memegang jawatan ketua ahli strategi parti.

Umpama Rais ini syok sendiri dengan melantik dirinya sebagai pakar strategi dalam parti. Sedangkan tiada ahli pun yang melantik dia dengan jawatan itu.

Bagaimanapun, Rais juga menjelaskan bahawa beliau tidak pernah merujuk dirinya sebagai ketua pakar strategi Bersatu.

Sumber: Malaysia Today

Sebaliknya, kata Rais media yang sering kali menampilkan dirinya dengan gelaran berkenaan. Namun, Bersatu telah melantiknya sebagai Pengerusi Biro Dasar dan Strategi sejak hari pertama pembentukan parti itu.

Rakyat tak mahu tahu siapa lantik siapa, ada jawatan strategi ke tidak. Yang rakyat mahukan kerajaan melunaskan janji-janjinya sebelum PRU-14 lagi.

Rais Akan Terus Bersuara Demi Rakyat

Rais menegaskan beliau akan tetap bersuara tanpa rasa takut demi kepentingan rakyat. Dan akan terus bercakap benar dan tidak sesekali takut untuk berbuat demikian.

Sumber: Malaysia Dateline

Rata-rata rakyat menyokong tindakan Rais ini yang lantang bersuara demi rakyat tanpa mengambil kira karier politiknya.

Budaya bodek dan ampu nampaknya makin menebal dalam kerajaan hari ini, sama seperti yang dilakukan dalam kerajaan terdahulu. Tetapi, benarkah budaya itu masih diamalkan lagi? Jika ya, PH dan Umno lebih kurang sama sahaja.

Cuba Sekat Kebebasan Bersuara

Sebelum ini, Mahathir mengingatkan supaya kebebasan bersuara tidak digunakan bagi menimbulkan kekacauan.

Walaupun kerajaan menyokong kebebasan bersuara, namun ia tidak sepatutnya digunakan untuk menimbulkan masalah.

Sumber: FB Malaysiakini

Tetapi rakyat melihat kebebasan bersuara semakin disekat apabila ada pihak cuba mengkritik kerajaan.

Rais juga tidak sepatutnya menunjukkan kerajaan hari ini lemah seolah-olah beliau cuba menjatuhkan parti pemerintah.

Tak Ramal Pun Rakyat Tahu Kalah

Rata-rata rakyat menyatakan ramalan ini sebenarnya tepat dan tidak mustahil akan kalah kalau pemimpin-pemimpin kerajaan asyik bercakar untuk mengekalkan kuasa mereka.

Sumber: Malaysiakini

Ada yang menyatakan menteri yang dilantik juga tidak memberikan kesan yang baik kepada kepentingan rakyat, banyak pendapat bercanggah sesama mereka.

Gambar Sekadar Hiasan

Rakyat mahukan hidup mereka berubah, mahukan ekonomi baik, kos sara hidup dapat ditangani dengan lancar tetapi hanya tinggal mimpi sahaja walaupun sudah setahun lebih memerintah.

Alasan yang diberikan dengan menyalahkan kerajaan sebelum ini berkaitan hutang semata-mata. Kalau tiada duit tidak perlu bazirkan duit untuk kereta nasional, kereta terbang, Gojek dan lain-lain lagi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah tindakan ini wajar dilakukan kerajaan hari ini?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN