Sejak beberapa hari ini, tular di laman media sosial rungutan pengguna berikutan kenaikan mendadak harga hidangan berasaskan ayam di restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC).

Netizen mengakui hidangan tersebut naik mendadak sehingga RM3 secara senyap-senyap berbanding dengan anggaran harga hidangan berasaskan ayam sebelum ini.

Sumber: Utusan Online

Difahamkan, harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60.

Bagaimanapun sehingga ke hari ini, isu tersebut masih menjadi perbualan hangat netizen di media sosial yang rata-ratanya mengatakan bahawa cukai SST sepatutnya tidak membebankan rakyat memandangkan banyak harga barangan sepatutnya turun.

Tetapi kini berbeza pula jadinya apabila berlaku kenaikan mendadak harga ayam KFC yang disifatkan pengguna terlalu tinggi.

Malah, ada di kalangan pengguna turut merungut tidak mampu membeli ayam KFC dengan harga baharu itu khususnya kepada mereka yang mempunyai ramai ahli keluarga.

 

KFC Perjelas Isu Harga Makanan

Sumber: ViRaLMaNia

Rungutan yang disuarakan pengguna di media sosial itu turut mendapat perhatian Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu, yang menyatakan kenaikan tersebut adalah disebabkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang tidak telus.

Sumber: ViRaLMaNia

Walau bagaimanapun, semalam, syarikat makanan tersebut tampil menjelaskan bahawa bermula Disember 2018, harga makanan yang disenaraikan mereka itu adalah termasuk enam peratus cukai SST.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan berkata, terdapat beberapa pelarasan kecil bagi harga produknya dalam memastikan syarikat berkenaan dapat terus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Katanya, pelanggan perlu memahami menu yang disediakan itu telah disediakan secara khusus untuk menawarkan nilai bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza.

Mengulas mengenai berita yang tular di media sosial yang mana netizen membandingkan harga Snack & Dinner Plate, syarikat tersebut mengatakan bahawa pakej yang ditawarkan itu tidak pernah dijual pada harga RM12.50 sejak menu tersebut dilancarkan pada tahun 2015.

 

KPDNHEP Turut Siasat Kenaikan Harga Makanan Di Restoran Makanan Segera Lain

Sumber; Astro Awani

Melihat kepada isu harga hidangan KFC yang meningkat tinggi disebabkan sedikit penyelarasan pada harga jualannya dengan memasukkan SST sebanyak 6 peratus itu turut menyebabkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan pemeriksaan terhadap restoran makanan segera lain seperti McDonalds selepas menerima rungutan pengguna di laman media sosial.

Di media sosial, pengguna bukan sahaja merungut mengenai harga hidangan ayam KFC sahaja tetapi mereka juga menuntut supaya pihak terlibat turut sama memeriksa harga hidangan di restoran makanan segera yang lain seperti McDonalds.

Menerusi tinjauan di media sosial, rungutan yang disuarakan oleh pengguna itu turut mendakwa berlaku kenaikan harga mendadak bagi hidangan makanan di kedua-dua restoran itu, khususnya di ibu negara.

Dalam hal ini, jelas sekali menunjukkan bahawa pengguna masih lagi tidak sedar akan kenaikan sesuatu harga barangan itu memandangkan cukai yang dibayar tidak dinyatakan dengan jelas kepada pengguna.

Jika dahulu, harga hidangan ayam tersebut dikenakan cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) tertera pada resit tetapi selepas pelaksanaan cukai SST pada September lalu, sehingga ke hari ini pengguna dilihat masih samar-samar mengenai cukai berkenaan memandangkan ia tidak ditunjukkan pada resit mereka.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) menaikkan harga hidangan ayam mereka sehingga RM3 secara senyap-senyap?
12 votes · 12 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN