Industri hiburan Malaysia telah digemparkan dengan isu terbaru yang mengaitkan dengan penyanyi muda tanah air iaitu Haqiem Rusli yang didakwa mengalami kemurungan.

Isu itu bertambah hangat apabila ada di kalangan peminat-peminat Haqiem Rusli dan pengikut industri hiburan Malaysia yang mempersoalkan motif sebenar masalah kemurungan ditimbulkan.

Sumber: Remaja

Adakah isu kemurungan Haqiem Rusli ini satu helah publisiti semata-mata demi meraih populariti, atau penyanyi muda itu benar-benar mengalami kemurungan hingga mahu berhenti menyanyi?

Kemurungan atau lebih kenali sebagai “depression” ini merupakan satu penyakit mental yang kini dialami oleh ramai anak muda.

Apa Itu Kemurungan? 

Kemurungan atau “depression” merupakan satu penyakit mental (iaitu “mental illness” dalam bahasa Inggeris), yang melibatkan pemikiran, emosi dan juga tingkah laku seseorang. Penyakit mental seringkali dikaitkan dengn gaya atau cara seseorang membawa diri atau kelakuan seseorang ketika berkerja dan bersosial, sama ada dengan rakan-rakan atau pun keluarga.

Kemurungan sebenarnya memberi kesan besar terhadap aktiviti harian seseorang baik ketika berkerja, makan dan juga tidur. Seseorang yang mengalami simptom-simptom tertentu secara berterusan selama dua minggu mempunyai risiko besar berhadapan dengan masalah kemurungan.

Antara simptom-simpton kemurungan adalah seperti kesukaran menumpukan perhatian, kesukaran untuk tidur, sering berasa salah, rasa tidak berdaya, perasaan diri tidak bernilai dan rasa ingin putus asa. Pengidap kemurungan juga sering berasa sedih dan rasa kekosongan dalam diri sendiri.

Kemurungan dan Penyakit Mental

Penyakit mental merupakan satu penyakit yang mengganggu daya pemikiran, tingkah laku dan emosi seseorang. Individu yang mempunyai penyakit mental akan rasa terganggu apabila ingin menjalankan aktiviti harian seperti makan, tidur, kerja, belajar dan juga bersosial sama ada dengan kawan ataupun keluarga sendiri.

Ada pelbagai kategori penyakit mental. Antara yang lebih dikenali ialah kemurungan, ADHD, Bipolar dan PTSD.

Kemurungan merupakan penyakit mental yang sering dihadapi khalayak umum terutamanya golongan muda. Pada tahun 2015, sebanyak 29.2% dewasa Malaysia dikenal pasti mengalami kemurungan. Penyakit ini pernah diramalkan bakal menjadi penyakit kedua terbesar di Malaysia menjelang tahun 2020.

 

Helah Publisiti?

Jadi, Haqiem Rusli benar-benar murung atau tidak?

Jika benar Haqiem Rusli mengalami kemurungan, beliau perlu mendapatkan khidmat perubatan profesional untuk kembali sembuh. Itu sewajarnya menjadi keutamaan beliau dan peminat beliau sudah tentu boleh memahami sekiranya beliau mahu berhenti menyanyi untuk pulih dari sakit kemurungan itu dahulu.

Malangnya, pengikut industri hiburan tanah air pernah merasa tertipu dengan beberapa kes melibatkan artis sebelum ini. Lazimnya ia bermula dengan berita hangat yang menarik perhatian masyarakat, kemudian berakhir dengan kesudahan yang menguntungkan artis tersebut.

Mudahlah peminat mengesyaki apa-apa berita hangat sebagai satu helah publisiti.

Sumber: mStar

Pernah satu ketika dahulu, Nur Nabila Razali memuat naik gambar dirinya dengan Aedy Ashraf kononnya beliau dan Aedy telah putus cinta. Orang ramai membuat kesimpulan ia satu helah publisiti apabila berita hangat itu disusuli dengan promosi lagu terbarunya “Pematah Hati”.

Apakah masalah kemurungan Haqiem Rusli juga satu helah publisiti?

KATA ORANG

Kenyataan awal Haqiem Rusli yang beliau berhajat untuk berhenti menyanyi mulanya menarik simpati. Setelah orang ramai berteka-teki mengenai apa yang terjadi, ciapan beliau mengenai lagu terbaru yang bakal dilancarkan mengundang cemuhan warga maya yang menuduh isu kemurungan yang ditimbulkan hanyalah satu helah publisiti semata-mata.

 

KATA ANDA 

Adakah anda berpendapat ini satu gimik publisiti atau penyanyi muda itu benar-benar mengalami kemurungan?
0 votes · 0 answers
Vote

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN