Rutin harian kanak-kanak yang berbeza mengikut peringkat umur adakalanya sangat memenatkan bagi si ibu untuk menguruskan seorang diri lebih-lebih lagi jika menguruskan anak-anak kecil yang masih lasak dan terlalu aktif.

Di fasa inilah hampir semua benda perlu dilakukan oleh si ibu kerana anak-anak masih belum pandai berdikari.

Ada ibu yang turut mengalami kemurungan kerana terlalu penat menguruskan perihal anak-anak dan rumahtangga dan kerana itulah Kementerian Kesihatan Malaysia mengalakkan ibu-ibu untuk menjarakkan kehamilan mereka sekurang-kurangnya 2 tahun.

Bayangkan jika jarak anak-anak yang terlalu dekat sehingga ada sesetengah ibu bapa mula menganggap anak-anak sebagai beban dan mula memarahi anak mereka.

Malah ada juga yang dipaksa berdikari dan menguruskan diri sendiri kerana ibu terpaksa fokus menjaga adik-adik yang lebih kecil.

Tidak kira berapa pun usia anak anda, setiap satu daripada mereka patut sentiasa dipantau samada ketika bermain, mandi mahupun ketika makan kerana mereka terlalu mudah untuk terdedah kepada bahaya.

Dalam beberapa saat sahaja sesuatu yang buruk boleh berlaku dan mampu meragut nyawa anak kesayangan anda.

Jika anak-anak berada di dalam pemantauan kita memang mudah untuk ibu dan ayah perhatikan,namun bila anak-anak terpaksa ke sekolah dan tadika, ibu bapa terpaksalah berserah bulat-bulat kepada Allah agar anak-anak sentiasa terlindung dari sebarang musibah.

Namun malangya terbaru,  seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun disahkan meninggalkan dunia kerana tercekik ‘fishball’ yang dimakannya ketika berada di tadika.

Yang memburukkan dan mungkin menjadi punca kejadian adalah apabila guru yang bertugas tersilap memilih teknik untuk menyelamatkan mangsa.

 

CPR Vs Heimlich Maneveur

Pernahkah anda dengar dua jenis bantuan kecemasan ini? CPR merujuk kepada bantuan pernafasan dan Heimlich Maneveur merujuk kepada bantuan untuk kes-kes tercekik.

Dan ianya juga dilakukan dengan teknik yang berbeza dan tidak boleh tersalah teknik kerana boleh memburukkan lagi keadaan.

Seperti kes kanak-kanak yang tercekik fishball tersebut, gurunya telah melakukan CPR kerana mangsa dilihat tidak bernafas.

Mungkin guru tersebut tidak dapat mengenal pasti punca utama kejadian dan tanpa berfikir banyak terus melakukan CPR dengan harapan dapat membantu mangsa bernafas semula.

Bagi yang tidak tahu, dengan melakukan CPR kepada mangsa yang sedang tercekik ianya akan mengakibatkan makanan yang tersangkut masuk lebih dalam dan sukar untuk dikeluarkan.

 

Guru-guru Dan Ibu Bapa Wajib Belajar!

Teknik bantuan kecemasan ini sepatutnya menjadi kewajipan untuk setiap ibu bapa dan orang yang bekerja dengan kanak-kanak tahu dan pelajari kerana ianya sangat penting.

 

Di United States, secara purata setiap 5 jam akan ada seorang kanak-kanak bawah 5 tahun yang meninggal kerana tercekik.

Dan ianya boleh diubah jika orang terdekat diajar teknik bantuan yang betul.

Di Malaysia sendiri, pendedahan tentang bantuan-bantuan kecemasan sangatlah lemah. Hanya golongan perubatan yang tahu teknik yang betul.

Kerana itu, diharapkan bengkel-bengkel bantuan kecemasan dapat diperbanyakkan agar setiap golongan masyarakat berpeluang mendapat pendedahan yang sewajarnya, lagi-lagi bagi mereka yang mempunyai anak kecil.

 

Didik Anak Makan Dengan Tertib

Dalam ibu bapa membesarkan anak-anak, setiap perkara yang dilakukan anak-anak perlu dipantau dan diberi tunjuk ajar agar ianya dilakukan dengan cara yang betul.

Ini kerana apa yang diajar sejak kecillah yang akan dibawa sehingga mereka dewasa kelak.

Malah pakar kanak-kanak juga turut menyarankan untuk ibu bapa sentiasa mengulangi perbuatan-perbuatan dan perlakuan yang positif agar menjadi ikutan anak-anak secara spontan.

Adab dan cara makan yang betul dan sopan perlu diajar sejak kecil tanpa jemu walaupun adakalanya bukan mudah untuk mengajar anak-anak yang masih kecil dan tidak dapat menbezakan baik dan buruk.

Kisah ini wajar dijadikan pengajaran untuk semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil kerana anak-anak kita sangat mudah untuk terdedah kepada bahaya.

Dunia anak-anak adalah dunia bermain, sentiasalah pantau anak anda tidak kira walau sesibuk mana pun kita. 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN