Sumber: FB Anwar Ibrahim

13 Oktober merupakan hari yang bersejarah buat Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson oleh rakyat di daerah itu yang mahukan Anwar sebagai wakil rakyat mereka.

Anwar memperoleh majoriti yang lebih besar iaitu 23,560 undi berbanding 17,710 undi yang dicatatkan Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Anwar, yang sebelum ini menjalani hukuman penjara selepas disabitkan kesalahan liwat, layak menjadi anggota parlimen selepas mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari pada 2008.

Untuk pengetahuan, Saiful Bukhari antara calon yang bertanding sebagai Ahli Parlimen di Port Dickson dan dia juga antara calon yang paling tercorot undi antara calon bebas yang lain.

Ini kemunculan semula Anwar ke Dewan Rakyat sebagai seorang ahli parlimen dalam barisan kerajaan persekutuan.

Anwar telah mengangkat sumpah 15 Oktober 2018 (isnin) pada hari pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14 bersidang di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

 

Anwar Pernah Jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh

Sumber: Utusan

Kali terakhir Anwar bertanding adalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Parlimen Permatang Pauh yang meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya merupakan kubu kuat Anwar sejak pertama kali bertanding pada PRU 1982.

Hampir 31 tahun, pengundi Permatang Pauh memberi kepercayaan penuh kepada Anwar untuk membawa suara mereka di Dewan Rakyat walaupun ketika kerusi itu ‘dipinjamkan’ kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk tempoh hampir sembilan tahun bermula 1999 hingga 2008.

Sumber: Smasa News

Bagaimanapun Wan Azizah ‘memulangkan’ kerusi berkenaan kepada Anwar menerusi pilihan raya kecil 2008.

Ketika itu sekali lagi suara rakyat Permatang Pauh kembali bergema apabila mereka meletakkan harapan kepada Anwar untuk terus berkhidmat di kawasan itu menerusi kemenangan majoriti besar sebanyak 15,671 undi.

Sekarang kerusi itu telah dimiliki oleh anak perempuannya Nurul Izzah Anwar yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 dengan majoriti 15,668 undi.

Nuru Izzah yang memperolehi 35,534 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said yang memperolehi 19,866 undi dan Afnan Hamimi Taib Azamudden dari Pas (14,428 undi).

 

Isteri dan Anak di Parlimen

Gandingan Anwar bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga ahli parlimen Pandan, serta anak mereka, ahli parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mencatat sejarah baru dalam arena politik tanah air.

Ia menyaksikan tiga wakil rakyat dalam sebuah keluarga di Dewan Rakyat dalam penggal yang sama.

 

Anwar Mampu Bantu Malaysia Baharu

Dalam arena politik negara Anwar perlu disambut berdasarkan sejarah panjang perjalanan reformasi dan kehebatan kepimpinannya yang amat diperlukan dalam membentuk Malaysia Baharu.

Sumber: Free Malaysia Today

Semua parti komponen Pakatan Harapan termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan penuh kepada Anwar.

Tun Dr Mahathir dan Anwar adalah gabungan dinamik untuk memulakan politik baharu di Malaysia.

 

Anwar Tekad Lakukan Penambahbaikan

Anwar juga menegaskan beliau bertekad mahu memperkukuhkan kedudukan parlimen dengan melakukan beberapa penambahbaikan.

Anwar berkata langkah itu adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum ke-14, Pakatan Harapan (HARAPAN).

Dan beliau akan bersama-sama dengan ahli parlimen kanan seperti Lim Kit Siang untuk menjana beberapa perubahan selari dengan gesaan yang dibuat dan diperaku dalam manifesto HARAPAN.

Disamping, memantapkan perjalanan parlimen dan menyokong kerajaan sekarang di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Mampukah Anwar membawa penambahbaikan dalam memantapkan lagi pentadbiran di bawah Malaysia Baharu?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN