Berkuatkuasa bulan ini, tiada lagi pengumuman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA dan KLIA2 menggunakan pembesar suara untuk memanggil penumpang.
Mereka akan diminta untuk merujuk kepada papan informasi digital yang ada di dalam lapangan terbang untuk sebarang maklumat terbaharu dan penting.
Ini masanya penumpang kena peka dengan masa penerbangan mereka. jangan terlepas penerbangan ke destinasi yang dituju.
Sebab Apa?
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, pihaknya menyertai kempen ‘Silent Airport’. Ia juga sejajar usaha bagi menambahbaik suasana persekitaran lapangan terbang.
Pihak MAHB mengurangkan 63 peratus daripada 500 pengumuman jadual penerbangan sejak Oktober lalu menerusi kempen tersebut.
MAHB menggantikan pengumuman itu dengan lagu-lagu tradisional Melayu.
Tiada Pencemaran Bunyi
Kempen Silent Airport merupakan satu polisi yang dimulakan sejak beberapa tahun lalu, di mana jumlah pengumuman menerusi pembesar suara dikurangkan.
Pengumuman yang dibuat hanya akan membabitkan situasi kritikal, atau perubahan saat akhir.
Antara lapangan terbang yang telah menyertai kempen ini adalah Lapangan Terbang London City, Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town dan Lapangan Terbang Helsinki.
Memang mengganggu persekitaran dengan bunyi pengumuman ini, bukan dengar dengan jelas pun, penumpang boleh rujuk papan digital yang besar untuk tahu masa perjalanan.
Kalau tidak pun, boleh tanya kakitangan-kakitangan penerbangan di KLIA dan KLIA2. Tiada masalah pun untuk kurangkan pengumuman ini.
Dan bagi mereka yang Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran, ada pembantu oleh kakitangan di KLIA dan KLIA2 untuk bantu mereka menaiki kapal terbang dan sebagainya. Cuma tunjuk kad OKU sahaja di bahagian pendaftaran.
Orang Ramai Terima
MAHB menjalankan projek perintis untuk mengurangkan pengumuman sejak empat minggu lalu dan ia mendapat maklum balas positif.
Hasil kajian syarikat penerbangan itu, 98 peratus orang ramai menyambut baik usaha ini apabila hampir keseluruhan responden menyatakan terlampau banyak pengumuman boleh menimbulkan gangguan.
Adakah Kempen ‘Silent Airport’ Berkesan Di Malaysia?
Ramai juga yang tidak bersetuju dengan langkah ini kerana bagi mereka pengumuman itu amat penting jika mereka berada di tempat lain bukan berdekatan pintu masuk penerbangan ataupun didalam tandas.
Ada masa papan digital yang besar itu pun tidak dikemaskini masa penerbangan, ada penumpang yang terlepas juga penerbangan. Jadi bagi mereka penting pengumuman ini.
Mungkin pengumuman kapal terbang mana yang akan berlepas perlukan pembesar suara, mereka akan peka dengan bunyi pengumuman itu juga. Sebenarnya rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan pengumuman yang dibuat.
Tetapi persiapan rapi perlu dibuat terlebih dahulu sebelum anda memulakan perjalanan menggunakan khidmat pengangkutan di udara.
Trafik Penerbangan Di Malaysia
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh syarikat OAG Aviation iaitu pusat pengumpulan data dan jadual penerbangan di dunia mendapati, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Singapura menjadi laluan penerbangan antarabangsa paling sibuk di dunia.
Data yang direkodkan dari Mac 2017 sehingga Februari 2018 mencatatkan sebanyak 30,537 penerbangan antara Kuala Lumpur dan Singapura.
Ini bermakna, dalam tempoh seminggu, terdapat lebih 300 penerbangan antara ketiga-tiga lapangan terbang tersebut, menjadikan ia sebagai laluan atau route antarabangsa paling sibuk di dunia.
Syarikat penerbangan tempatan AirAsia dalam satu kenyataan pula memberitahu, dalam tempoh seminggu, terdapat 140 penerbangan menggunakan pesawat Airbus A320 antara Kuala Lumpur dan Singapura.
Data yang direkodkan bermula Mac 2017 sehingga bulan Februari 2018, mendapati, syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia itu mencatat kapasiti tempat duduk melebihi 1.3 juta dan dengan muatan melebihi 95 peratus bagi laluan itu.
Ini baru penerbangan sehari dari Kuala Lumpur-Singapura. Belum lagi penerbanagan ke negara lain. Tetapi adakah pelancong luar negara dan juga tempatan akan peka dengan skrin digital penerbangan mereka tanpa sebarang pengumuman?
Adakah tiada siapa yang akan terlepas penerbangan mereka? Nampaknya kena bertanggungjawab sendiri dan peka.
KATA ORANG
Nanti sunyi lah airport 🤣
— whothe_¥ (@yusurisan) November 30, 2018
I still prefer announcement be made despite how logical ur reason to stop them. It is pretty much useful esp when in the washroom and the like.
— zara (@zaharahmalim) December 3, 2018
you guys should improve the on board service rather than worry about noise, service is quite disappointing especially for business class.
— jasvir (@Jas2davir) December 1, 2018
What 'silent airport movmnt' dont name it sometting glamorous this is typical malaysian Lazy crap. Lazy workers lazy announcers. Just trying get same gaji for Less work. Almost all airports still announce with few excpetions this may be boring for you but essential for passengers
— Topcat (@kondonlondone) December 1, 2018