Sumber:New Straits Times

Baru-baru ini, Anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Adam mengajak orang ramai untuk bersamanya dalam kempen Black 905.

Dalam kempen itu, orang ramai diminta untuk mengenakan pakaian serba hitam bagi menunjukkan protes terhadap pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang kononnya gagal memenuhi keperluan rakyat.

Kerajaan PH sudah pun menjangkau setahun pemerintahannya apabila mendapat mandat rakyat menguruskan pentadbiran negara pada 9 Mei 2018.

Hanya 30 Orang Turut Serta

Sumber: IG lokmanadam

Semalam, Lokman mengetuai sekumpulan kira-kira 30 orang berpakaian hitam di Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur.

Kumpulan itu mula berkumpul di pintu masuk Mid Valley kira-kira jam 6 petang, sebelum bergerak secara santai ke dalam pusat membeli-belah berkenaan.

Mereka kemudian dilihat berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama.

Lokman memberikan enam alasan mengapa kempen itu diadakan, antaranya membantah kerosakan dilakukan PH terhadap kedudukan istimewa orang Melayu Islam, hak Bumiputera, bahasa Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Rosmah Menyokong Kempen Itu

Sumber: IG lokmanadam

Isteri kepada bekas perdana menteri, Rosmah Mansor turut dilihat berpakaian serba hitam ketika menghadiri satu majlis tadarus al-Quran.

Gambar itu dimuat naik oleh Lokman di akaun media sosial Instagramnya. Ia dilihat sebagai tanda sokongan terhadap kempen pembangkang bersempena sambutan ulang tahun pertama kerajaan PH.

Kata Lokman, Rosmah berpeluang bertadarus tahun ini bersama kawan-kawannya kerana tahun lepas beliau tidak sempat sedangkan sudah 14 tahun melakukan aktiviti itu.

Kempen Ingatkan Kerajaan Umno BN Sudah Mati

Umno BN perlu menerima kekalahan apabila tidak lagi menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Kekalahan dialami Umno BN bukan disebabkan musuhnya kuat dan hebat, tetapi ia berlaku kerana kesilapan dan salah laku pemimpin dan ahli.

Dan rata-rata rakyat tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan Lokman, ia hanya menunjukkan kedangkalan ahli Umno itu sahaja.

Sumber: FB Malaysiakini

Kempen tersebut dilihat rakyat sebagai mengingatkan ‘kematian’ yang berlaku terhadap Umno BN, bukannya sebagai melihat kegagalan pentadbiran kerajaan PH hari ini.

Selidik Punca Kekalahan, Bukan Salahkan Kerajaan PH

Lokman sepatutnya melihat pihak yang harus dipersalahkan. Mereka itu adalah pendukung dan pemegang amanah perjuangan Umno BN yang mengkhianati serta menanggalkan idealisme perjuangan serta meleburkan pedoman Islam.

Jangan cuba cari kesalahan pemimpin lain, semak dahulu pemimpin-pemimpin Umno BN terutama bekas perdana menteri yang penuh dengan skandal rasuah, penggubahan wang rakyat.

Isu perkauman ini budaya lama yang memang dari awal dibawa Umno BN untuk menentang PH menggunakan isu DAP semata-mata.

Chef Wan Kata Pembangkang Suka Menyalak

Sumber:Malaysian Update

Siapa yang tidak kenal dengan Chef Selebriti, Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan. Beliau juga antara individu yang sangat menyokong peralihan kerajaan sejak PRU-14 lalu dibawah pemerintahan perdana menteri, Tun Dr Matahir Mohamad.

Chef Wan dalam catatan di Instagramnya menyatakan beliau tidak peduli cakap-cakap belakang mengenai pemerintahan kerajaan PH. Dan beliau menyifatkan Tun Mahathir sebagai tokoh yang wajar disanjung kerana usahanya menyelamatkan negara daripada menjadi muflis.

Sumber: IG_chefwan58

Katanya, usaha kerajaan hari ini untuk menyelamatkan Malaysia daripada terus bankrap oleh kerakusan kerajaan terdahulu yang korup.

Beliau juga menegaskan kepimpinan yang bersih menyebabkan Umno BN tumbang dan pembangkang hari ini hanya tahu menyalak siang dan malam.

Nak telanjang Pun, Tak Kisahlah

Sumber: IG_chefwan58

Secara sinis, Chef Wan menyatakan beliau tidak kisah pembangkang ingin pakai baju warna apa, telanjang sekalipun beliau tidak kisah. Suka hati merekalah.

Yang penting katanya, rakyat Malaysia hari ini bekerja keras demi membina semula ekonomi negara berbanding menyibukkan diri mengkritik sesuatu pentadbiran.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda mengenai kempen ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN