Telah dijangkakan bahawa pasukan Perancis akan menjulang kemenangan di kejohanan Piala Dunia baru-baru ini.

Perancis telah berjaya mengalahkan pasukan Croatia dengan keputusan 4-2 pada perlawanan akhir kejohanan tersebut lalu membawa pulang Piala Dunia.

Malah yang menjadi buah mulut orang ramai bukan hanya pada kejayaan pasukan Perancis tetapi pada hakikat bahawa pasukan Perancis ini terdiri daripada individu yang majoritinya berketurunan Afrika dan separuh daripada pemain pasukan itu beragama Islam.

Pasukan Perancis tersebut merupakan pasukan yang paling banyak mempunyai pemain dari pelbagai keturunan di Piala Dunia berbanding pasukan negara lain.

Sumber: NBC Sports

Rasisma dan Islamophobia di Perancis 

Sikap perkauman atau rasisme dan penindasan terhadap golongan beragama Islam di negara Perancis bukan perkara luar biasa. Malah ia juga sesuatu yang berlaku secara harian.

Perancis mempunyai suatu sentimen anti-pendatang atau dalam bahasa inggeris “anti-immigrant sentiment”.

Sentimen ini merupakan suatu sentiment yang penuh dengan perasaan benci terhadap pendatang asing terutamanya yang berketurunan afrika atau arab. Malah rakyat negara Perancis yang mempunyai keturunan tersebut juga dikeji dan ditindas.

Pada bulan lepas satu rusuhan telah berlaku di Nantes setelah seorang individu yang berketurunan Guinean telah ditembak dan mati apabila ditahan polis.

Isu seperti keganasan polis, keadilan untuk kaum lain dan juga peluang ekonomi sering menjadi topik untuk dibahas di seluruh Europah dan juga Amerika Syarikat malah isu kerakyatan juga dibahaskan.

Pendatang berketurunan Afrika atau rakyat yang berketurunan Afrika lebih banyak bertempat di kawasan yang miskin atau kos rendah.

Sumber: News AU

Islamophobia di Perancis amat tinggi. Pada tahun 2004, segala pakaian beragama seperti hijab dan sebagainya telah diharamkan di sekolah.
Manakala pada tahun 2011 niqab telah diharam dipakai di tempat-tempat awam.

Pada tahun 2017 seorang wanita Islam memakai pakaian yang dikhaskan untuk wanita Islam ketika berenang iaitu “Burkini” dan berenang di kolam renang yang terdapat di kediamannya.

Sumber: Telegraph

Namun demikian, wanita tersebut telah diarahkan untuk membayar kos pembersihan kolam renang tersebut ketika penduduk lain tidak perlu.

Terdapat juga insiden yang telah berlaku pada tahun 2018 apabila kerakyatan wanita berketurunan Arab telah ditarik apabila wanita tersebut enggan bersalam dengan salah seorang pegawai tertinggi.

KATA ORANG 

Melihat ke sosial media, boleh didapati perbezaan pendapat. Dimana ada yang berpendapatan bahawa sukan tidak patut dipolitikkan dan ada juga berpendapat yang rakyat Perancis harus ambil kemenangan di Piala Dunia sebagai iktibar untuk menolak segala perbezaan dan bersatu padu.

KATA ANDA 

Apa kata korang? Adakah kemenangan Piala Dunia ini satu tanda penyatuan untuk rakyat Perancis?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN