Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Cameron Highlands baru-baru ini, memang sudah dijangkakan oleh banyak pihak termasuk penganalisis-penganalisis politik di negara ini.

Sumber:FMT

Namun, apakah punca kemenangan tersebut? Adakah kerana Ramli Md Nor orang asal di kawasan itu? Adakah pengaruh Najib yang dilihat sebagai orang kuat BN dan kesayangan orang asli di Cameron Highlands?

Sumber:Astro Awani

Pelbagai persoalan yang timbul untuk merungkai satu persatu kemenangan ini? Nampaknya Pakatan Harapan (PH) salah langkah meletak Manogaran sebagai calon disitu.

Atau pengaruh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak kuat berbanding bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sumber:Nikkei Asian Review

BN berjaya mengekalkan kerusi tradisinya pada PRK Cameron Highlands apabila calonnya Ramli Md Nor menang dengan majoriti 3,238.

Ramli berjaya mendapat 12,038 undi manakala Manogaran hanya mampu meraih sebanyak 8,800 undi.

Dua calon Bebas, Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib masing-masing mendapat 276 dan 314 undi.

Sumber:UMNO Online

Kemenangan Ramli mencipta sejarah apabila calon tunggal Orang Asli ini berjaya melangkah masuk ke Dewan Rakyat.

 

PH Kalah Sebab Tak Jaga Rakyat

Ramai yang beranggapan kekalahan PH di Cameron Highlands adalah kerana kegagalan PH melaksanakan manifestonya sejak menjadi kerajaan pada 9 Mei 2018.

Sumber:FMT

Janji-janji yang ditaburkan oleh PH sebelum PRU-14 adalah berkenaan dengan ekonomi rakyat, kebajikan rakyat, tetapi 9 bulan memerintah, nasib rakyat masih sama semasa pemerintahan BN sebelum ini.

Sumber:Utusan Online

Rakyat muak mendengar alasan negara perlu dipulihkan kerana masalah yang ditimbulkan Najib melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sebagainya.

Rakyat semua tahu mengenai masalah itu, rakyat tahu dari A sampai Z tentang isu itu. Tetapi apakah solusinya kepada kepada ekonomi rakyat? Yang menjadi pertikaian saat masalah ekonomi dijaja kerana Najib dan konco-konconya, kerajaan boleh pula keluarkan modal untuk projek kereta nasional 3.0 dan sebagainya.

Keadaan ini sekali gus memberi isyarat yang jelas bahawa majoriti Melayu dan Bumiputera sudah mula menolak kerajaan PH.

Perkara ini diterjemahkan oleh rakyat secara terang-terangan dengan menolak calon PH di Cameron Highlands.

Dan tidak menolak kemungkinan kejayaan ini akan berulang di Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih kelak.

Sumber:Astro Awani

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor, 57 tahun, daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung dan dijadualkan berlangsung pada 2 Mac ini, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 16 Februari manakala hari mengundi awal pada 26 Februari.

 

 

PH Perlu Baiki Kelemahan

Beberapa pemimpin PH menyatakan kelemahan mereka dalam menjaga rakyat punca kekalahan di Cameron Highlands.

Kekalahan itu merupakan satu pengajaran untuk PH memperbaiki kelemahan atau kekurangan dalam parti gabungan itu, terutama dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Sumber:thecoverage.my

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun tewas, PRK itu memberi peluang kepada PH mendapat maklum balas rakyat mengenai harapan mereka terhadap kerajaan.

Sumber:The Straits Times

Presiden KEADILAN , Datuk Seri Anwar Ibrahim pula percaya keputusan ini menjadi peringatan kepada pimpinan KEADILAN dan PH bahawa mereka perlu peka terhadap kegelisahan rakyat berkait ekonomi dan kos sara hidup.

Anwar mahu seluruh kepimpinan perlu berusaha lebih gigih untuk memenuhi manifesto PRU14 serta menangani sebarang masalah berkait isu kaum dan agama dengan penuh hikmah demi kemaslahatan semua.

Sumber:The Star Online

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan akan menumpukan kepada soal dasar yang memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Kekalahan itu tidak akan mematahkan semangat PH dan juga kerajaan untuk memberi bantuan kepada rakyat yang majmuk di negara ini.

Beliau percaya kemenangan itu juga kerana ada pengundi yang masih ingat Tun Mahathir masih bersama BN dan kerana itu kemenangan berpihak pada BN.

Sumber:suara tv

Rakyat cuma mahukan janji kerajaan PH dilaksanakan dengan cepat dan rakyat tidak mahu lagi menanggung harga barang yang tidak menentu, harga minyak yang turun naik serta kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tunaikan kebajikan rakyat, pasti kemenangan berpihak pada PH seperti PRU-14.

 

Aksi Troll Najib Menarik Sokongan Rakyat pada BN Kembali

Selepas kekalahan teruk pada PRU-14, Najib dilihat lebih mesra rakyat dan selalu turun padang berjumpa dengan rakyat marhaen. Kalau dulunya susah sangat nak ‘bersalam’ dengan Najib ini.

Sumber:SAYS Malaysia

Walaupun Najib masih ada kes yang dibicarakan di mahkamah soal salah guna kedudukannya dulu sebagai perdana menteri dan juga menteri kewangan. Banyak berlaku penyelewengan dalam setiap kementerian dibawah kuasanya dulu.Tetapi sesetengah rakyat nampaknya tidak kisah.

Sumber:jelapang

Sebab itu Najib kini bangkit dan telah melakukan apa sahaja untuk menarik sokongan rakyat termasuk sanggup menceburi bidang ‘rempit’. Siapa ingat dulu isterinya, Datin Rosmah Mansur pernah merungut bunyi motor yang bising telah menganggu tidurnya. Sekarang suaminya pula jadi mat motor.

Sumber:Malaysia Videos

Najib dan motosikalnya kini menjadi trending ditambah dengan slogan #maluapabosskurr telah menarik minat anak-anak muda di negara ini.

Pada PRK Cameron Highlands juga kita lihat Najib turun padang dan ‘menetap’ sementara di tempat sejuk itu. Makan sarapan bersama rakyat, meneroka masalah orang Felda dan sebagainya. Sehingga keluar tajuk berita ”Najib tetap mekar di hati peneroka Felda” artikel Malaysiakini yang diterbiutkan pada 15 januari lalu. Dasyat penangan peduli rakyat oleh Najib ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, apakah punca kegagalan PH di PRK Cameron Highlands?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN