Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Menteri Besar Johor, Osman Sapian sudah meletakkan jawatan, berkuatkuasa 8 April 2019.

Sumber:Johor Business Network

Perkembangan ini menyusuli desas-desus mengenai penukaran menteri besar Johor yang mengiringi pertemuannya dengan Mahathir kelamarin.

Mahathir semasa di parlimen menyatakan Osman menyerahkan dua surat, satu kepada beliau dan satu lagi kepada Sultan Johor.

Isu ini menjadi kecoh di media sosial dan mendapat perhatian daripada rakyat terutamanya rakyat Johor, pemimpin kerajaan, pembangkang dan juga Tunku Mahkota Johor.

TMJ Tidak Mahu MB Baru ‘Yes Man’

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Twitternya memaklumkan titah supaya Menteri Besar Johor ditukar telah lama dibuat.

Sumber:The Star

Titahnya, baginda mengingatkan jangan lupa, kuasa memilih Menteri Besar adalah hak mutlak Sultan.

Selain itu, Tunku Ismail menerusi itu juga berharap agar Menteri Besar baharu nanti bukanlah seorang yang mengikut perintah Putrajaya.

 

Sumber:utusan

Baginda mahu perlantikan menteri besar yang baru nanti lebih menjaga kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negeri Johor.

Sultan Johor Tidak Mahu Pihak Lain Masuk Campur

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan mana-mana pihak jangan sibuk mencampuri urusan negeri Johor kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang Sultan.

Sumber:astroawani

Jelas Sultan Ibrahim, biar pun baginda kini berada di luar negara, perkembangan dalam negara terutamanya di Johor tetap diikuti melalui laporan semua pihak.

Titahnya, baginda akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat Johor apabila tiba masanya nanti.

Mahathir Tegaskan Pertukaran MB Bukan Urusan Sultan

Susulan kritikan TMJ berhubung isu ini, Mahathir menegaskan pelantikan menteri besar Johor baru adalah hak parti pemerintah bukannya sultan.

Sumber:BERNAMA Radio

Jelasnya, ini adalah isu politik dan sultan tidak mempunyai peranan dalam hal ini. Yang layak adalah parti yang memenangi pilihan raya yang patut menentukan siapa patut mengetuai dalam hal ini.

Teka-teki siapa yang bakal dipilih menjadi menteri besar masih lagi hangat diperkatakan. Bagaimanapun, Mahathir menjelaskan calon bagi menggantikan Osman akan dibuat dengan kadar segera.

Osman Gagal Jaga Kebajikan Rakyat

Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dalam reaksinya berhubung isu ini, nampaknya beliau amat bersetuju dengan cadangan TMJ dan pihak istana Johor berhubung isu kemelut menteri bersar di negeri itu.

Sumber:mStar

Jelasnya, Osman ini dilihat gagal menerajui pentadbiran Johor dan presatasinya dikatakan sangat teruk.

Apa yang dilakukan Osman sebagai menteri besar selama ini jelas membuktikan beliau gagal sama sekali menjaga rakyat. Tambahan pula, katanya, kerajaan PH sekarang ini semakin hilang keyakinan rakyat.

Osman Letak Jawatan Sebagai Bertanggungjawab

Sumber:The Star

Manakala, bekas menteri besar Johor,Khaled Nordin berkata peletakan jawatan Osman sebagai tindakan bertanggungjawab yang harus dihormati, selepas kedudukan kerajaan negeri berada dalam keadaan sangat rapuh dan tidak memberangsangkan sejak 11 bulan lepas.

Johor memerlukan kepimpinan tertinggi yang bukan sekadar berwibawa tetapi mahir mentadbir dan mempunyai visi jelas bagi memajukan negeri dan rakyatnya.

Dengan apa yang diperkatakan Khaled ini adalah sewajarnya Osman melepaskan jawatannya itu sekiranya beliau gagal memenuhi manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat.

Rakyat mempunyai suara keramat yang mampu menumbangkan parti atau wakil rakyat yang tidak menjaga kesejahteraan mereka.

Ini satu pengajaran kepada wakil rakyat yang tidak menjalankan tugas mereka dengan baik.

Anwar Tegaskan Tiada Calon Dari PKR

Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah parti yang akan meletakkan calon untuk menteri besar Johor nanti.

Sumber:FMT

Tegas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia bagi menghormati konsensus yang dicapai bersama parti komponen Pakatan Harapan, bahawa wakil Bersatu yang akan mengisi jawatan berkenaan.

Anwar menyerahkan pemilihan menteri besar Johor bagi menggantikan Osman Mahathir dan juga Muhyiddin Yassin.

Pelantikan Ikut Perlembagaan Persekutuan

Jelas Anwar mengenai pelantikan tersebut, Mahathir yang patut membuat keputusan bukannya terletak di tangan sultan Johor.

Mahathir telah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan mengenai hak mereka yang menang dalam pilihan raya untuk menentukan calonnya.

Perlembagaan jelas menyatakan mengenai mereka yang mendapat undian majoriti di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perlu Juga Merujuk Sultan Dan Agong

Namun, kata Anwar, persetujuan Sultan (untuk Menteri Besar) dan Yang di-Pertuan Agong (untuk Perdana Menteri) itu diperlukan dalam pelantikan.

Diharapkan kemelut menteri besar Johor ini akan berakhir tidak lama lagi dan rakyat Johor pastinya tidak mahukan lagi pemimpin yang tidak menjaga kebajikan mereka.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN