Tidur merupakan keperluan hidup seseorang bagi membolehkan mereka memulihkan semula badan yang penat berkerja seharian dan dapat mengumpul semula tenaga untuk digunakan keesokkan harinya.

Apabila seseorang terlalu kuat berkerja sehinggakan tidak cukup tidur, terdapat pelbagai risiko buruk yang menanti mereka tanpa sedar.

Bukan sahaja orang tua malah dikalangan orang muda juga turut terdedah kepada risiko yang sama.

Secara amnya, manusia memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam sehari dan penting untuk mereka dapatkan tidur yang betul dan selesa agar badan dapat melalui proses rehat yang betul-betul menyenyakkan.

Tapi macam mana pula kalau anda memang terikat dengan waktu bekerja yang padat dan lama?

Seperti pengusaha kedai makan, rata-rata dari mereka akan membuka kedai makan sehingga jam 3 atau 4 pagi setiap hari. Dan esoknya pula perlu bangun awal kerana ingin menyediakan bahan masakan untuk hari seterusnya.

Macam mana tu?

Tetapi tahukah kerana tidak cukup tidur anda mampu terdedah kepada risiko seperti tekanan darah tinggi, koma, masalah jantung dan yang paling menakutkan kematian secara tiba-tiba kerana pembuluh darah di bahagian kepala pecah.

Seperti perkongsian lelaki ini di laman Twiitternya :

 

 

Macam Mana Saluran Darah Boleh Pecah?

Dikatakan apabila seseorang tidak cukup rehat dan terlalu penat ia akan meningkatkan risiko untuk mereka terkena tekanan darah tinggi.

Malah ada yang mendakwa keletihan yang melampau akan mengganggu sistem imunisasi badan dan mampu membuatkan jantung anda terhenti secara tiba-tiba kerana terlalu penat.

Banyak kes yang berkaitan isu ini pernah dikongsikan oleh ahli keluarga individu yang pernah menjadi mangsa agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain.

Malah sebelum ini juga pernah ada kes kematian pelajar cemerlang yang meninggal dunia kerana dikatakan terlalu kerap belajar malam sehingga waktu rehat dan tidur terganggu.

Berbaloikah kita terlalu mendesak diri untuk bekerja sehingga merisikokan  nyawa sendiri?

 

Kitaran Tidur Yang Perlu Anda Fahami

Menurut kajian, terdapat kitaran tidur yang perlu diikuti oleh setiap orang sebagai panduan agar mereka mendapatkan rehat yang secukupnya dan tidak bangun dengan keadaan yang lesu dan tidak bermaya.

Satu kitaran tidur dikira bersamaan dengan 90 minit, dan doktor menyarankan agar setiap orang cuba untuk mendapatkan lebih dari 5 kitaran bersamaan dengan 7.5 jam sehari.

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa walaupun sudah tidur anda tetap bangun di dalam keadaan yang tidak bertenaga seperti orang yang tidak cukup rehat?

Dan jawapannya ialah, mungkin anda tidak melengkapkan kitaran tidur yang disarankan mahupun setiap kitaran yand diambil tidak lengkap.

 

Contoh kitaran tidur berdasarkan 90 minit.

Sumber : Inchenaim.com

 

 

Wanita Perlu Tidur Yang Lebih Lama

Fakta menarik berkaitan isu ialah wanita dikatakan memerlukan lebih waktu tidur berbanding lelaki.

Dan dakwaaan ini turut disokong oleh pakar-pakar perubatan yang membuat kajian berkaitan isu ini kerana dikatakan ianya berpunca dari otak wanita yang lebih kompleks daripada lelaki membuatkan mereka memerlukan waktu tidur yang lebih panjang.

Lebih-lebih lagi jika seorang wanita itu sudah menjadi ibu dan isteri, dengan bebanan tugas yang banyak di atas bahu mereka lagilah mengukuhkan dakwaan tersebut.

Jadi para suami, biar isteri anda tidur lama sikit ya?

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN