Baru-baru ini, rumahtangga pasangan sensasi Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila yang juga merupakan kakak kepada pelakon dan pengacara popular Neelofa dikatakan sedang goyah dan dilanda masalah.

Apa yang lebih mengukuhkan lagi sangkaan peminat dan netizen ialah melalui caption-caption yang dimuatnaik oleh kedua-dua pihak di halaman Instagram masing-masing. Ayat-ayat sedih dan juga luahan yang seolah-olah berkait dengan hubungan pasangan tersebut seolah-olah mengiyakan bahawa mereka memang sedang dilanda masalah.

Sumber : Instagram Noor Nabila

Sharnaaz Ahmad juga dikatakan tidak lagi tinggal bersama isteri dan anaknya, malah gambar-gambar bahagianya bersama isteri dan anak mereka, Jebat Jayden sudah dipadam di halaman Instagram milik Noor Nabila. Yang menjadi pertanyaan, apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah mereka masih bersama?

Ada yang mengatakan konflik bermula kerana campur tangan dari pihak keluarga mertua terhadap rumahtangga mereka yang menyebabkan hubungan mereka goyah. Namun begitu, sehingga kini nampaknya pergaduhan antara mereka masih belum selesai.

 

 

Jangan Duduk Sekali Dengan Mertua

Jika kita ingin bincangkan punca-punca berlakunya keretakan untuk sesebuah rumahtangga itu, antaranya ialah kerana campur tangan yang terlalu banyak oleh keluarga mertua dalam urusan peribadi rumahtangga anak-anak. Sehinggakan anak-anak tidak boleh membuat keputusan sendiri yang berkaitan dengan rumahtangga mereka.

Mengapakah ini terjadi? Tidak dinafikan, ibu bapa kita sudah lebih makan garam dari kita, dan boleh dikatakan lebih arif tentang liku-liku dan perjalanan hidup berumahtangga. Namun begitu, adakah ini bermaksud mereka sewenang-wenangnya boleh mencampuri setiap urusan anak-anak sehinggakan cerita dalam kain pun perlu dilaporkan kepada mereka.

Kerana itulah ramai pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga dinasihatkan agar memilih untuk duduk di rumah sendiri kerana banyak baik dari buruknya apabila kita tinggal berasingan.  

 

Perempuan Sekarang Lebih Berdikari

Perempuan zaman sekarang buka lagi seperti dahulu, yang hanya mampu berdiam diri jika mereka dizalimi oleh pasangan mereka. Kerana itulah ramai ibu-ibu yang menasihati anak-anak perempuan mereka untuk belajar setinggi yang boleh dan bekerja supaya mempunyai pendapatan sendiri dan mampu untuk meneruskan hidup jika suatu hari nanti mereka berpisah dengan suami.

Satu stigma yang berbunyi kurang enak namun itulah hakikatnya. Hakikat yang semakin lama semakin sebati dengan kehidupan berumahtangga. Isteri yang dulunya suri rumah dan hanya focus menjaga keluarga kini kebanyakan memilih untuk berkerja supaya lebih selamat dan terjamin.

Belum lagi bercerita bab nafkah samada zahir mahupun batin, kebanyakkan lelaki agak lokek dan mengambil mudah tuntutan agama ini. Lagi-lagi jika isteri mereka bekerja, lagi la terus dipadam ‘nafkah isteri’ dalam senarai bil bulanan mereka.

Macam-macam ragam kehidupan rumahtangga yang kadang-kadang tidak masuk akal namum mampu memecah belahkan sebuah masjid yang dibina atas dasar cinta. Sedangkan bau badan pun boleh buat si pasangan meminta cerai, inikan pula hal-hal lain yang menjadi kewajipan dan tanggungjawab yang harus ditunaikan.

Apa-apa pun, perkahwinan bukanlah suatu perlumbaan untuk menilai siapa laku dan siapa yang mempunyai kebahagiaan yang paling banyak, tapi ia adalah komitmen seumur hidup yang bukan semua orang mampu untuk hadapi jika tiada toleransi dan kerjasama yang baik antara kedua-dua belah pihak.

Jadi, sudah bersediakah anda untuk mendirikan rumahtangga? Fikir dan renungkan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Jika diberi pilihan, anda akan memilih untuk tinggal sendiri ataupun bersama keluarga mahupun keluarga mertua?
21 votes · 21 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN