Antara negeri di Semenanjung Malaysia, Kelantan mencatatkan statistik tertinggi miskinnya iaitu  bagi bulan Jun 2019 menunjukkan miskin tegar di Kelantan adalah seramai 6,218 orang, manakala miskin adalah seramai 31,217 orang.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin selepas satu kajian dilakukan dengan turun ke lapangan.

Pada peringkat kebangsaan, secara keseluruhan negeri Cik Siti Wan Kembang itu merupakan negeri ketiga tertinggi statistik kemiskinan selepas Sabah dan Sarawak.

Menurut Mohd Radzi, kadar kemiskinan negeri Kelantan adalah sama dengan kadar kemiskinan kebangsaan iaitu 0.4 peratus.

 

Statistik e-Kasih

Statistik dalam pengkalan data e-Kasih sehingga Jun lalu menunjukkan miskin tegar di Kelantan adalah seramai 6,218 orang manakala golongan miskin seramai 31,217 orang.

Data ini dengan jelas menunjukkan rakyat Kelantan masih perlu dibantu dan mendapat pembelaan sewajarnya. Dengan menyatakan tiada kemiskinan, ia agak mengelirukan.

Adakah rakyat Kelantan bersetuju dengan kenyataan ini?

 

Kelantan Tak Kaya Tapi Bukan Miskin

Walaubagaimanapun, kerajaan Kelantan dibawah pimpinan PAS tidak bersetuju dengan dapatan tersebut.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah berkata soal kemiskinan di negeri itu perlu dilihat daripada pelbagai sudut.

Sumber: FMT

Beliau berkata, jika hendak dibandingkan pendapatan RM2,000 sebulan di Kuala Lumpur dan di Kelantan, sudah pasti ia berbeza.

Katanya, rakyat boleh hidup dengan pendapatan RM2,000 di Kelantan, tetapi ia pasti tidak mencukupi untuk warga Kuala Lumpur disebabkan pelbagai kos tinggi.

Tambah Mohd Amar,  jumlah peminjam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga tidak boleh dijadikan sebagai penunjuk kerana adalah normal orang berniaga meminjam.

 

 Rakyat Kelantan Banyak Harta

Meskipun ramai rakyat negeri ini tidak mempunyai kerja tetap tetapi mereka memiliki harta seperti tanah, kebun dan rumah sewa.

Kalau kita lihat rakyat Kelantan seperti tiada duit dan kebanyakan rakyat negeri itu tidak bekerja tetap dengan swasta mahupun kerajaan tetapi mereka sebenarnya mempunyai pendapatan yang tidak diisytiharkan.

Malah Mohd Amar berkata, sikap kebanyakan rakyat negeri ini yang menyembunyikan pendapatan sebenar juga menimbulkan pelbagai persepsi.

Mohd Amar juga sempat berseloroh walaupun Kelantan negeri miskin, tetapi mempunyai 65 penerbangan setiap hari menggunakan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Takkan orang miskin naik kapal terbang? Betul juga kan?

 

Utamakan Sektor Pelacongan dan Pertanian

Ekonomi Kelantan kebanyakkan berasaskan pada pertanian seperti  padi, getah dan tembakau juga sektor pelancongan.

Kedua-dua sektor ini perlu diberi perhatian untuk memberi impak yang lebih lagi kepada ekonomi negeri tersebut.

Sektor pelancongan Kelantan terlalu banyak, tapi tidak digembleng sepenuhnya. Satu lagi kepakaran dalam bidang pertanian cukup ramai, tapi dibuat dalam skala kecil tanpa penggunaan teknologi baik.

Sektor ini mempunyai potensi cukup besar yang sepatutnya dapat menjana ekonomi negeri itu, Diharap pandangan daripada pelbagai pihak dapat diambil supaya dapat membantu  membangunkan Kelantan.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah sememangnya negeri Kelantan miskin?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN