Arus pemodenan dunia telah berjaya membawa sesebuah budaya dan tradisi sesuatu masyarakat itu ke serata dunia.

Contohnya, dengan wujudnya panggung wayang dan penciptaan televisyen semua orang mampu melihat dan menonton sesebuah cerita yang asalnya dari negara lain.

Selain dapat mempelajari budaya negara lain, ini juga merupakan salah satu definisi globalisasi dan kesannya kepada dunia.

Globalisasi bukan sahaja mempengaruhi budaya malah aspek lain seperti sosial dan juga ekonomi turut terlibat.

Selain itu, faktor agama juga merupakan isu sensitif yang sentiasa dilanda kontroversi apabila pelbagai rombakan dan perubahan cuba dibuat oleh orang-orang liberal dan sewenangnya berdasarkan pemahaman sendiri ingin mempengaruhi orang lain.

Terutamanya jika sikap liberal tersebut dilakukan oleh seorang yang ternama dan mempunyai ramai pengikut, pasti ramai yang mudah menerima perubahan yang ingin dibuat walaupun ianya membelakangkan tuntutan agama.

Yang terbaru, seluruh dunia terkejut apabila sebuah kelab malam yang dikatakan ‘halal’ dibina di Jeddah bernama ‘White’ merupakan usaha Putera Mohammed bin Salman untuk memodenkan negara tersebut.

Tindakan tersebut dikritik hebat oleh seluruh dunia kerana dilihat seperti memperlekehkan hukum agama dan memanipulasi hukum halal yang ditetapkan oleh agama Islam.

Yang lebih menyedihkan, dalang disebalik pembinaan kelab malam tersebut adalah orang Islam sendiri.

Walaupun dikatakan air yang dihidang bukanlah berbentuk alkohol namun bagaimana pula dengan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan di dalam kelab tersebut.

Adakah lagu nasyeed akan dihidangkan kepada pengunjung, dan adakah mereka diwajibkan datang dengan menutup aurat dan memakai burqa dan niqab?

Tidak dapat difahami dek akal apakah mesej yang cuba disampaikan dan cara kelab malam tersebut akan beroperasi.

Seperti kita sedia maklum, menghadiri kelab malam secara umumnya bukanlah budaya masyarakat Islam.

Dengan pergaulan yang bebas dan tarian-tarian yang menghairahkan tidak selari dengan ajaran yang dituntut agama.

Alasan untuk memodenkan sebuah negara sama sekali tidak dapat diterima malah ramai yang beranggapan ianya seperti merupakan usaha untuk menjatuhkan agama Islam sendiri.

 

Imej Islam Disalahguna

Sudah cukup imej Islam dipermainkan dan disalahguna oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, di Malaysia ayat-ayat suci Al-quran sering digunakan di kedai-kedai makan dimana pemiliknya bukanlah orang yang beragama Islam.

Tujuan ayat Al-quran digantung disekeliling kedai adalah kononnya untuk ‘menghalalkan’ kedai berkenaan dan menarik pelanggan yang beragama Islam untuk makan disitu.

Selain itu, sindiket-sindiket yang menjalankan kegiatan meminta sedekah juga sering memakaikan orang suruhan mereka dengan baju-baju yang melambangkan penganut agama Islam.

Ini pasti kerana dianggap lebih mudah untuk menarik orang Islam memberi wang jika yang meminta juga ialah orang yang beragama Islam.

 

UAE Ibarat Syurga Dunia

Apabila isu kelab malam halal ini diuar-uarkan kepada umum, ianya menimbulkan tentangan hebat masyarakat dunia.

Namun, bagi penduduk Arab sendiri, adakah mereka setuju ataupun membangkang pembinaan kelab malam tersebut?

Lihat sahaja gaya kehidupan orang Arab disana. Seperti kehidupan bandar yang lain, aktiviti malam mereka sangat meriah dan tanpa mengira agama kehidupan sosial di sana juga sangat aktif seperti negara-negara lain.

Dengan konsert artis-artis ternama luar negara, jadi tidak mustahil jika pembinaan kelab tersebut mendapat sokongan dari golongan-golongan elit disana.

Jika anda pernah ke UAE, pasti anda akan terkesima dengan kemajuan negara mereka.

Sehingga ada yang mengatakan seperti berada di masa hadapan.

 

Adakah Liberal Itu Moden?

Jika kita bercakap tentang budaya masyarakat Islam sekarang, sudah banyak yang berubah. Dari segi pemakaian, pergaulan dan pelbagai lagi aspek sosial.

Anak-anak muda lebih suka mengikut idola mereka daripada mengikut apa yang tertulis didalam Al-quran.

Namun layakkah kita untuk menghukum mereka yang mungkin bersikap liberal dengan gaya hidup mereka.

Jika di Malaysia, Neelofa sering dikaitkan dengan isu Islam liberal. Malah dia juga merupakan salah seorang ‘trendsetter’ untuk fesyen wanita muslim di Malaysia.

Lihat sahaja cara pemakaiannya yang lain dari yang lain. Namun jika dilihat pula dari aspek spiritualnya, Neelofa merupakan orang yang sangat mementingkan agama dan menjaga baik hubungan kekeluargaannya.

Jadi bolehkah kita menghukum seseorang hanya kerana pemikiran dan perspektif mereka berbeza dari apa yang diajar kepada kita?

KATA ORANG

KATA ANDA

Apakah pendapat anda tentang isu ini?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN