Pilihanraya Kecil (PKR) Semenyih yang berlangsung pada 2 Mac lalu telah menyaksikan kemenangan berpihak kepada calon Barisan Nasional, Zakaria Hanafi menewaskan calon PH, Muhammad Aiman Zainali yang ; calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul dan calon Bebas, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang.

Sumber : Kosmo

Sebelum berlangsungnya PRK Semenyih, ramai beranggapan kerusi tersebut akan kekal menjadi milik Pakatan Harapan sekali lagi.

Namun ternyata anggapan dan tekaan itu melesit sama sekali. Dengan jelas dapat dilihat rakyat menolak gabungan Pakatan Harapan (PH) dan lebih memilih penyatuan BN-PAS.

 

Isyarat Buat Pakatan Harapan

Kekalahan PH di Semenyih memberi isyarat awal bahawa apa yang dilakukan kerajaan pada masa ini di perhatikan oleh rakyat. Rakyat akan menterjemahkan apa yang mereka rasa di dalam undi.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, kekalahan Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Semenyih mungkin ialah cara rakyat menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang terlalu lambat melaksanakan pembaharuan dijanjikan.

Katanya, kemenangan Barisan Nasional di PRK Semenyih menunjukkan rakyat bijak menggunakan kuasanya untuk memberi mesej dan peringatan kepada PH.

 

Sumber : Mstar

Malah Naib Presiden PH, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut berkata kekalahan itu adalah isyarat kepada mereka untuk memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan, yang menyebabkan rakyat menghukum PH pada PRK itu.

Bagi Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago pula, alasan sebenar Pakatan Harapan kalah pada pilihan raya kecil Semenyih kerana orang Melayu percaya mereka kehilangan kuasa dan takut kehilangan kedudukan mereka.

Kerjasama UMNO-Pas Menjadi Faktor Kemenangan

Dalam pada masa yang sama, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak kerjasama antara UMNO-Pas menjadi faktor kemenangan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi berkenaan.

Jelasnya, semasa Pilihan Raya Umum Ke-14, Pakatan Harapan boleh menang kerana Pas dan UMNO tidak bersama justeru, mereka tidak berupaya mencapai angka sokongan yang bagus.

 Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub yang menyatakan kemenangan BN di Semenyih tidak menggambarkan sokongan rakyat kepada BN secara keseluruhannya.

Sumber : FMT      

Tetapi, katanya, PH tidak boleh memandang ringan kekalahan hari ini, walaupun kekalahan dalam PRK adalah perkara biasa.

 

Anwar Jadi Faktor Kekalahan di Semenyih

PAS mendakwa sikap Presiden PKR Anwar Ibrahim yang menyerang parti Islam itu baru-baru ini merupakan faktor kekalahan PH dalam PRK Semenyih.

Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata ini membuatkan rakyat semakin benci dan menolak PH.

Minggu lalu, Anwar mendedahkan bahawa PAS membayar pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown RM1.4 juta bagi menyelesaikan saman fitnah yang difailkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Sumber : Ameno World

 

Kaji Semula Kekalahan di Semenyih

Pakatan Harapan (PH) akan menjalankan proses pasca nilai atau post mortem bagi mengkaji kekalahan gabungan politik berkenaan pada PRK Dun Semenyih.

Perkara yang perlu dirisaukan oleh kerajaan PH sekarang ini ialah pembangkang yang dilihat sudah mula kuat. Pembangkang nampaknya hari demi berjaya menyusun gerak kerja yang lebih mantap dan berkesan.

PH perlu mencari formula baru dalam usaha untuk memenangi hati rakyat kerana kuasa membentuk kerajaan terletak pada pengundi.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, apakah punca kekalahan PH pada PRK Semenyih?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN