Gelombang sokongan rakyat pada Pakatan Harapan (PH) nampaknya semakin menepis apabila melihat kekalahan demi kekalahan berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini.

Adakah ini satu petanda bahawa suasana pentadbiran yang dibawa PH semakin jauh dengan rakyat?

Sumber:keadilandaily.com

Bukan mudah untuk merealisasi janji-janji manifesto PH dalam masa singkat. Namun, cukup 9 Mei 2019, kerajaan sudah setahun memerintah negara.

Apakah faktor kekalahan teruk di PRK Dun Rantau baru-baru ini? Senario yang berlaku ketika ini adalah kerana rakyat melihat kerajaan PH gagal merapatkan jurang antara kaum dan agama apabila kerajaan dikatakan tidak mesra bumiputera dan umat Islam.

Kekalahan Hatrik PH Dalam PRK

Kemenangan milik Barisan Nasional (BN) sudah dijangkakan oleh ramai pihak di PRK DUN Rantau baru-baru ini. Dan BN kekal milik Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih mesra dipanggil Tok Mat.

Sumber:The Star

Beliau telah mengalahkan Dr S Streram yang merupakan wakil dari PH dengan undi sebanyak 5,887.

Tok Mat memperoleh 10,397 undi daripada 56 saluran, mengatasi tiga pencabarnya dengan majoriti 4,510 undi.

Boleh dikatakan PH kalah teruk pada PRK kali ini. Namun, ramai beranggapan kemenangan ini adalah kerana identiti Tok Mat tersendiri, malah beliau sendiri orang tempatan di kawasan itu.

PH Kalah Di Cameron Highlands

PH kalah di Cameron Highlands juga memberi isyarat bahawa rakyat juga menolak pentadbiran BN.

BN juga berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas Ramli Md Nor diumum menang besar.

Sumber:Sensasi Media

Beliau memperoleh 3,238 undi majoriti atau 12,038 undi. Ramli berjaya menewaskan tiga lagi pencabarnya iaitu wakil PH, M Manogaran serta dua calon bebas, bekas pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee yang juga petani tempatan.

Manogaran, yang tiga kali bertanding di kerusi berkenaan sebelum ini memperoleh 8,800 undi, sementara Sallehudin (314 undi), dan 276 undi diperoleh Seng Yee.

Isyarat Awal Di PRK Semenyih

Manakala, di PRK Semenyih , BN juga mendahului dengan 2,222 undi.

Zakaria Hanafi mendapat 16,636 undi berbanding Muhammad Aiman Zainali yang meraih 14,414 undi.

Sumber:Malaysia Kini 2.0

Calon Parti Sosialis Malaysia, Nik Aziz Afiq Abdul pula mendapat 673 undi dan calon bebas, Kuan Chee Heng memperoleh 601 undi.

Kemenangan di PRK Semenyih walaupun majoritinya tidak tinggi, akan tetapi ia sudah memberi isyarat awal bahawa rakyat mula menolak pentadbiran PH.

Dan PRK Dun Rantau, seolah-olah menjawab rakyat beri amaran kepada kerajaan PH tentang manifesto yang mereka gagal laksanakan.

Kerjasama Umno-Pas Sampai Kiamat

Nampaknya keterbukaan pemimpin Pas mahu bekerjasama dengan Umno memang jelas menunjukkan Umno-Pas mahu menjatuhkan PH pada PRU-15.

Sumber:Malaysia Today

Itu dinyatakan sendiri oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz.

Beliau mengakui bahawa kerjasama itu pada mulanya tidak begitu mendapat sambutan daripada akar umbi Pas kerana mereka merasakan tidak memerlukan Umno.

Sumber:FMT

Namun, jelasnya, kini akar umbi Pas semakin terbuka dengan kerjasama berkenaan. Makin besarlah kampung-kampung orang Pas. Sehinggakan pemimpin Pas itu mahu kerjasama ini sampai kiamat.

Kerjasama kedua-dua parti itu memberikan tiga kemenangan buat BN dalam tujuh siri PRK yang diadakan selepas PRU ke-14, iaitu di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

Maka, tidak hairanlah kerjasama ini patut diteruskan sehingga BN atau Pas menang besar dalam PRU-15 nanti.

Sokongan Pada PH Kuat, Cuma Gagal Jawab Isu Rakyat

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyatakan kemenangan BN di Rantau lebih bersifat sokongan peribadi kepadaTok Mat itu sendiri dan bukannya bermakna sokongan terhadap PH semakin merosot.

Menurutnya, sokongan terhadap Tok Mat mempunyai asas yang kukuh kerana beliau menerajui kepimpinan Negeri Sembilan selama 15 tahun.

Sumber:The Star

Sokongan terhadap PH masih kuat cuma mereka gagal menjawab beberapa isu berkenaan rakyat.

Johari menjelaskan keadaan itu apabila bekas menteri besar Negeri Sembilan itu mampu meraih majoriti 4,613, tetapi dalam PRK Rantau majoritinya mengecil sehingga ke 4,510.

Jadi angka-angka ini menunjukkan sokongan kepada Tok Mat tidak bertambah, walaupun ada sokongan Pas.

Ini bermaksud kerjasama Umno dan Pas sebenarnya tidak banyak membantu kemenangan Tok Mat di Rantau.

Reaksi Pemimpin Umno

Pastinya kemenangan Tok Mat ini memberi lembaran baru buat Umno untuk terus mendapat sokongan rakyat pada PRU-15 akan datang. Dan itulah usaha mereka untuk tumbangkan PH kali ini.

Sumber:mStar

Kenyataan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa, kekalahan PH ini melambangkan isyarat jelas rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan hari ini.

Susulan itu, rakyat memilih BN sebagai tempat untuk mencurahkan rasa kecewa dan hilang kepercayaan kepada PH.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak pastinya orang yang paling gembira dengan kejayaan ini.

Sumber:Rojak Daily

Beliau menyifatkan kemenangan ini membuktikan ramai yang tersalah pilih pada PRU-14 yang lalu.

Tetapi rata-rata rakyat membidas kenyataan Najib ini dan menyatakan mereka tidak tersalah pilih kerajaan PH.

Najib seolah-olah lupa kekalahan Umno dan BN pada PRU lalu adalah kesalahan beliau sendiri.

Penasihat Kerajaan Mahu Rakyat Beri 6 Bulan Lagi

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin pula meminta rakyat beri peluang pada kerajaan PH kerana mereka memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu.

Beliau berkata dalam tempoh itu, PH perlu berdepan dengan rakyat dan memberi penerangan yang tepat terutama dalam hal ekonomi agar mereka faham situasi semasa.

Sumber:The Star

Katanya kekalahan PH juga adalah cabaran yang harus ditangani memandangkan rakyat tidak mampu bersabar dengan situasi semasa.

Tetapi rakyat perlu faham juga, bukan mudah untuk menurunkan harga barang, hapuskan tol dan sebagainya dalam tempoh yang singkat. Kerajaan PH perlu semak dan imbang apa-apa pelaksanaan. Ini pun untuk rakyat.

Kalau salah langkah nanti salahkan kerajaan pula, rakyat juga perlu faham kenapa keadaan kewangan negara teruk.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah kekalahan hatrik buat PH petanda rakyat sudah hilang keyakinan tadbir negara?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN