Sumber : MheTV

Selepas kontroversi gambar abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq,  yang dikenali sebagai Syed Abdullah dengan seorang wanita tidak bertudung dipercayai pelakon Emma Maembong bercuti di Dubai tersebar.

Timbul pula kontroveri terbaru apabila Emma dalam satu temubual mengumumkan akan mengekalkan imej terbarunya yang sudah tidak mengenakan hijab lagi.

Sumber : Soyalemon.org

Keputusan ini dikatakan dibuat atas kehendak diri sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain.

 

Syed Saddiq Terkena Tempias

Sumber : glamlelaki

Ekoran dari isu ini, nama Syed Saddiq turut terpalit dan ramai yang mengesa supaya menteri muda itu untuk menasihati abangnya dari segi pergaulan dan gaya hidup.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa sebarang teguran dan nasihat terhadap abangnya itu tidak perlu dipampang untuk tontonan umum. Setiap hal peribadi keluarga patut dijaga dengan baik.

 

Hidayah Milik Allah, Berhenti Jadi Tuhan

Sebelum ini, ramai juga artis-artis popular tanah air yang  berubah dan mula mengenakan hijab namun istiqomah mereka tidak lama dan mereka membuka semula tudung. Seperti Uqasha Senrose, Sara Ali, Nina Iskandar dan Diana Johor. Rata-rata mereka mengambil keputusan untuk kembali ‘freehair’ adalah kerana kehendak hati sendiri.

Isu membuka semula tudung ini bukan hanya terjadi dikalangan artis malah wanita-wanita lain juga pasti pernah melalui fasa ini dalam proses mereka mencari identiti Islam yang sejati.

Jika diikutkan, bertudung dan menutup aurat itu adalah tuntutan fitrah agama, namun begitu dalam kita mengajak orang melakukan kebaikan ianya haruslah dilakukan dengan baik dan lembut. Paksaan dan kekerasan hanya akan memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan imej islam.

 

Bukan Semua Artis Contoh Tidak Baik

Sumber : Hairanblog.com

Bagi yang setia megikuti perkembangan dunia seni Malaysia pasti ramai yang mengenali Abby Abadi, Erma Hasmi, Natasha Hudson, Memey Suhaiza, Diana Amir dan Fynn Jamal. Mereka sebelum ini sangat popular dan sering muncul dikaca TV. Artis-artis ini adalah contoh-contoh yang patut menjadi ikutan orang ramai terutamanya dikalangan muslimah.

Perubahan mereka yang hebat dalam menyelami fitrah sebagai seorang wanita muslim harus diberikan pujian. Pergaulan dan gaya hidup mereka juga berubah sekaligus mencerminkan imej yang baik untuk agama.

Sumber : Myartis.com

Jika diimbau kembali zaman-zaman kegemilangan artis-artis ini sebelum mereka bertudung pasti ramai yang tidak menyangka mereka yang dulu pernah terdedah auratnya mampu mengubah diri sejauh dan sehebat ini.

 

Benci Kesalahan Bukan Benci Si Pendosa

Rata-rata netizen dizaman yang serba canggih ini sangat lantang dalam menyuarakan pendapat dan kritikan mereka. Penyebaran berita-berita yang belum tentu betul dan sahih mudah dilakukan dengan kepantasan teknologi yang kita ada sekarang.

Peluang dan ruang harus diberikan terutamanya kepada individu yang mudah terpengaruh dengan godaan-godaan dunia.

Terdapat khabar angin juga yang mengatakan Emma Maembong dan Syed Abdullah telah bernikah namun dirahsiakan. Khabar angin ini dikatakan bermula apabila seorang penumpang yang menaiki kapal terbang yang sama bersama Syed Abdullah menceritakan kepada orang ramai di atas desakan isu fitnah terhadap pasangan bercinta itu semakin menjadi-jadi.

Individu tersebut mengatakan Syed Abdullah sendiri menunjukkan gambar pernikahan dia dan Emma dan dalam proses mengumpul duit bagi mengadakan majlis pernikahan mereka secara umum.

Jadi, bagi mengelakkan fitnah yang disebar orang ramai tentang keakraban pasangan itu, individu tersebut rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat yang dimilikinya.

Apa-apa pun jika betul Emma dan pasangannya telah bernikah, orang ramai patut diberitahu bagi menghentikan segala spekulasi yang tidak baik terhadap pasangan tersebut.

Dan keputusan Emma untuk membuka tudung semula adalah keputusannya sendiri, walaupun mungkin tidak wajar kerana boleh memberikan contoh yang tidak baik dikalangn namun dia berhak untuk menentukan baik buruk laluan kehidupannya.

Kita doakan yang terbaik buat pasangan ini.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, apakah faktor yang membuatkan Emma Maembong membuat keputusan untuk membuka tudungnya semula?
3 votes · 3 answers
Vote

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN