Berdasarkan laporan my metro, hero pelari pecut paralimpik negara, Afiq Ali Hanafiah telah menempa nama sebagai pemenang pingat emas 100 meter di Kejohanan Olahraga Para Dunia, Grand Prix Dubai di Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini.
Lebih manis, beliau yang berusia 25 tahun mengungguli acara T11/12 (masalah penglihatan). Ini merupakan sejarah pelari pecut negara memenangi emas acara tersebut.
Beliau menempa kilauan emas dengan kepantasan larian 11.48 saat mengatasi pelari pilihan dari Jepun, Shunya Yamaji dengan kelebihan 0.15saat serta pelari dari Sweden, Luis Goncalves dengan catatan 11.73 saat.
Tidak Sasarkan Pingat
Pada awalnya, beliau tidak menyasarkan sebarang pingat bagi temasya ini, hanya ingin mengatasi catatan peribadi terbaik, namun faktor angin kencang telah menafikan impian beliau. Untuk rekod, catatan terbaik peribadi beliau ialah 11.20 saat. Dengan catatan 11.48 saat sudah cukup memberi khabar gembira buat kem negara.
Untuk rekod, Afiq berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat gangsa Sukan Komanwel 2018 dalam acara sama selain menggapai emas pada Sukan SEA Para Kuala Lumpur pada tahun 2017.
Pada Sukan Komanwel tahun lalu, Afiq berjaya memecahkan rekod kebangsaan dan catatan peribadi terbaik 11.20 saat pada aksi kelayakan yang melayakkan beliau mara ke pentas final dan seterusnya memenangi pingat gangsa dalam temasya tersebut.
Sokongan Warga Maya
Kemenangan yang dilakar oleh Afiq turut mendapat sokongan netizen. Ramai yang memberikan sokongan kepada beliau untuk terus melakar kejayaan demi kejayaan. Ada juga yang mengharapkan agar beliau menjadi atlet pelapis sehebat Ridzuan Puzi.
Sokongan yang ditonjolkan oleh netizen merupakan suatu perkembangan positif yang membuktikan bahawa rakyat Malaysia tidak menilai atlet berdasarkan kekurangan fizikal tetapi berdasarkan kejayaan yang diperolehi.
Perlu Diberikan Perhatian
Kejayaan demi kejayaan yang diperoleh, wajar diberikan perhatian serius oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mempersiapkan Afiq sebagai jaguh pecut para dalam pembikinan.
Sebelum ini, Abdul Latif Romly dan Mohamad Ridzuan Puzi meletakkan mereka dikalangan jaguh dunia dengan mencipta rekod dunia di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta pada tahun lalu, masing-masing dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) dan acara 100 meter T36 (cereberal palsy).
Atlet Para negara yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa sememangnya insan yang luar biasa.
Kesungguhan dan komitmen mereka memastikan kejayaan yang gemilang dengan penuh tanggungjawab amat wajar diberikan pengiktirafan yang lebih tinggi dan perlu diberikan perhatian.
Adalah diharapkan agar kejayaan yang dikecapi oleh atlet-atlet Malaysia dapat menjadi pemangkin kepada atlet lain untuk mencipta kejayaan dalam sukan yang dipertandingkan.
KATA ORANG
#KamiLuarBiasa
— Nizam 🇲🇾 (@NizamArchibald) February 25, 2019
Afiq Ali Hanafiah hadiahkan pingat emas buat Malaysia di Dubai https://t.co/stkWDcR1Kj @FOXSportsAsia
Congratz @afiqalihanafiah.. Akk so proud of you 👏💪🎉 pic.twitter.com/6h2Zb2RyFk
— Arra (@sfarah09) February 25, 2019
Thank you so much
— Afiq.Ali.Hanafiah (@afiqalihanafiah) February 25, 2019
Tahniah bro
— Fariz Ahmad (@moharyz) February 26, 2019