Mungkin ramai yang tidak menyangka, disebalik 16 tahun pemerintahan Recep Tayyip Erdogan, terdapat kisah yang mengejutkan orang ramai. Ini kerana, berdasarkan kaji selidik terbaru yang dijalankan di Turki mendapati bahawa golongan ateis (tidak mempercayai tuhan) telah meningkat sehingga 3 kali ganda berbanding 10 tahun sebelumnya.

Kaji selidik tersebut dilakukan oleh Konda, sebuah badan khusus yang mengira pendapat rakyat di republik tersebut. Berdasarkan kaji selidik, hanya 51 peratus warga Turki mengakui mereka menganut agama Islam dan mengamalkannya.

Sumber: Tirto.Id

Percanggahan Antara Kaji Selidik

Kajian oleh Konda telah menimbulkan perdebatan hangat. Ini kerana menurut Pengarah Rasmi Urusan Agama Turki, Diyanet, dianggarkan sebanyak 99 peratus populasi Turki mengidentitikan diri mereka sebagai muslim.

Pun begitu, menurut pendapat seorang ahli teologi Turki, Cemil Kilic, dapatan kedua-duanya adalah betul. Daripada 99 peratus jumlah populasi muslim di Turki, ramai yang mempraktikkan amal ibadat sebagai suatu bentuk kebudayaan, bukan keperluan spiritual sebagai individu muslim.

Bagi beliau, kaji selidik yang dilakukan oleh Konda berkemungkinan lebih spesifik, dengan mendefinisikan maksud penganut Islam berdasarkan amalan seseorang dalam nilai dan etika kemanusiaan tertentu. 

 

Kenapa Perkara Ini Terjadi?

Bagi sesetengah rakyat, ada yang berpendapat faktor peningkatan golongan ateis disebabkan oleh tindakan kerajaan Turki yang membudayakan amalan Islam dalam sistem pentadbiran secara rasmi, khususnya dari aspek politik negara.

Amalan agama dijadikan sebagai medium politik. Pelbagai program solat secara besar-besaran dilakukan bertujuan untuk menunjukkan taat setia ahli kepada kepimpinan politik. Sedangkan rakyat Turki masih tidak menginginkan agama dipraktikkan dalam kegiatan kerajaan. Dengan kata mudah, rakyat tidak mahu agama dipergunakan untuk kepentingan politik.

Perkara ini dapat dilihat dalam khutbah-khutbah di masjid yang lebih memaparkan pandangan politik parti penguasa berbanding parti lain. Sungguhpun rakyat mengakui mereka ateis, tidak bermakna mereka hilang nilai-nilai moral dan etika.

Sumber: Astro Awani

Malah, sebahagian daripada mereka mempunyai nilai moral dan etika yang jauh lebih baik berbanding golongan yang mengaku muslim. Jangan terkejut sekiranya golongan ateis di Turki lebih mengetahui agama berbanding golongan yang mengaku muslim.

Selain daripada Turki, peningkatan golongan ateis turut dilaporkan berlaku di Iran. Mungkin tidak ada sesiapa menyangka, sebuah negara yang didirikan atas nama Republik Islam Iran turut mengalami permasalahan yang sama seperti di Turki.

Agama Disalah Guna Di Iran

Memetik portal berita Baztab dari Iran, wujud perlbagai kritikan secara terbuka mengenai permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dalam kehidupan sehari-hari. Ini kerana berlaku penyalahgunaan agama yang dilakukan oleh pihak pemerintah.

Menurut ahli telogi terkenal Iran, Mohsen Kadivar, beliau percaya versi Islam yang disebarkan oleh sang penguasa seperti ada yang tidak kena sehingga menyebabkan sebahagian besar orang Iran khususnya golongan muda semakin jauh daripada agama. Malah, ada yang mencari keamanan dengan menganut agama Kristian, Buddha dan sebagainya.

Sumber: Telegraph.Co.Uk

Jumlah Penganut Kristian Meningkat

Berdasarkan laman web organisasi evangelis “Open Doors”, jumlah warga Iran yang menganut agama Kristian meningkat daripada 300,000 kepada 460,000 orang. Dijangka bilangan ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun.

Sungguh membimbangkan bukan. Namun ini berdasarkan penilaian terhadap dua buah negara. Bagaimana pula dengan negara-negara majoriti Islam yang lain? Adakah ia mengalami trend yang sama atau sebaliknya? Maka diharapkan agar apa yang berlaku ketika ini diambil iktibar bagi semua pihak.

KATA ORANG

KATA ANDA

Bagaimana cara untuk membendung ancaman Ateis yang semakin berkembang?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN