Kejam dan sadis apabila seorang wanita ditumbuk berkali-kali dibahagian muka, ditendang dan dipijak oleh seorang lelaki yang cuba menyamunnya ketika berada bersendirian di dalam lift.

Mana sifat kemanusiaan? Sanggup perlakukan sebegitu rupa kepada seorang wanita. Wanita tersebut langsung tidak melawan tetapi terus dibelasah sepuas nafsu seperti binatang.

Kes ini mendapat perhatian warganet apabila tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras baru-baru ini.

Kejadian berlaku 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun berada di dalam lif berkenaan bersama suspek.

 

Sumber:BuzzKini

Mangsa mengalami kecederaan bengkak di dahi dan kesakitan di badan serta kehilangan dokumen peribadi serta wang tunai RM400.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh pegawai Polis Bantuan Prasarana sejurus selepas kejadian tersebut.

Rapid KL Sediakan SAT Bantu Polis

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) juga memaklumkan anggota pasukan tindakan khas (SAT) juga telah ditambah di beberapa lokasi panas.

Sumber:bigkl.com

Pasukan SAT adalah unit khas yang ditubuhkan Jabatan Sekuriti Prasarana, dan berpakaian preman ketika melakukan rondaan di kawasan seliaan Rapid KL.

Dalam pada itu, Rapid KL menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga terhadap keselamatan diri, terutamanya di tempat awam serta mengelak ke laluan atau tempat yang sunyi.

 

Pengguna Prasaran Boleh Dapatkan Pengiring

Dalam kenyataan yang sama juga, Rapid KL memaklumkan juga pengguna pengangkutan awam kendalian Rapid KL boleh mendapatkan perkhidmatan pengiring untuk ke tempat parkir sekiranya kawasan tersebut sunyi atau sekiranya memerlukan sebarang bantuan.

Sumber:Says.com

Ini bermaksud, para pengguna boleh memohon perkhidmatan pengiringan ini dan berhubung dengan kakitangan operasi di pejabat khidmat pelanggan di mana-mana stesen MRT, LRT, Monorel, atau BRT kendalian Rapid KL.

Tindakan yang diambil pihak Rapid KL ini diterima ramai tetapi mengapa tidak dari dulu dilaksnakan perkhidmatan pengiring? Memang jelas waktu pagi masih gelap lagi, kenapa tiada rondaan dilakukan?

Sepatunya pihak Rapid KL lebih peka dengan kawasan yang gelap dan lakukan rondaan di tempat gelap sebelum waktu kemuncak di waktu pagi.

Mungkin jika ia dilaksanakan lebih awal, kejadian sebegini tidak akan berlaku kepada wanita berkenaan.

 

MP Kepong Tawarkan RM10,000

Kejadian yang berlaku ini mengejutkan rakyat Malaysia. Di dalam kawasan stesen dan tempat terbuka pun boleh berlaku kejadian samun sebegini.

Selain bantuan pihak polis, Pejabat Ahli Parlimen Kepong menawarkan saguhati bernilai RM10,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat untuk menangkap perompak yang menyerang wanita dalam lif di stesen MRT Taman Mutiara itu.

Sumber:EdgeProp.my

Dalam satu kenyataan, Lim Lip Eng berkata beliau membuat tawaran itu kerana mahu penjenayah berkenaan ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

 

Bimbang Kejadian Sama Berulang

Tujuan Lim memberi saguhati tersebut adalah beliau mahu suspek dijumpai secepat mun gkin. Beliau bimbang kejadian ini akan mempengaruhi penjahat lain untuk melakukan kejadian samun yang sama jika suspek ini tidak ditangkap lagi.

Sumber:malaysianreview.com

Beliau juga beranggapan akan ada siri samun yang berlaku di negara ini yang mencari mangsa di kawasan sunyi ataupun di dalam lif.

Malah, tidak mustahil golongan lelaki juga akan disasarkan oleh penjahat untuk melakukan kerja terkutuk mereka.

 

Boleh Jejaskan Kedatangan Pelancong

Berita-berita sebegini akan menakutkan pelancong ke Malaysia, tidak kira pelancong tempatan ataupun luar negara.

Sumber:CARI Infonet

Mereka akan mula gusar dengan keadaan yang berlaku ini. Semua orang dalam keadaan berjaga-jaga dan takut akan disamun.

Banyak kes sudah berlaku, dimana pelancong asing juga pernah disamun di tempat awam dan sebagainya.

Ini boleh menjejaskan imej negara kita dan akan dilabel sebagai negara yang ramai penyamun.

 

Suspek Sudah Ditangkap

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mencari suspek yang kejam ini, akhirnya dia ditangkap.

Berdasarkan maklumat diterima, suspek ditahan di Taman Cheras, Kuala Lumpur oleh sepasukan anggota dari Unit D9 dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada jam 8.10 malam Isnin.

Sumber:Astro Awani

Menurut polis, suspek, seorang lelaki India warga tempatan berumur 26 tahun telah direman pada pagi Selasa.

Dia ditahan di bawah Seksyen 396 Kanun Keseksaan.

Hasil siasatan polis, suspek didapati telah menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam kira-kira jam 6.30 pagi hari yang sama, berhampiran stesen MRT berkenaan sebelum menyamun mangsa di dalam lif.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Kalau dah buat jahat pasti akan dicari. Perlu hukuman setimpal sepertimana dia sudah perlakukan terhadap wanita berkenaan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Kenapa semakin ramai menyamun di tempat terbuka?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN