Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan satu insiden kejadian tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Paya Terubong di George Town, Pulau Pinang telah mengorbankan sebanyak sembilan pekerja asing manakala empat yang lain cedera.
Pembinaan projek tersebut dikatakan runtuh apabila kren yang mengangkat kepingan plet keluli secara tidak sengaja terkena struktur terbabit.
Kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu melibatkan lebih 200 anggota penyelamat serta unit anjing pengesan (K9) bomba di kawasan seluas 9290.3 meter persegi (100,000) kaki persegi dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).
Bagaimanapun kini, SAR terpaksa ditamatkan setelah pasukan penyelamat dengan bantuan unit anjing K9 bomba tidak menemui sebarang tanda terdapatnya mayat mangsa di kawasan itu setelah semua timbunan tanah di tiga lokasi tanah runtuh dialihkan.
Kecuaian Kontraktor dan Perunding Didakwa Punca Kejadian
Difahamkan, projek tersebut yang bernilai RM545 juta dilaksana oleh tiga pihak iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), PLB Land Sdn Bhd dan Geo Valley Sdn Bhd akan tetap diteruskan walaupun telah mengorbankan sebanyak sembilan mangsa.
Projek yang berfungsi sebagai laluan alternatif menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul tersebut dijangka siap pada Mac 2020 mengalami kelewatan setahun dari jangkaan asalnya.
Namun, adakah disebabkan kelewatan projek tersebut menyebabkan kontraktor mengambil langkah mudah mengabaikan soal keselamatan hingga menyebabkan runtuhan di tapak projek?
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Yew Tung Seang berkata, kecuaian perunding dan kontraktor yang gagal memaklumkan terdapat aliran anak sungai di tapak pembinaan didakwa antara punca kejadian tanah runtuh di kawasan itu.
Katanya, pengalihan aliran anak sungai merupakan prinsip asas yang perlu dilakukan pihak perunding dan kontraktor.
Walaubagaimanapun, MBPP tidak mahu terus menuding jari kepada pihak kontraktor dan perunding berhubung perkara itu sebaliknya mahu menunggu laporan penuh daripada mereka terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Sehingga kini, projek yang bernilai RM545 juta itu dikatakan akan diteruskan di mana kerajaan negeri tidak mempunyai cadangan untuk menghentikan projek tersebut.
Aspek Keselamatan Yang Perlu Dipatuhi Industri Pembinan
Melihat kepada insiden ini, kecuaian pihak kontraktor dalam memastikan keselamatan pekerja mahupun sekitar lokasi pembinaan dilihat gagal.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) turut merekodkan sebanyak 711 kematian di tempat kerja dengan 187 daripadanya berlaku di tapak pembinaan sepanjang tahun lalu.
Kejadian seperti ini bukan kali pertama berlaku di Malaysia, kerana sebelum ini juga banyak tapak-tapak pembinaan dilihat melanggari garis panduan keselamatan, reka bentuk yang tidak bersesuaian dan penyeliaan yang tidak mencukupi di tempat kerja hingga meragut banyak nyawa.
Pihak kontraktor seharusnya mengambil kira setiap aspek keselamatan dengan membuat pemeriksaan di sekitar kawasan pembinaan lebih-lebih lagi di kawasan cerun yang berpotensi besar untuk menghadapi risiko kemalangan.
Selain itu, adalah perlu bagi pihak kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) menyemak kawasan yang mahu dijadikan sebagai projek pembangunan dengan mengetatkan keselamatan terhadap kerja-kerja mitigasi tanah dan kerja di kawasan lereng bukit yang ditarah.
Pihak pemaju dan kontraktor yang terlibat juga perlu dipantau supaya mereka benar-benar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di tapak pembinaan selain mematuhi aspek keselamatan pekerja dan penduduk setempat.
KATA ORANG
And still, there are experts and consultant said BRT would cost more.
— Firdause M.W. (@dausemw) October 21, 2018
These kind of 'experts & consultant' also said the housing construction at Tanjung Bungah was safe after the landslides case and continue with construction work at Bukit Kukus even DOSH has asked them to stop.
Masa belajar dulu siap buat case study pasal benda ni, masa first case landslide disebabkan housing construction kat Tanjung Bungah. Ethically memang tak sesuai/selamat, tp penang govt cakap no problem. Apatah kes d bukit kukus tu, DOSH dah suruh hentikan dah sebab tak selamat.
— Firdause M.W. (@dausemw) October 21, 2018
Ni dari dulu lagi aku rasa orang Penang dok complain. Memang ada a few kawasan bila lalu, orang akan cakap tak selamat buat bangunan kat sini.
— Burhan (@thetypicalmalay) October 21, 2018
Sapa la yang dok mengambil risiko membahayakan nyawa demi kemajuan negeri atau mungkin lebih tepat, perasaan tamak. https://t.co/K0VKjet3b7
Dulu Sahabat Alam Malaysia dah warning, pakar tanah Dr Kam Suan Peng pun dah bangkitkan masalah hakisan cerun di Bukit Kukus akibat pembangunan. Penduduk pun ramai bantah.
— Yang Brohormat (@The_UglyOrgan) October 20, 2018
Peduli apa bekas KM Lim Guan Eng & kuncunya. Janji untung. Apa-apa jadi boleh salahkan BN.